Tuesday 27 April 2010

Kembali Pulang..

Mas Airlines

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah... exam sudah selesai..tidak sabar hendak pulang..rindu sangat dengan bapa dan mama..
insyaALLAH esok (28/04/10) saya akan berlepas pulang ke Sabah setelah sekian lama meninggalkan rumah kerana kewajipan yang perlu saya tunaikan..ermm..Genap 5 bulan juga saya tinggalkan rumah, iaitu bermula daripada 28/12/09-28/04/10... Macam tak percaya je saya boleh bertahan..Alhamdulillah..walau Laut China Selatan memisahkan saya dengan keluarga, namun mereka tetap dekat di hati...(ayat jiwang..hahhhaa)..

Kepada semua kawan-kawan dan Sahabat seperjuangan, jangan pernah lelah menuntut ilmu.. kita sedang berjihad di jalan Allah, insyaALLAH semoga ALLAH redha dengan kita..dan selamat bercuti, insyaALLAH ada jodoh bertemu semula..

Blog ini akan ditinggalkan sementara..kerana saya nak bercuti..jadi, blog tak dapat nak "up date" la.. sabar ya wahai blog, insyaALLAH panjang umur kita jumpa lagi..

Ya ALLAH permudahkanlah perjalananku..semoga perjalan esok dan seterusnya mampuku hadapi dengan izin dan redhaNya..

itu je la...
sekian...

wassalam...

Monday 26 April 2010

Sebelum Mata Terlena

hanya padaMu ya Rabb...

sebelum mata terlena
apakah yang kamu fikirkan ??

Sebelum mata terlena 
di buaian malam gelita
tafakur ku di pembaringan 
mengenangkan nasib diri

yang kerdil, lemah dan bersalut dosa
mampukah ku mengharungi  
titian sirat nanti??
membawa dosa yang menggunung tinggi

terkapaiku mencari
limpahan hidayahMu
agar terlerai kesangsian hati ini 
sekadar air mata tak mampu membasuhi 
dosa ini..

sebelum mata terlena
dengarlah rintihan hati ini
TUHAN..
beratnya dosaku
tak daya ku pikul sendiri
hanyalah Rahmat dan Kasih SayangMU
yang dapat meringankan
hulurkan MaghfiratMu
andainya esok bukan milikku lagi
dan mata pun ku tak pasti akan
akan terbuka lagi

sebelum berangkat pergi
ke Daerah sana
lepaskan beban ini 
yang mencengkam jiwa dan ragaku

selimuti diriku..
dengan Sutra kasih sayangMu
agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah.. abadi

pabila ku terjaga
dapat lagi kurasai
betapa harumnya
wangian Syurga Firdausi
ooooh Ilahi

di sepertiga malam
sujudku menghambakan diri
akan ku teruskan pengabdianku
padaMu

sebelum mata terlena 
dibuaian malam gelita
tafakur ku di pembaringan
mengenangkan nasib diri

sebelum mata terlena 
dengarlah rintihan hati ini
Tuhan..
 beratnya dosaku
tak daya ku pikul sendiri..

oo..oo..oo..


Wednesday 21 April 2010

Hijjab

Indahnya wanita soleha

Firman Allah SWT yang bermaksud:


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Al-Ahzab 33:59)




Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


(An-Nuur 24:31)


Ayat-ayat di atas adalah benar Firman Allah swt yang memerintahkan kita (wanita) hambaNya untuk mengurus aurah atau menutup bahagian-bahagian ubuh yang Wajib ditutup. Hal ini merupakan simbolik martabat kepada wanita. Jika kita benar-benar menghargai martabat kita, kita tidak akan dengan mudah menunjukkan bahagian istimewa kami 'untuk awam. Adakah. Adakah kita meninggikan martabat kita?

PERSOALAN :

Adakah dengan hanya menutup rambut atau memakai tudung sudah menutup aurat ?

Jadi bagaiman dengan menunjukkan sedikit rambut atau jambul sudah menepati ciri-ciri wanita solehah ?

Bagaiman ddengan memakai pakaian ketat ? Orang kata "fasion Muslimah".. hah?

Bagaiman ?! Andakah anda benar-benar telah menutup aurat dan menjaga harga diri anda??

tanya diri sendiri..

Sunday 18 April 2010

Langkah Bendul..jatuhkah martabat kakak?

perkahwinan adalah perkongsian

Apabila adik mendahului perkahwinannya dari Kakak , ia digelar Langkah Bendul.Benarkah apabila



berlaku Langkah Bendul ini dengan sendirinya martabat Kakak jatuh kerana dianggap tidak laku
atau tiada yang berkenan dengannya ? Sesetengah pihak mengambil berat tentangnya malah dianggap
sebagai salah satu pantang larang kononnya apabila adik berkahwin dulu, Kakak akan sukar mendapat
jodoh secara tidak langsung ia merupakan penghinaan kepada si Kakak.Mungkin juga ia membawa
perbalahan dan masam muka antara adik beradik.Tetapi ada juga yang tidak kisah mengenai hal tersebut.

Memberi hadiah atau persalinan kepada Kakak yang dilangkah bendul itu merupakan amalan tradisi yang
diamalkan oleh kebanyakan orang tetapi ada juga beranggapan ianya sudah tidak sesuai di zaman ini.
Perbuatan ini bukan menyusahkan malah membebankan pengantin lelaki.Dalam Islam tidak ada peraturan
siapakah yang harus berumahtangga dulu samada adik atau kakak apabila sudah sampai jodoh.


keluarga bahagia



Islam mengajarkan kasih sayang, toleransi dan menggalakkan umatnya menjaga perasaan sesama insan.
Perlulah ada tolak ansur antara adik dan kakak malah sebaiknya si adik meminta keizinan dari Kakak
terlebih dahulu.

Islam tidak menggalakkan adat Melangkah Bendul ini dikenakan syarat-syarat yang ketat seperti memberi
hadiah atau persalinan serba satu sepertimana yang si adik terima.Kakak haruslah memahami dan merestui
niat suci adik dan bukannya mengambil kesempatan.

Islam menekankan hidup harmoni dan rukun damai dalam sesebuah keluarga dengan tidak menyinggung
perasaan sesama sendiri.Si adik harus bersyukur kerana telah mendapat jodoh dan janganlah hingga
membawa kepada bermegah diri.

Adat ini digalakkan asal tidak bercanggah dalam Islam sehingga membawa kesusahan pada Pengantin
lelaki tetapi terpulanglah kepada individu itu sendiri kerana Islam itu menyenangkan.  


sumber : khaifa ihtadaitu

Friday 16 April 2010

Aku Insan Lemah




Aku insan lemah…


Yang sering lelah dalam nafasku sendiri
Yang sering terhambat oleh batasnya waktu dinihari
Yang sering tersungkur dalam ranjau berduri
Yang sering rebah tak terdaya bangun berdiri
yang sering sesat dalam hembusan kabus tak bertepi
yang masih tercari-cari..
hidayahMu ya Ilahi

Aku insan lemah…
Ingin aku mengadu padaMu,Ya Allah
Dengarkanlah rintihan lemahku ini
Sujudku menghambakan diri dalam sunyi
Dalam heningnya suasana malam
Dalam dinginnya embun pagi
Agar diaminkan oleh jutaan malaikat
Agar segala pintaku Engkau berkat

"Ya Allah Ya Tuhanku
ampunilah hambaMU yang Hina ini
berikanlah daku kekuatan
dalam mengharungi mehnaMU
kupohon Hidayah dariMU
rahmatilah hidupku
penghapus segala doasaku"

“Ya Allah,berikan daku ketenangan hati
Sepertimana yang aku harapkan
Sepertimana yang Engkau janjikan”
Kerana aku insan lemah…

Thursday 15 April 2010

Isteri Bebas..Suami Dayus..??



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



ISTERI BEBAS…SUAMI DAYUS?


Pada 12 hb April 2010 (Isnin), lebih kurang jam 10.30pg, di sebuah siaran radio agama, seorang penceramah wanita memberikan cadangan/panduan bagi wanita2 bekerja.

Dia bawakan satu contoh bagaimana kononnya dia sendiri (penceramah wanita itu) terpaksa “menemani “ majikannya (lelaki) ke suatu lokasi/mesyuarat. Lalu dia pun meminta izin daripada suaminya untuk menemani majikannya ke lokasi/mesyuarat tersebut.

Dia menyambung, “Saya minta izin daripada suami saya untuk menemani majikan saya menaiki kereta. Dia pun izinkannya. Saya bagitau suami saya, saya ‘terpaksa’ duduk di seat hadapan kerana nanti apa pula kata majikan saya. Suami saya pun izinkannya kerana dia percaya saya!!!

“Jadi apa yang saya nak tunjukkan ialah kita suami isteri mesti saling mempercayai satu sama lain dalam hidup berumah tangga, barulah aman hidup kita”, kata wanita itu lagi!


Sungguh bagus nasihat penceramah wanita ini!
Sungguh berani pekerja wanita ini menemani majikannya dalam berdua2an dalam kereta!
Sungguh berani lagi wanita ini tak segan silu duduk di seat hadapan dengan majikannya!
Hebat lagi si suami membenarkan isterinya itu yang ‘setia’ dan ‘dipercayai’ menemani majikannya didalam sebuah kereta, duduk di seat hadapan bersama majikan isterinya!!!


Barangkali ini salah satu contoh dari banyaknya kisah2 …..‘baiknya’ hubungan majikan lelaki dan pekerja wanitanya berlaku di zaman ini. Hubungan atas dasar majikan-pekerja, atas dasar tolong menolong, atas dasar kerjaya, atas dasar mencari makan!!! Dan banyak lagi dasar yang dicipta!


Persoalan untuk di fikirkan :

1. Wanita berdua2an dengan majikan lelakinya - dalam kereta duduk bersebelahan, agaknya berapa lama boleh tahan pandangan masing2!
2. Pandangan yang pertama singgah pada wajah, kemudian berapa lama pula akan tahan pada wajahnya semata2?
3. Kali pertama keluar, mungkin segan2 lagi, kali ke 2, ke3, ke4…….?
4. Kali pertama keluar mungkin terus ke tempat tujuan/lokasi/mesyuarat. Kali ke2, ke3, ke4……?
5. Siapa membenarkan penceramah wanita2 seperti diatas ini berceramah mengenai Islam, memberikan panduan2 yang bertentangan dengan hukum Islam?
6. Bagaimana pula keadaan si suami boleh membenarkan isterinya menemani majikan lelakinya duduk di seat hadapannya? Apa jenis lelaki ini?
7. Soalan terakhir kepada suami2 yang menghantar isteri2 mereka bekerja……..dimana isteri anda sekarang?


Kebanyakan wanita2 Islam zaman ini sudah bebas sebebas2nya!
Mereka dimana2….pejabat, kilang2, pasaranya, di taman2, dipusat2 hiburan …!
Si bapa dan si suami pula rela membiarkan anak isteri mereka berkeliaran di luar rumah!

Dunia jadi buruan! Akhirat telah ditinggalkan!
Kerjaya jadi keutamaan! Agama jadi sampingan!
Hidup sementara jadi pilihan! Hidup kekal abadi di lupakan!


Wallahu A'lam


sumber : HALAQIAH..

Wednesday 14 April 2010

tinggalkan dunia dalam sujudku



Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi ALLAH SWT ... Selawat & Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga & sahabat baginda...

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"
Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit. Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."
Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.
Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.
Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.
Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"
Malaikat-malaikat itu menjawab: "Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu." Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?" Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.
Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!" Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi: "Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?" Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."
Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.
Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.
Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah. Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.
Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.
Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.
Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.
Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!" Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...


*********** Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Sumber: Mastika, Mei 2006

Senyum


Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi ALLAH SWT .. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat..

Tidurlah dalam senyuman


SETIAP orang berhak untuk bahagia! Ingin tahu bagaimana menjadikan hidup anda lebih ceria? Ikuti beberapa tip di bawah. Mungkin ia dapat membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Buka hari anda dengan sebuah senyuman! Senyumlah, anda akan berasa lebih segar. Sebaik anda buka mata, senyumlah pada yang tersayang. Mungkin dia juga menunggu untuk senyum kepada anda. Atau, bukalah tingkap dan pandanglah pada mentari yang sedang menanti anda. Ukirlah senyuman manis di bibir anda apabila melihat sinarannya.


Pastikan hari anda lebih indah daripada sebelumnya. Anda berkuasa sepenuhnya bagaimana untuk mencorakkan hari anda. Jadi, pilihlah untuk mulakan hari anda dengan sedikit gerakan pada bahagian bibir. Biasanya, sesuatu yang bermula dengan baik akan berakhir dengan lebih baik!

• Hadapi semua masalah dengan hati terbuka. Kemudian, barulah bertindak. Mungkin hari ini anda sedang menghadapi detik-detik sukar dalam hidup anda. Sekalipun kita tidak mampu mengelak daripada masalah tersebut, kita mesti berjaya berdepan dengannya. Yakinilah, jika anda telah berusaha keras untuk menanganinya, hasilnya juga pasti berbaloi. Anda hanya perlu bersabar sahaja menunggu ganjaran itu datang kepada anda. Ia tetap datang. Cepat atau lambat sahaja. Hidup ini memang begitu! Dan sebenarnya, kehidupan kita pada hari ini hasil daripada apa yang telah kita lakukan pada hari sebelumnya.

• Hulurlah tangan kepada sesiapa yang memerlukan. Meringankan penderitaan seseorang akan dapat meringankan hati anda. Andainya anda terlihat seekor rama-rama terkapai-kapai di permukaan air dengan badannya yang terbalik ke atas, ambillah sedikit masa untuk menyelamatkannya. Jika tergerak naluri anda untuk menyelamatkan seekor rama-rama yang hampir kelemasan, tentulah anda tidak sampai hati membiarkan seorang manusia seperti anda menanggung kesusahannya seorang diri.

Paling tidak, berilah sokongan kepadanya sekalipun anda tidak mampu menghulurkan bantuan yang lebih dari itu. Hari ini seseorang memerlukan anda, tapi pada hari esok anda pasti memerlukan seseorang. Oleh itu, patuhilah fitrah alam bahawa kita saling memerlukan.

• Belajarlah untuk berkata benar. Kebenaran itu indah. Tapi harus berpada-pada. Pastikan kebenaran itu tidak melukai sesiapa. Mungkin kebenaran itu bermakna bagi satu pihak, tapi menyakitkan bagi satu pihak yang lain. Letakkan diri anda di tempat pihak tersebut dan cubalah fahami situasinya jika berdepan dengan kebenaran yang bakal anda bentangkan. Tidak salah berkata benar, malah memang anda dituntut untuk berbuat demikian. Tapi, nyatakannya dengan berhemah agar tidak melukai hati sesiapa.

• Cuba hadkan keinginan harian anda. Keinginan yang terlampau banyak dan tinggi hanya akan menambahkan tekanan dan kerisauan. Janganlah dalam sehari itu anda mengerah segala tumpuan dan usaha untuk memiliki rumah besar, kereta mewah dan wang berjuta. Semua ini boleh menyebabkan anda tidak senang duduk.

Jangan sesekali membebankan hidup dengan memikirkan bagaimana caranya untuk mendapatkan semua itu serentak, pada hari itu juga. Penuhi keperluan asas anda dan keluarga terlebih dahulu. Kemudian, barulah fokus kepada kehendak tersebut satu per satu.

• Hargai dan fahamilah bahawa Tuhan merupakan pemilik yang agung. Anda perlu menerima hakikat bahawa apa yang menjadi milik anda pada hari ini hanyalah milikan sementara. Tiada yang kekal. Hari ini anda disayangi keluarga, rakan-rakan, teman sepejabat, tidak mustahil suatu hari nanti situasi akan berubah. Mungkin hari ini anda mempunyai kereta yang cantik atau rumah yang besar tapi belum tentu anda akan memiliki benda yang sama pada hari esok.
Anggap saja ia sebagai amanat yang dipertanggungjawabk an oleh Tuhan kepada anda. Dan suatu hari nanti, anda akan memulangkannya kepada yang hak iaitu Tuhan. Hargai dan syukuri apa yang ada dalam genggaman anda hari ini dan biarkan ia pergi jika memang itu yang telah dilakdirkan.

• Sekiranya anda berjumpa seseorang yang lebih baik daripada anda, jangan sesekali biarkan perasaan dengki menyelubungi diri anda. Kagumi kejayaannya. Dalam masa yang sama, fikirkan orang lain yang jauh lebih teruk berbanding anda. Anda sebenarnya bernasib baik jika dibandingkan dengan sesetengah orang yang terpaksa hidup, dalam penderitaan dan kesengsaraan. Jika anda fikirkan anda manusia malang, ketahuilah bahawa di luar sana ramai lagi yang lebih malang.

• Berani mengakui kesalahan sendiri. Ketepikan sejenak ego yang ada dalam diri, hati anda akan lebih tenang. Tiada sesiapa yang dapat lari daripada membuat kesilapan. Itulah fitrah manusia seperti kita.

• Sebelum melelapkan mata, insafilah semua rahmat yang telah dianugerahkan- Nya kepada anda sepanjang hari itu. Ingatlah semua yang telah anda lakukan pada hari ini. Bermohonlah kepada Yang Maha Kuasa supaya anda akan kekal dalam rahmatnya untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Jangan lupa mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana menjadikan diri anda seperti anda pada hari ini. Setelah itu, pejamkan mata dengan bibir yang tersenyum serta hati yang bersih dan ceria

Monday 12 April 2010

Wanita Neraka





Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi ALLAH SWT.. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW..keluarga dan para sahabat...

Rasulullah S.A.W bersabda: Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh kerana jarang taat kepada Allah dan RasulNya serta suami mereka dan kerana banyak bersolek untuk mempamerkan kecantikan.
Lalu Rasulullah bersabda: "Aku menangis sewaktu aku diisrakkan ke atas langit, aku melihat para wanita umatku tengah disiksa di dalam neraka. Aku melihat 10 macam siksaan bagi kaum wanita, iaitu:

Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, adalah kerana dia tidak mahu tutup (melindungkan) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain.

Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya, adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w.bersabda: "Seseorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya, maka Allah s.w.t akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya."
Dari Usman r.a berkata Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata: 'Aku belum pernah melihat kebaikanmu', maka sesungguhnya Allah s.w.t akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa da n siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari."

Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain dengan tidak mendapat izin suaminya.

Orang perempuan yang diikat kakinya, adalah kerana dia keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas, bagi membersihkan diri seteleh habis haid atau nifas.

Orang perempuan yang makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan keaiban orang lain.

Orang perempuan yang memotong-motong buah dadanya sendiri dengan gunting-gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya di kalangan orang ramai, dan mermaksud supaya orang melihat akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

Orang perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kalajengking adalah kerana dia itu boleh solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wuduk dan dia tidak mahu mengerjakan solat serta tidak mahu mandi junub.

Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Orang perempuan yang berbentuk seperti anjing, adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya.

Dan perempuan yang menyerupai anjing, api masuk ke dalam mulut serta keluar dari duburnya itu adalah perempuan yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, iri hati, dengki dan tidak taat kepada suaminya.

Inilah azab dan kesengsaraan yang dialami oleh wanita yang telah dilihat oleh Rasulullah s.a.w ketika dibawa ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Maha Suci Allah,segala puji bagi Mu..Moga kami terpelihara oleh siksaan nerakaMu..dan masukkanlah kami di dalam syurga bersama org2 y beriman..amin



Thursday 8 April 2010

Cinta


Bismillah.
Di sini saya ingin membicarakan tentang cinta. Sebagai renungan dan juga garis panduan bagi remaja-remaja dan kepada sesiapa jua yang belum berkahwin.

“Apakah hukum bercinta dalam islam? Maksud saya bercinta sebelum kahwin. Seperti belia yang kebanyakan di zaman ini. Ada yang cakap hukumnya boleh selagi tidak melanggar batas-batas syariat, kerana cinta adalah fitrah manusia. Ada pula yang cakap cinta sebelum kawin tidak boleh..menggunakan hujah “Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32). Kalau difikirkan, bercinta sebelum kahwin mendatangkan banyak cabaran dan mudah melalaikan seseorang. Apa pandangan ustaz?”
Emel seumpama di atas, biasa memasuki kotak emel Ustaz.
CINTA. Kalimah yang sering menghantui remaja dulu, kini dan selamanya. Satu fitrah manusia yang tidak dapat tidak perlu dikendalikan dengan bijaksana. Jika tidak, tunggulah saat kebinasaan dan kehancuran. Adakah Islam membenarkan percintaan sebelum pernikahan? Persoalan yang sering membelenggu benak remaja.
Pertama sekali, sebagai seorang muslim sejati, seharusnya kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Telah aku tinggalkan dua perkara yang mana jika kamu mengikutinya maka kamu tidak akan tersesat untuk selamanya, iaitu Al-Quran Sunnahku”.
Kita lihat kepada dalil Quran yang dibangkitkan oleh si penanya iaitu Surah al-Isra’;32
32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.
Dalam konteks bercinta sebelum kahwin, kalau dilihat dewasa ini, lebih banyak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Kelakuan percintaan seperti berdua-duaan sama ada di tempat sunyi atau ditempat awam, berpegangan tangan, dan bercumbu-cumbuan dilihat sebagai muqaddimah zina. Mula-mula pegang tangan, lepas tu… hanya tuhan yang tahu. Kita jangan lupa bahawa syaitan akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Adam iaitu kita semua.
Justeru, ada pertanyaaan seperti “kalau tak bercinta, macam mana nak kenal sesuai ke tak jadi pasangan hidup ustaz?”. Bila direnung-renung betul betul jugak kan? So, ustaz berpendapat bahawa “term” bercinta sebelum kahwin perlu ditukar kepada “term” berkenalan sebelum kahwin. Jom kita refer kepada sirah sekejap. Pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang ingin kahwin. Lalu oleh kerana “tawakkal” nya begitu tinggi dengan selambanya dia memberitahu Rasulullah untuk mencari calon isterinya. Katanya dia akan terima sahaja walaupun tak pernah melihat bakal isterinya.
Rasulullah menasihati supaya melihat dahulu bakal isterinya sebelum berkahwin. Namun, si sahabat berkata tidak mengapa Rasulullah. Lalu pernikahan pun berlangsung. Walau bagaimanapun selepas berkahwin, si dia tadi terkejut melihat isterinya yang tidak menepati langsung cita rasanya. Dia pun mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah pun menempelak si dia tadi. Tu lah, sebelum kahwin tak nak tengok dulu. Kan dah menyesal. Ibrahnya, kalau nak berkahwin tu, setidak-tidaknya perlulah kenal dahulu. Oleh sebab itu, dalam Islam juga menganjurkan supaya melihat bakal suami ata isteri terlebih dahulu dengan prosedur yang diiktiraf oleh syarak.
Macam mana plak prosedurnya? Ha, kalau nak tengok calon tu, jangan jumpe berdua je. Bawalah teman yang mahram ataupun seelok-eloknya ibu bapa atau pasangan yang telah berkahwin untuk menjadi perantara. Dengan cara ini. Pertemuan terkawal, hajat pun sampai dan insya Allah tidak timbul perkara-perkara yang menghampiri zina.
Selain itu, di zaman cyber ni faham2 la. Macam2 teknologi seperti SMS (sistem pesanan ringkas), YM (Yahoo Messenger) dan sebagainya. Islam tidak mengharamkan penggunakan medium ini untuk berkenalan, namun perlulah si pengguna teknologi memahami batas-batas syarak. Janganlah perbualan menjurus kepada kata-kata yang tidak perlu seperti kata-kata lucah dan yang sewaktu dengannya.Anda lebih mengetahui niat anda dalam melakukan perkara-perkara tersebut.
Secara kesimpulannya, dalam perhubungan di antara muslimin dan muslimat boleh lah rujuk surah An-Nur ayat 30 bagi lelaki dan surah An-Nur ayat 31 bagi wanita.
Sekian dimaklumkan. Bagi mengakhiri artikel ini, ustaz selitkan seloka untuk renungan semua.
Anda telah bersedia untuk bercouple jika…
Anda telah bersedia untuk bercouple jika…
Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…
Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu semata-mata.
Anda telah bersedia untuk bercouple jika…
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi,berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan,menyentuh dan..
Anda telah bersedia untuk bercouple jika…
Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda.Atau sebaik-baiknya sudah mempunyaipekerjaan yang tetap.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika…
Masih kandas ilmu fardu ain,mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..
Anda telah besedia untuk bercouple jika..
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin dalam erti kata yang sebenar.
Sebaliknya anda belum bersdia untuk bercouple jika..
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih,solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang…aduhai!
Anda ada apa-apa cerita tentang cinta?
Petikan Dari : Blog Ustaz Zamri