Monday 12 August 2013

Saya Tidak Cantik

awan, andai dapat kucapai . .


Saya tahu saya tidak cantik.
Tapi, walaupun saya tidak cantik, 

saya tetap ada kelebihan.

Kerana saya tidak cantik,
saya tidak jadi korban
gangguan lelaki-lelaki
yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik,
saya dapat pelihara diri saya 

daripada pandangan bernafsu 
lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik,
saya selamat daripada
menjadi senjata iblis
mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik,
saya tidak mendapat fitnah
dan cemburu daripada
wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik,
saya tidak mengharapkan pujian 

daripada mana- mana lelaki dan wanita.

Kerana saya tahu.

Saya tidak cantik pada
pandangan manusia.

Maka saya akan
berusaha agar kelihatan
cantik pada ALLAH.
Kerana bukan kecantikan
dunia yang saya kejar.

Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak.
InsyaAllah.


Wahai Sahabat ku . .
Tidak Mengapa kita tidak cantik di pandangan Manusia.
Namun InsyaAllah kita cantik di pandangan yg maha Esa.

Pss: Allah tidak menilai hambaNya melalui paras rupa, tetapi yang membezakan kita hanyalah TAQWA.


teratak usang, Tmn Putera Jaya
5 Syawal 1434H / 12 Ogos 2013
4:44 p.m.

sumber: Muka Buku Ijul Tojid

sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Saturday 10 August 2013

Ramadhan yang pergi..

insan yang dicintai kerana Allah - Hj Nurdin Bin Kasim


Bismillahirrahmanirrahim,
Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan yang satu dan bitara. Selawat dan salam buat junjungan mulia, baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat. Assalamualaikum wbk.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,
Semoga Allah swt menerima amal ibadah aku dan kamu, insyaAllah.
Ramadhan, bulan yang dijanjikan sejuta rahmat didalamnya.
Ramadhan, setiap nafas yang berhembus adalah tasbih kepadaNya.
Ramadhan, yang didalamnya ada Lailatu Qadr.
Ramadhan, bulan yang penuh dengan tarbiah.

Kini, Ramadhan 1434H sudah pun berlalu. Pergi meninggalkan aku, kamu dan kita, sekalian manusia. Doaku, semoga Allah memberi kita ruang dan peluang lagi untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang, insyaAllah. Ramadhan, bulan tarbiah buat kita. Semoga tarbiah sebulan dalam bulan Ramadhan mampu menjadi bekal buat kita sepanjang 11 bulan yang mendatang. Ramadhan sebagai platform untuk diri kita melakukan anjakan yang baru. Semoga momentum dalam Ramadhan tidak habis pabila tibanya Syawal.

Rindu. Sangat rindu dengan Ramadhan. Namun, menjadi fitrah dalam kehidupan, setiap pertemuan akan ada perpisahan. Ramadhan telah pun berlalu, Syawal menjelang tiba. Salam aidil fitri buat sekalian manusia, muslimin dan muslimat. Semoga Allah menerima Ibadah aku dan kamu agar kita kekal kuat melawan syaitan dan nafsu diri, insyAllah. Maaf atas segala dosa dan khilaf insan lemah ini.


Pss: Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. berhati-hati dijalan raya..

Teratak usang
Tmn putera jaya
10/08/2013 
3 Syawal 1434H
5:59 pm

sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Thursday 1 August 2013

Aurat Yang Bertebaran

Hidup hanya sebuah pelayaran yang akan berakhir . .

Wahai para pemilik surat khabar . .
Wahai pemilik stesyen televisyen . .
Wahai pemilik portal berita online . .
Wahai para produser dan sutradara . .
Wahai para pemilik penerbitan . .
Wahai para usahawan . .
Wahai para pegawai yang bersenang-lenang . .

Tidak cukupkah yang anda perolehi?
Sentiasa anda dengan bersungguh-sungguh
Mengorbankan benih-benih generasi
Yang tidak tercemar?

Tidak cukupkah kemewahan yang anda kecapi?
Sehingga anda bersungguh-sungguh
Memperlakukan perempuan sebagai barang dagangan?

Tidak cukupkah jongkongan emas yang anda simpan?
Sehingga dengan bersungguh-sungguh anda
Menghalalkan kemaksiatan?

Tidak cukupkah rasa malu anda pada TUHAN?


Dari Abu Hurairah RA, bahawasannya
Rasulullah saw bersabda:
“barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk maka ia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang mengikutinya tanpa dikurangi walau sedikit pahala mereka. Barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka ia turut berdosa sebagaimana dosa orang yang mengikutinya tanpa dikurangi dosa mereka walau sedikit”

(HR. MUSLIM)

Pss: Semoga Allah terus memberi hidayah dan InayahNya kepada kita, insan yang lemah.. InsyaAllah

Teratak Ilmu, Puncak Sierra
23 Ramadhan 1434H / 01 Ogos 2013
10:56 a.m.

sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..