Sunday 31 October 2010

Kerana Aku Lemah

The pathway by ~NadalRaff




bila aku melayan, kau kata aku perempuan murah
bila aku menerima, kau kata, ah mudahnya
bila aku terpesona, kau kata aku terlalu mudah jatuh cinta
bila aku tidak menghiraukan teguran mu, kau kata aku sombong
bila aku menolak ajakan mu, kau kata aku jual mahal
bila aku tidak menerima mu, kau kata aku terlalu memilih
bila aku keluarkan hujah, kau kata aku berpura-pura

kau anggap aku menghina
tapi tahukah kau?
iman ku halus, mulus
dilentur patah, ditepis rebah

andai aku menerima teguranmu,
mungkin aku kan jauh mengagumi
andai ku terima pelawaanmu,
mungkin aku kan jatuh kalah diriba nafsu..

jangan buat aku keliru,
sungguh aku ini lemah saja!
mudah hatinya terpesona,
mudah hatinya alpa dan leka,
jadi biarkan saja aku,
biarkanlah aku menjauh.


nukilan: cahaya pencinta


p/s: Hakikatnya, aku sangat lemah.. jangan lah kau cuba datang dekat padaku andai niatmu tidak ikhlas dan didorong kerana hawa nafsumu..


Saturday 30 October 2010

Rehla Proton City

posing sakan kamu ya..hehehe

Assalamuallaikum..

Alhamdulillah, syukur atas nikmatNya ..
Semalam (29/10/10) aku dan kawan-kawan yang terdiri daripada Dila, Siti, Sara, Syuki, Aina dan Jeje (geng de'K.A.M.I) pergi ber'picnic' di Proton City. Sekali-sekala pergi berehla bersama sempena meraikan befday Aina yang sudah berlalu dan Syuki yang bakal menjelang, juga untuk merehatkan minda sebab minggu kuliah sudah berakhir dan minggu exam sedang menanti (skema plak..ndak pa la)

Selain itu, rehla kami juga bertujuan untuk berjalan-jalan di Proton City sambil menghayati keindahan alam ciptaanNya. Sekian lama tinggal di Tanjung Malim, ini lah kali pertama kami berehlah ramai-ramai di sini. Sebenarnya aku malas maw becerita panjang, Jadi, aku upload jak gambar pengembaraan de'K.A.M.I 


Ha! ni makanan yang dibawa, simple jak la api Alhamdulillah cukup untuk mengisi perut kami yang memang sengaja dikosongkan. Sampai-sampai jak, bentang tikar dan terus makan. Almaklumlah, semua pun Dragon..hahaha


aku suka pic ni, sebab nampak masjid ^_^

semua nak terbang..hehehe


Banyak pula gambar diorang ni..hehehe, Ni la aksi kawan-kawan aku yang memang pantang dengan camera. Kredit to Olympus dan Cgdila (^_^) . . . Alhamdulillah, memang seronok. Lama sudah kami tidak berkumpul ramai-ramai macam ni, sebab sara kelas lain. So, Alhamdulillah perut kenyang dan hati pun senang.


aina tengah suao syuki

Lepas makan nasi, sambung pula makan kek. Maka, bermula lah adegan suap-menyuap. Kau suap aku, aku suap kau. Ok, sudah kenyang!

Lepas tu, bersambung pula denga sesi berjalan-jalan dan bergambar di Proton City Bridge. Normalah perempuan memang suka bergambar. OK!

macam penyiasat pula la..

wahh..sedang merenung masa depan 

Akhir sekali, sebelum siang melabuhkan tirainya, kami bergerak ke masjid Proton City untuk solat maghrib memandangkan azan sudah berkumandang. Tapi, ada juga pengunjung yang masih sibuk "berdating", sakit pula mata aku memandang, huh! 


Dalam masjid, cantik kan . .


Dalam jam 8.15 kami bergerak pulang ke kolej dalam keadaan hujan yang lebat dan bunyi guruh yang kuat. Alhamdulillah, pengembaraan hari tu berjalan dengan baik.. Sekian!




p/s: kawan-kawan, next time kita rehla lagi ya..^_^




6 persimpangan pilihan manusia

dunia dalam genggaman by Abu Mushlih Ari Wahyudi


Dari Abu Bakar r.a yang bermaksud : “Sesungguhnya……
  1. IBLIS berdiri di depanmu
  2. JIWA di sebelah kananmu
  3. NAFSU di sebelah kirimu
  4. DUNIA berada di belakangmu
  5. Semua ANGGOTA TUBUH berada di sekelilingmu
  6. Sedangkan ALLAH s.w.t di atasmu.
Maka IBLIS (kutuk Allah tertimpa ke atasnya) mengajakmu meninggalkan agama. JIWA mengajakmu ke arah maksiat. NAFSU mengajakmu supaya memenuhi kehendak syahwat. DUNIA mengajakmu supaya memilihnya daripada akhirat. ANGGOTA TUBUHmu mengajak melakukan dosa. Dan . . . TUHANmu mengajak engkau masuk syurga serta mendapatkan keampunanNya. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud : “Dan Allah mengajak  ke syurga serta menuju keampunanNya.”

Dan siapa yang memenuhi ajakan IBLIS, maka hilanglah agama dari dirinya.Siapa yang memenuhi ajakan JIWA maka hilanglah darinya nilai nyawanya.Siapa yang memenuhi ajakan NAFSUnya, hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan DUNIA, maka hilanglah akhirat dari dirinya.Siapa yang memenuhi ajakan ANGGOTA TUBUHnya, maka hilanglah syurga darinya.Dan…. siapa yang memenuhi ajakan ALLAH s.w.t, maka hilang dari dirinya semua kejahatan serta ia memperoleh semua kebaikan.

“ Letaklah kehidupan dunia itu dalam genggaman tanganmu, dan janganlah kau letakkan dunia itu  dalam hatimu” ( Umar Ibnul Khaththab ).

Difailkan dalam: Amalan & Doa (pondok pasir tumbuh)

p/s: Berpegang teguhlah dengan agama Allah, dan jangan berpecah. Dalam setiap urusan dunia mahupun akhirat kita haruslah berlandaskan batasan dan ketetapan yang ditetapkan dlm agama. Al-quran itu diturunkan sebagai panduan dan penawar bagi umat manusia. Sebab kita sebagai manusia yang dicari adalah redha dari Allah, bukannya redha dari manusia.


Thursday 28 October 2010

JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI



Assalamuallaikum..


Tiba-tiba ternampak entri ni kat ni kat blog Ben Ashaari. Dia sedang buka blog list baru untuk blogger yang baru merangkak, aku pun masih merangkak lagi dalam dunia blog ni. Jadi, aku aku pun men'joinkan' diri untuk mencari sesuatu yang lain, atau suatu kelainan, mungkin la . . Tapi, tidak salah rasanya kalau mencuba, InsyaALLAH ada baiknya.


Lagipun, cara nak join blog list Ben Ashaari tak susah.. So, kepada kawan-kawan yang mahu men'join'kan blog anda . . Silakan melawat Blog Ben Ashaari, promosi hingga tangah malam ni sahaja. JOM!


p/s: Syukran Jazilan ^_^



Nukilan Buat Aina

cikgu bitara ^_^




Sanah Helwah Ya Habibi . . .(selamat ulang tahun sayangku)
Inilah ungkapan bahasa arab yang aku ketahui, ucapan kepada mereka yang menyambut hari lahir dan membawa erti, Tahun Manis! 


Jadi, nukilan pada kali ini, aku titipkan khas buat sahabat baikku Aina Nadia Binti Ghazali . Semoga Berjaya di dunia juga Akhirat. Semalam aku ada hantar ucapan khas buatnya, mesej aku berbunyi seperti ini ;
"Assalamuallaikum.. Sanah Helwah ya Habibi, one step to death... Jadilah insan yang mahal, May ALLAH bless you"..


Begitulah ucapan yang aku sampaikan padanya. 'One step to death', bukan bermaksud untuk menakutkan.. tapi sekadar satu peringatan buat diri, dan baru tadi aku baca entri Aina. Sungguh! aku terenyum sejak baca dari mula hingga akhir. Bukan rasa lucu, tapi terharu..Aina, ketahuilah sahabat.. aku sangat sayang akan sahabatku termasuk juga dirimu. Sempena hari ini, usia sudah mu sampai 19 tahun (28.10.1991) dan bermaksud sudah 19 tahun hidup di dunia.. Biarlah usia yang dipinjamkan itu, digunakan dengan baik..peningkatan usia seiring dengan peningkatan iman dan ilmu.. Jadilah manusia yang bukan sekadar manusia biasa tapi sebagai Insan yang luar biasa, sebagai pendidik pada masa akan datang . . .





"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" Al-Mu’minun : 115



akhir kalam, apabila usia meningkat . . umur tidak akan bertambah panjang tetapi bertambah singkat . .
sekali lagi, SANAH HELWAH YA AINA NADIA GHAZALI.. ^_^




p/s: Ya Allah, satukanlah hati-hati kami dengan keimanan kepadaMu. Sayangilah kami dengan Sayang-Mu. Kasihanilah kami dengan Kasih-Mu. Masukkanlah kami dalam lingkungan redha-Mu. Akhirkan kami dalam ketaatan kepada-Mu. Abadikanlah kami ke dalam syurgaku.



Tudung Labuh?

wanita hiasan dunia


Assalamuallaikum..


Alhamdulillah, syukur atas rahmatNYA. Tudung labuh? suka aku katakan yang aku sangat suka dengan orang yang bertudung labuh. Aku punya rasa kagum yang sangat mendalam pada insan-insan yang bertudung labuh. Sejak dahulu lagi, aku suka dengan cikgu dan ustazah ku yang bertudung labuh, aku sangat sayang dengan mereka. Aku juga menyimpan azam untuk bertudung labuh seperti mereka. Tapi, aku hanya seorang insan yang lemah, jahil dan tidak mengerti akan makna hidup. Dulu, pernah aku usulkan pada mama aku untuk bertudung labuh, tapi mama aku senyum jak dulu, dan dia tak bagi berubah secara mendadak. Mama aku suruh aku ubah penampilan aku dengan perlahan-lahan. Habis sekolah menengah, aku cuba ubah diri dan penampilan aku. Tapi timbul persoalan dalam benak aku, bilakah aku akan pakai tudung labuh? 


Kini, aku berada di alam Universiti. Sejak aku keluar dari takuk lama (alam sekolah), aku sudah simpan azam untuk bertudung labuh. Jadi, aku mula memakai tudung bidang 60 sejak aku melangkah masuk ke alam Universiti. Tapi, sampai sekarang aku hanya mampu menggunakan tudung bidang 60 sahaja. Apa beza tudung labuh dengan bidang 60? Pada aku ada bezanya, kerana pada aku tudung labuh  berjahit dan bidang 60 pula tidak berjahit. Ya, walaupun bezanya sedikit cuma, tapi tetap berbeza. Jujur aku katakan, aku tersentuh setiap kali melihat orang yang bertudung labuh, berbaju kurung dan jubah. Sering kali aku bertanya pada diri, bila aku boleh jadi seperti mereka? Dan sekali lagi, pernah aku usulkan pada mama aku untuk pakai tudung labuh dan bukan bidang 60. Tapi, mama aku tak bagi, bukan sebab dia menolak perubahan yang ingin aku lakukan, tapi mama mahu aku istiqamah dahulu. Mama kata, kalau mahu bertudung labuh, kena teruskan sampai akhir hayat, jangan sesekali tanggalkan. Itulah cabarannya. Ya! aku takut aku tidak mampu istiqamah, tapi padaMU jua aku meminta ya RABB..mama, doakan anakmu ini..


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-nur:31)


Tapi, sering kali juga aku terdengar atau terbaca tentang cemuhan-cemuhan akan orang yang bertudung labuh. Siapa kata semua yang bertudung labuh ni alim, baik dan sopan? Jika benar pun orang yang bertudung labuh ni tidak alim, tidak sopan dan baik, layakkah kita untuk mencemuh hijab yang dipakainya. Tidak! jangan sesekali benci pada tudung labuhnya , tapi bencilah pada sikapnya dan bukan pada orangnya. Manusia tidak pernah lepas daripada melakukan dosa, tapi tegurlah dengan cara yang berhemah. Jika benar orang yang bertudung labuh ni melakukan perkara yang salah, tegurlah dia dengan cara yang berhemah. Tapi, orang yang bertudung labuh pasti akan menunjukkan contoh yang baik, InsyaALLAH. Pakaian merupakan cermin kepada maruah dan akhlak kita. Biarlah pakaian seiring dengan akhlak.


Kawan aku selalu kata, dia tersentuh tengok orang yang bertudung labuh. Ketahuilah Siti, aku juga sama. Aku malu pada diri aku dan aku lagi malu pada PENCIPTAku..Siti selalu tanya pada aku, bila dia boleh pakai seperti itu (tudung labuh)? dan aku hanya mampu katakan padanya, berubahlah secara perlahan-lahan. ALLAH sedang menguji kita, supaya kita mendengar teguran yang ingin disampaikanNYA..InsyaALLAH..Perjalanan hidup kita terlalu panjang, tapi kita tidak tahu di mana kita akan berhenti dan bagaimana pengakhirannya? Jadi, biarlah perubahan yang ingin kita lakukan itu berada pada landasan yang diredhaiNYA. Syaitan itu kreatif, dia akan lakukan apa sahaja supaya kita jauh daripada rahmat ALLAH. So, Jangan takut untuk berubah!


(impian ana . . ^_^)




p/s: "Apa yang hendak kita lakukan mestila kita yakin. jangan terlalu memikrkan apa yang orang perkatakan kerana di dalam setiap perubahan ke arah kebaikan mestilah dugaan nya amat berat. Anggaplah ia satu cabaran dan perubahan yang kita lakukan adalah untuk menjaga diri kita. tidak semua faham apa yang kita mahukan dan tidak semua faham mengenai kebaikan. Orang yang yakin dirinya ingin berubah ke arah kebaikan sentiasa dibantu oleh Allah bagi memudahkan segala urusan. Jadi kenalah yakin apa yang hendak kita buat dan jangan mudah terpengaruh dengan kata2 orang yang hanya tahu berkata-kata tapi tidak tahu apa maksud yang sebenarnya." Berubahlah kerana ALLAH.. good luck dila, chaiyok2!!



Wednesday 27 October 2010

Santapan Rohani

Rainbow pearl by dansch



Assalamualliakum wbk . . .


"ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit.. diturunkan ke lubuk hati orang beriman.. mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan"- Syed Qutb

"kalau tiada orang yang mahu mendengar bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya..malah seluruh alam gembira mendengar&menyahut kalam2 yang mengagunggkan Tuhan.."- Badiuzaman Said Nursi..

‘apabila kamu belajar satu ilmu atau mengulangkaji, hendaklah ilmu yang dipelajari itu boleh memperbaiki hati mu dan membersihkan jiwamu‘ ‘tujuan pendidikan ialah mendekatkan diri kepada Allah, bukan pangkat dan bermegah-megah…tujuan murid mempelajari segala ilmu pada masa kini adalah untuk kesempurnaan dan keutamaan jiwanya’:- Imam Al-Ghazali
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal..Dan sekiranye kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.. :-Saidina Ali r.a

Daripada Ibnu Umar, Rasulullah bersabda.."sabar itu 4 jenis, sabar kerana terperanjat dengan sesuatu, sabar dengan perkara fardhu, sabar dengan larangan Allah dan sabar dengan musibah". 
"Anggota badan yang paling baik/buruk adalah hati( hablum minallah) & lidah(hablum minannas). jadi peliharalah keduanya agar terpelihara jua hubungan dengan Allah & manusia.."

"mendapat 5 hal melalui 5 jalan..1.Berkah rezki akan diperloleh melalui Solat Dhuha..2.Cahaya dalam kubur melalui Solat Tahajjud..3.Kemudahan dalam menjawab pertanyaan Mungkar & Nakir melalui membaca Al Quran..4.Kemudahan melintasi Siratul Mustaqim melalui puasa & sedekah..5.mendapat perlindungan Arasy Ilahi pada hari Hisab melalui Zikrullah(zikir).":-Rasulullah SAW

P/S: sekadar ingin berkongsi seuntai mutiara kata bermakna sebagai santapan rohani dikala hati sedang gersang..semoga ALLAH redha..

Tuesday 26 October 2010

Dosa Merosakkan Hati

penawar hati


Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:- "(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya". 

Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata:- "Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya".

Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya:  "Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua"Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya. 



Allah berfirman yang bermaksud: "Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)"



Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata:- "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya". 


Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu. Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata: "Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat"


Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)". Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.


p/s: Setiap yang bernama manusia tidak akan terlepas daripada melakukan dosa, termasuk insan yang lemah ini.. Semoga kita diberi kekuatan untuk terus berusaha membersihkan segala dosa dan noda yang bersarang dalam diri.. Ya ALLAH, terimalah taubat hamba yang berdosa ini..ameen


Nafsu


jom!! lawan nafsu
Assalamuallaikum wbk . . .
Hawa nafsu terdiri dari dua perkataan: hawa (الهوى) dan nafsu (النفس). Dalam bahasa Melayu 'nafsu' bermakna keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat. Jika ditambah dengan perkataan hawa (hawa nafsu), biasanya dikaitkan dengan dorongan hati yang kuat untuk melakukan perkara yang tidak baik. Adakalanya bermakna selera, jika dihubungkan dengan makanan. Nafsu syahwat pula bererti keberahian atau keinginan untuk berjimak
Ketiga-tiga perkataan ini (hawa, nafsu dan syahwat)berasal dari bahasa Arab:
  • Hawa (الهوى): sangat cinta; kehendak.
  • Nafsu (النفس): roh; nyawa; jiwa; tubuh; diri seseorang; kehendak; niat; selera; usaha.
  • Syahwat (الشهوة): keinginan untuk mendapatkan yang lazat; berahi.

Ada pendapat mengatakan bahawa hawa nafsu sebagai "syaitan yang bersemayam didalam diri manusia," yang bertugas untuk mengusung manusia kepada kefasikan atau pengingkaran. Mengikut hawa nafsu akan membawa manusia kepada kerosakkan. Hawa nafsu yang tidak dapat dikawal dengan baik akan merosak  diri seseorang. Setiap individu diciptakan dengan naluri kebaikan, Namun karena hambatan nafsu yang ada pada diri seseorang naluri kebaikan ini i tidak dapat muncul dalam realita kehidupan. Maka dari itu mensucikan diri atau mengendalikan hawa nafsu adalah wajiban bagi sesiapa saja yang menghendaki keseimbangan, kebahagian dalam hidupnya kerana hanya dengan berjalan dilandasan kebenaran sajalah menusia dapat memperoleh kebahgiaan.  Firman ALLAH SWT; "Kami ilhamkan kebaikan dan keburukan di dalam hati manusia."


-PUISI-

Nafsumu itu ibu segala berhala

Berhala kebedaan ular sawa
Berhala keruhanian naga
Itu ibarat perumpamaannya



Mudah sekali memecah berhala

Kalau diketuk hancurlah ia
Walau batu walaupun bata
Walau ular walaupun naga



Tapi bukan mudah mengalahkan nafsu

Jika hendak tahu bentuk nafsu
Bacalah neraka dengan tujuh pintu
Dari nafsu keluar ma’siat setiap waktu.


-Jalaluddin Rumi-




p/s: ALLAH memberi nafsu kepada kita semua, tapi.. bergantung pada diri kita untuk mengawalnya..marilah bersama-sama mengawal nafsu dengan berpegang teguh pada taliNYA..



Monday 25 October 2010

Exam

salam mujahadah di musim imtihan.. pic by yeekeru10 devianart

Assalamualaikum wbk..

Tick Tock
Tick Tock
Mind Block
Pen Stop
Eyes Up
Time Shock
Jaw Drop
No Luck
Time's Up..


Musim exam sedang melanda di seluruh Universiti Malaysia. Betul? Ada yang baru hendak bermula, ada yang sedang bermula dan ada yang akan berakhir.. Manakala, UPSI pula akan bermula selepas Hari Raya Aidiladha nanti, insyaALLAH.. next week, cuti study week akan bermula.. jangan ditanya berapa lama, yang pelajar UPSI mesti dah tahu kan, dan ramai sudah yang beli tiket untuk balik..tapi, ada juga yang 'keleburan' tiket sebab kelas ganti yang datang secara mengejut..hehehe..

Lumrahnya, kita sebagai pelajar (termasuk diri sendiri), semua akan study dan ulangkaji pelajaran bila tibanya musim exam  ni.. Semua orang berlumba-lumba untuk lulus. Ya! aku juga salah seorang daripadanya. Pokok pangkalnya, kalau nak lulus or berjaya dalam exam ni, kita berbalik semula pada akarnya, iaitu study bersungguh-sungguh. Itu sahaja jawapannya.. Tak payah cakap panjang-panjang.

“…kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Surah Ali Imran ayat 159.

Sebaik sahaja sudah berniat untuk mendapatkan sesuatu (termasuk berjaya dalam exam), maka tawakkal lah, kerana tawakkal sudah termasuk dalam usaha...

ilmu itu cahaya..

p/s: Bittaufik wan najah kepada semua sahabat-sahabat yang akan, sedang dan sudah Exam!! ^_^