Monday, 30 August 2010

Andai Rasullah SAW bersama kita . . .

video

Wanita itu menangis.Walau wajahnya terlindung di sebalik purdah, dan hanya menampakkan sepasang matanya yang bening, tetapi suaranya yang sayu dan sebak beserta linangan airmata yang tumpah menggambarkan segala rasa yang menggigit tangkai jiwanya.

Melihat itu, saya turut mengalirkan air mata.
Kolam air mata mana yang mampu menampung limpahannya, jika persoalan yang bermain di kepala membuak kesayuan yang tiada taranya.
Persoalan yang sukar dijawab tetapi juga adalah impian setiap muslim dan muslimah yang beriman.

p/s: merinduimu ya Rasulullah...

Sunday, 29 August 2010

Liku-Liku kehidupan


Buat Renungan Bersama...

"Pada 14 tahun yang lalu, saya adalah penuntut IPTA di selatan tanah air.



Saya lahir dari keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa ke fakulti. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna. Tetapi sebenarnya saya adalah pelajar yang lemah.


Saya mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan.


Saya ada tujuh orang kawan di rumah sewa. Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri dari saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan.


Lagak Ina dan Aida seperti pelajar biasa pergi ke kuliah tetapi mereka pulang rumah pukul 10 malam. Apabila ditanya mereka akan menjawab ke rumah kawan membuat tugasan kuliah.


Akhirnya saya bersama kawan rumah sewa yang lain mengintip mereka berdua. Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan di kedai dobi.


Saya sebagai ketua dan kawan-kawan lain bersubahat mengenakan mereka berdua. Saya telah merakam pergerakan mereka.


Kemudian saya dan kawan-kawan sebarkan cerita pada kawan-kawan lain di fakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa bekerja di kedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan yang lengkap dengan bukti gambar.


Kesannya kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana takut diejek pekerja dobi.


Selepas tamat pengajian dengan pengaruh dan dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat kerja dan berkahwin dengan jutawan.


Tetapi badai melanda kehidupan. Saya dikurniakan empat orang anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan di sekolah selalu mengejek mereka. Saya sangat sedih.


Keluarga saya, suami, mertua serta kawan-kawan mula menjauhkan diri. Saya sangat tertekan. Saya mengambil keputusan untuk menunaikan umrah.


Anak saya tinggalkan kepada pengasuh. Di sana Allah telah tunjukkan pada saya satu ketentuan.


Datang seorang lelaki peniaga tamar menyapa saya supaya berkongsi masalah dengannya. Saya akur dengan permintaannya.


Setelah menjelaskan masalah saya, peniaga terbabit bertanya kepada saya," Adakah suatu ketika dulu anak telah menggunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lain. " Jika benar pak cik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dahulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak-anak yang cacat. "


Tetapi anak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa sahaja yang anak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan anak melakukan kesilapan atau tidak.


Anak tidak sepatutnya bercerita keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan anak tidak memaafkan,selagi itulah Allah tidak menerima amalan anak," katanya.




Ya Allah, inikah balasan Mu terhadapku atas perbuatan menjatuhkan maruah Aida dan Ina dulu.


Setelah kembali ke Malaysia saya mencari Aida dan Ina tetapi tidak ketemu.


Maka diruang ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Aida dan Ina, pelajar UiTM 1995, atas perbuatan saya menjatuhkan maruah anda berdua dahulu.


Tolonglah maaf kesilapan saya agar saya dan anak-anak dapat meneruskan kehidupan tanpa ejekan atau pemulauan daripada orang di keliling.


MAAFKAN NATRAH .




Semoga kisah ini dijadikan ikhtibar buat kita semua. Jangan sekali-kali menjatuhkan aib atau maruah orang lain. Ingatlah bahawa setiap apa yang kita lakukan akan ada pembalasannya, di akhirat mahupun di dunia.

sumber dari Migguan Wanita 13/12/09
P/S: Anak anak yg lahir cacat, adalah akibat gangguan dalam diri ibu, genetik, gnome, saintis barat telah buat kajian, tentang gangguan gnome, genetik, dan di hujung jalan mereka mengakui, ghost in your genes.
Rasulullah dah lama beritahu; dalam darah ada syaitan, >> yg tahu, itulah punca kepada kecacatan, sebab, JANJI ALLAAH, setiap anak lahir dalam Fitrah Kebaikan, dan manusia adalah sebaik baik kejadian.
di seru, tuntutlah ILMU< buanglah dulu hantu syaitan, gangguan dalam diri, dan dapatkan ILMU yg dapat menjaga. terhalang gangguan syaitan.

Saturday, 28 August 2010

Iftar Sabahan PWTC

    Bismillahirrahmanirrahim...
    Segala puji bagi ALLAH swt, TUHAN sekalian alam..
    selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi MUHAMMAD saw, keluarga serta sahabat Baginda..

suasana dalam dewan

    sebenarnya maw cerita yang semalam (16 Ramadhan 1431H) aku dengan kawan-kawan yang lain bersungkai di PWTC, hehehehe..alhamdulillah rezeki yang ALLAH bagi dapat lah kami bersungaki free hari ni. ndak payah bayar. program bermula pukul 6.30 petang. sebelum itu, perjalanan dari tanjung malim ke PWTC ni ambil masa dalam 1 jam 30 minit juga la. masa sampai, sangat ramai sabahan di situ, rasa macam di sabah sudah ni sebab dengar sudah slank-slank sabah..hehehhee..kami sampai dalam jam 5.00 petang, lepas tu solah asar dulu baru begambar-gambar di sana..hehhehe(besa la perempuan)..lepas tu, kena suruh masuk dan duduk di meja makan. tepat jam 6.30 petang ada tazkirah ringkas daripada ustaz ridhuan tee Abdullah... tazkirah dia sangat seronok dan lucu, sebab ustaz tu cakap dan ketawa..hahahaha..dia selitkan juga tentang masalah buang bayi yang sangat-sangat teruk sekarang ni, lepas tu.. ustaz ada cerita betapa bertuahnya seorang wanita ni sebab dapat mengandung dan melahirkan anak dan ganjaran yang ALLAH berikan kepada wanita. tapi, betapa susahnya seorang wanita ni melahirkan anak..tapi, kenapa pula ada yang senang-senang jak buang anak..?? fikirlah sendiri..tazkirah selesai dalam jam 7.10 minit petang dan VIP pun sudah datang, Dato Panglima Hj. Musa Bin Aman, Ketua Menteri Sabah... azan maghrib berkumandang dan kami bersungkai beramai-ramai, makan tamar/kurma..sangat sedap..hehehehe.. ndak sama dengan kurma kering yang selalu dimakan. sebelum makan nasi, kami solat magrib berjemaah dulu..lepas tu baru makan nasi. lauk yang dihidang, sotong masak apa ya ? (lupa sudah aku) ikan tenggiri  masak lemak, ayam goreng, daging masak kicap, ulam-ulam, sayur labu dan ada lagi yang aku lupa... makan nasi dengan kenyang, pastu..sambung dengan dessert..hahahaha..alhamdulillah...
    menu sungkai
    antara lauk yang sempat kena gambar

dessert ais krim + roti + nangka


    lepas habis makan nasi, kami solah ishak berjemaah dan teruskan dengan solat taraweh 8 rakaat.. alhamdulillah, best betul taraweh di sini..sejuk ni sebab ada aircond..hehehe..selepas itu, dalam jam 10.30 pm kami masuk semula ke dalam dewan dan sambung untuk acara seterusnya...masa ni best sikit sebab ada persembahan nasyid daripada kumpula FEELHONEY & ELHAMZ dari UM sambil makan bubur (ndak taw bubur apa) sedap... cuma dua buah lagu yang dipersembahkan kerana kekangan masa.. (kenapa tiba2 ayat skema ni ??).. lagu yang menusuk jiwa, wanita...istimewa..bestnya lagu ni..peringatan buat lelaki untuk menghargai kaum wanita..hehehe..lagu yang ke-2 pula lagu taubat nasuha...yang ni pun best..habis nasyid, diteruskan dengan deklamasi sajak. lepas tu  ucapan wakil pelajar, CEO yayasan Sabah dan Dato Musa Aman..habis jak ucapan ni, acara yang paling dinanti-nantikan pun tiba,,pembahagian duit raya kepada wakil universiti masing-masing...sebelum pulang kami buat sesi bergambar...heheheheh..
    alhamdulillah..selesai sudah



-TAMAT-

P/S: harap-harap dapat pegi lagi di masa akan datang . . .hehehe
             

Sunday, 22 August 2010

cinta Vs CINTA



by ~hilmi-atudisma devianART

kata-kata yang cukup indah dari ibn qayyim..




tidak ada yang bisa mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangnn 


duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan 


hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana! 





"Kecintaanmu padanya itu syahwat. Hampir semua 


orang yang jatuh cinta itu merasakan apa yang kau rasakan. 


Dan perasaan seperti itu tidak akan bisa kaukeluarkan, kau usir 


dari hatimu kecuali jika kau memiliki dua hal. 





"Pertama, rasa cinta kepada Allah yang luar biasa yang 


menggetarkan hatimu. Sehingga ketika yang ada di hatimu 


adalah Allah, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan 


terusir. Kedua, rasa rindu kepada Allah yang dahsyat sampai 


hatimu merasa merana. Jika kau merasa merana karena rindu 


kepada Allah, kau tidak mungkin merana karena rindu pada 


yang lain. Jika kau sudah sibuk memikirkan Allah, kau tidak 


akan sibuk memikirkan yang lain. 





"Karena hatimu miskin cinta dan rindu kepada Allah, 


jadinya kau dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain. Saat 


ini yang menjajah hatimu adalah rasa cinta dan rindumu pada 


si dia"





Cinta memang bukan segala-galanya, 


tapi kehilangan cinta seperti kehilangan segala -galanya.





Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui 


kehilangan. Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang 


mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah yang 


tidak. Jika kau mencintai seseorang ada dua kemungkinan


diterima dan ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya. Namun 


jika kau mencintai Allah pasti diterima. Jika kau mencintai 


Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tak akan 


ada yang merebut Allah yang kaucintai itu dari hatimu. Tak 


akan ada yang merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan 


Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah 


dengannya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan 


berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dari-


Nya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan 


adalah cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla.~

Saturday, 21 August 2010

wanita mulakan langkah pertama


Jika seorang wanita berkata kepada seorang lelaki, “Sudikah awak mengahwini saya..?” Apakah pandangan kita? Mungkin apa yang terlintas di hati kita ialah, “Ya Allah, tak malunya wanita ini..” Situasi seperti ini boleh dianggap sebagai satu fenomena yang biasa dalam masyarakat kita terutama masyarakat Melayu kerana sejak zaman dahulu kala bahawa perempuan tidak dibenarkan memulakan langkah pertama dalam perhubungan, seterusnya ke alam perkahwinan kerana perkara ini dianggap memalu dan menjatuhkan martabat seorang wanita.

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan, apabila pihak wanita yang memulakan langkah pertama untuk merisik, masyarakat kita lazimnya akan memandang serong dan menyebarkan tanggapan yang kurang baik. Malah seakan-akan menjadi satu kemestian bahawa hanya pihak lelaki sahaja yang berhak untuk merisik dan meminang.

Perkara seperti ini tanpa disedari menjadi punca kenapa wanita berkahwin lambat atau lebih hebat dipanggil ´andartu´ dan ´andalusia´. Dan kerana anggapan seperti ini menyebabkan ramai di kalangan wanita yang terpaksa duduk di rumah sambil menunggu pinangan sahaja daripada mereka lebih berusaha untuk mencari jodoh. Asalkan tidak menyalahi syariat Islam, apa salahnya kalau wanita juga berusaha untuk memikat lelaki.

Di dalam Islam, amalan merisik dan meminang bukan hanya dilakukan oleh pihak lelaki. Malah di dalam al-Quran turut dinyatakan kisah seorang ayah yang menawarkan anaknya kepada Nabi Musa untuk dikahwini. Kisah ini disebut dalam surah Al-Qashash, ayat 27. Seorang ulama masa kini, Dr. Wahbah Az-Zuhaili, semasa mentafsirkan ayat ini juga turut membawakan contoh-contoh lain di dalam sejarah Islam yang menunjukkan wakil pihak wanita mengemukakan tawaran untuk dijodohkan dengan mana-mana lelaki. Contohnya, Saidina Umar yang menawarkan anaknya Hafsah untuk dijodohkan dengan Abu Bakar dan Usman. Malah seandainya wanita itu sendiri menghantar pinangan sekalipun, ia tidak patut dipandang serong kerana Ummul Mukminin Khadijah juga melamar  Rasulullah s.a.w. melalui orang tengah.

Perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000 menunjukkan pada 1981 sehingga 1990, 43.2 peratus golongan muda iaitu 20 hingga 34 tahun belum berkahwin. Pada 1991 sehingga 2000 pula, 48.1 peratus golongan muda belum berkahwin dengan 68.5 peratus daripadanya adalah wanita. Perangkaan itu turut menunjukkan umur minimum perkahwinan pada 1980 ialah 26.2 tahun bagi lelaki dan 23.5 tahun bagi wanita. Pada tahun 1991, lelaki (28.2 tahun) dan wanita (24.7 tahun). Pada tahun 2000 pula, lelaki (28.6 tahun) dan bagi wanita pula (25 tahun). (majalah Milenia Muslim)

Terdapat beberapa faktor yang menjuruskan kepada masalah ´andartu´ atau ´andalusia´ ini; antaranya ialah janji manis daripada pasangan untuk berkahwin yang kemudiannya berakhir dengan tragedi penipuan, penderaan, perkosaan serta sikap lelaki yang suka berfoya-foya, menyebabkan wanita sukar untuk menerima lelaki lain dalam hidup mereka.

Faktor lain ialah revolusi pendidikan, peluang pekerjaan kepada wanita yang terbuka luas, tanggungjawab untuk menyara ahli keluarga, ada juga sesetengah wanita yang memilih kriteria yang terlalu ideal untuk calon suami, mementingkan kerjaya dan menganggap perkahwinan satu kongkongan, terpengaruh dengan kisah kegagalan perkahwinan yang sering disiarkan dalam media-media dan penderaan dalam rumah tangga merupakan suatu trauma kepada wanita.

Tanggapan buruk masyarakat terhadap wanita yang berkahwin lambat, ´andartu´ dan ´andalusia´ perlu diubah kerana masa kini ramai wanita yang berstatus bujang walaupun umur sudah menjangkau usia lewat 30-an sudah berjaya dalam hidup dan mampu menandingi keupayaan dan kebolehan lelaki dalam sesuatu perkara.

Masyarakat seharusnya melihat daripada sudut yang lebih positif kerana golongan ini memberi sumbangan yang banyak dari sudut ekonomi kerana ramai diantara mereka telah berjaya dalam kerjaya, mampu mengumpul harta dan wang simpanan yang banyak jika dibandingkan dengan rakan yang sebaya mereka, hal ini secara tidak langsung ini mampu menyumbang kepada kepesatan ekonomi melalui bidang-bidang yang mereka ceburi.


Dari sudut sosial, sumbangan mereka amat besar terhadap keluarga kerana membantu meringankan beban keluarga dengan menghantar wang kepada ibu bapa dan belanja untuk membiayai pelajaran adik-adik malah mereka ini lebih prihatin terhadap masalah keluarga dan memberikan sepenuh perhatian terhadap kebajikan keluarga dan masyarakat sekeliling sekali gus memperbaiki taraf sosial keluarga mereka.

Oleh sebab itu, masyarakat perlu mengubah cara pemikiran yang menganggap wanita tidak boleh memulakan langkah pertama untuk mencari pasangan kerana perkara ini dapat membantu mereka daripada mendapat gelaran andartu dan andalusia. Bagi wanita yang ingin memulakan langkah pertama mestilah berani menerima risiko dan perlu bersedia dengan cabaran yang akan ditempuhi dalam proses mencari pasangan.

Tetapi mestilah berpandukan cara yang betul, tidak bercanggah dengan agama dan yang paling mustahak tidak dipandang serong atau dianggap sebagai perempuan murahan. Apa yang penting sindrom ´malu´ untuk memulakan langkah pertama, akhirnya menyebabkan wanita menempuh satu corak hidup yang memungkinkan mereka terpaksa memilih samada untuk terus bergelar ´andartu´ dan ´andalusia´ ataupun menjawat status sebagai isteri muda.

Walau siapa pun yang memulakan langkah dahulu, yang pasti jodoh pertemuan ditentukan Allah.




Sumber: Oleh NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH

TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT


Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'. 





Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.





Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu. 





Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.





"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.





Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya dilaknat akan dia oleh Allah" (Al-Jabbar). "Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."





Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.





Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.





Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanyatersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.





Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak." 


p/s: bersama-sama muhasabah diri.. semoga ALLAH SWT mengampunkan dosa berlebih-lebihan dalam                 ketawa...