Thursday 25 August 2011

Kembali Pulang

ya Rabb, redhakan lah akan diri kami, hambaMu ini..


Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbk..


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. syukur sangat, hari yang dinanti pun tiba. Serius, homesick sangat-sangat. Jeles dengan kawan-kawan lain yang selalu dapat balik rumah sendiri. Tapi, lumrah hidup seorang perantau juga seorang pelajar kan, memang macam tu. Sekian lama tak balik, dan hari ini..insyaALLAH akan berangkat balik. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami hari ni, insyaAllah.


Ramadhan 1432H sudah berada difasa yang terakhir, semoga diri ini juga sekalian sahabat dapat manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Siapa tahu, mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir. Sungguh, aku kadang-kadang rasa sedih sebabnya orang ramai lebih bersiap sedia nak menyambut Syawal sedang Ramadhan masih berbaki. Tapi, aku juga kadang-kadang seperti itu. Jadi, difasa akhir Ramadhan kali ini aku berharap dan berdoa kepadaNya, semoga aku juga semua umat Islam dapat terus berusaha mengejar dan memburu Lailatul Qadar, InsyaALLAH.


Kepada sekalian sahabat yang mengenali insan lemah ini, mohon maaf atas segala dosa dan noda yang telah aku lakukan sama ada yang nyata atau tersembunyi, maafkan aku. Doaku, semoga kita semua dapat sama-sama mengejar hari-hari terakhir Ramadhan ini dan semoga hari kemenangan yang dinanti itu akan kita kecapi, insyaAllah.


gambar tiada kaitan, saja je..^^, (sweet kan?) hehehe




p/s: Rindu mama, bapa juga abang adik..^_^..


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Wednesday 24 August 2011

Kehidupan di dunia..




1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia? 
4. Apakah yang paling berat di dunia? 
5. Apakah yang paling ringan di dunia? 
6. Apakah yang paling tajam di dunia? 

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.
  




KEDUA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.  


KETIGA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179 



KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak. 




KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan solat' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan solat disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia. 



KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan. 


p/s: Semoga persoalan ni dapat kita jawab dengan sebaiknya..dunia hanya tempat persinggahan yang sementara cuma dan kepadaNya jua kita kembali..



sumber: shafaalia


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Tuesday 23 August 2011

Bakal Seorang Daie



Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”
-Hassan Al Basri
“seseorang Da’ie tidak akan lari dari medan Dakwah”



p/s: dengan mengeluarkan kata kata agama,tidak semestinya aku seorang ustazah. labuhnya tudung ku, tidak semestinya aku seorang yang alim. dengan menasihati orang lain tidak pula bermaksud aku ini adalah la orang yang sebaik-baiknya. aku cuma insan biasa yang mempunyai keinginan seperti kamu. cuma aku berkongsi apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu dan mengingati diri sendiri supaya menjadi lebih baik 


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Sunday 21 August 2011

Aku Wanita..



Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah



p/s: Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.
Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Saturday 20 August 2011

Memburu Lailatul Qadar




Assalamualaikum.
Mengenai mencari malam Al-Qadr dengan melihat kepada tanda-tanda yang wujud pada malam yang bernama Lailatul Qadar tersebut, kita sering mendengar kata orang seperti lihat pada sebelah paginya – tidak sejuk, tidak panas. Tidak terang dan agak redup. Kata yang lain, ada air yang membeku. Tidak ada salakan anjing. Suasana tenang luar biasa. Syahdu dan sayu, dakwa sebahagian yang lain.
Sayangnya, kita lebih terfokus mencari dengan melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah? Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat. 
Justeru, tepuk dada dan tanyalah diri sendiri, bagaimana akhlak kita selepas “malam tadi” (malam yang dirasakan malam Al Qadar) apakah sudah berubah… terasa lebih ringan melaksanakan kebaikan dan rasa semakin enggan melakukan kejahatan? Jika ya, ya… kita telah mendapat malam Al Qadar. Bagaimana pula dengan sifat mazmumah – marah, hasad dengki, dendam, penakut, bakhil, cinta dunia, gila puji, riyak, ujub, cinta makan? Apakah semua sifat mazmumah itu semakin kendur, kalau tidak pun lebur sama sekali? Jika jawapannya ya, ya… malam Al Qadar sudah menjadi milik kita!
Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.
Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.
Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.
Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya. Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.
Itulah tandanya bagi hati yang telah mendapat malam Al Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya. Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.
Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu. Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, setiap malam adalah malam Al Qadar. Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…
Persediaan menenemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!
Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.
Artikel mencari Lailatul Qadar | tanda-tanda malam Al-Qadr 2011 yang perlu difahami sebaiknya ini diubahsuai daripada artikel daripada gentarasa.com

sumber: Naimul Firdaus..


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Friday 19 August 2011

Pesona Isteri Tautan Hati


4.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXauXjBAoI/AAAAAAAAAIc/MvJ3xUgmq8g/s320/2.jpg

disini bermulanya kisah hidup saya yang ingin saya kongsikan bersama kalian..
perjalanan cinta yang ingin saya kongsikan..

kisah ni terjadi bila seorang dari sahabat saya membina masjid..dalam kata lain menamatkan zaman bujangnya.. rasa gembira ini tidak mampu disembunyikan. Alhamdulillah pertemuan mereka melalui orang perantara. alhamdulillah saya sebagai sahabatnya datang utk memenuhi undangannya..

Nabi s.a.w pernah bersabda "jika salah seorang daripada kamu diundang, hendaklah ia memenuhi undangan tersebut. jika dia sedang berpuasa (sunat), hendaklah ia mendoakan pihak pengundang. jika dia tidak berpuasa, maka makanlah" (muslim)

masa memberi salam tahniah..dia sempat berbisik
"ukhti bila lagi? ini juga satu ibadah..perkara baik sebaiknya kita segerakan"
aku hanya tersenyum...hmmmmmm



1.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXb0GCJgwI/AAAAAAAAAIg/jWrB3v_XW7M/s320/3.jpg

sekali lagi undangan perkahwinan datang.. sahabat saya juga^^
tapi kali ini pasangannya orang cina
(saja ckp org cina sbb muka dlm gmbar ni mcm cina..hehehe)
Alhamdulillah, lelaki ni mualaf. sudah dua tahun memeluk Agama Islam.
Nak tahu, dia dah pun pandai baca Al-Quran. Mungkin lebih fasih dari kita yang memang sejak azali Islam.

bisikan yang sama menjadi halwa telingaku..sabar saja lah ya...



2.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXkUng0QXI/AAAAAAAAAIk/FRy49Y9xO1A/s320/38194_141652065864361_100000587056033_289402_6014600_n.jpg

idak lama selepas tu, saya dapat lagi kad undangan perkahwinan seorang lagi sahabat saya..muda setahun dari saya. Jodohnya awal^^

sekali lagi bisikan itu menjadi makanan telinga saya..
"ukhti bila lagi? ini juga satu ibadah..perkara baik sebaiknya kita segerakan. minta tolong la ustaz atau ustazah carikan"

kali ini, hati betul2 rasa seperti...entah la..kita sendiri fikir k...hehehehe



2.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXkpiUHXTI/AAAAAAAAAIo/xAgLA8J8aSY/s1600/40185_150773191605056_100000171277238_459227_4902582_n.jpg

lepas tu...tiba-tiba, ustazah yang memang rapat dengan saya mengejutkan saya dgn sebuah khabaran...ada seorang akhi yang mahu menjadikan saya ni sebagai sayap kirinya dalam perjuangan menegakkan syiar Islam..huhuhu...
gambar ni la calon yang ustazah katakan.. saja bagi besar sikit. biar nampak lagi jelas.. hensem dak??

"ana tidak mengenalinya ustazah..tapi ana percaya bahawa ustazah tidak akan menyerahkan ana pada pendamping yang tidak beragama. bukan ana nak memilih, tapi ana ni sangat memerlukan imam yang mampu membimbing ana. insyaAllah kalau dia jodoh ana, ana redha"

ustazah hanya tersenyum..hehehehe



4.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXqIksM6RI/AAAAAAAAAIs/zSs96ReFHYQ/s320/34340_1220331687041_1791396960_422404_8020523_n.jpg

berita ni saya khabarkan kepada mak. sebab ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa. nak hadis tu? sat...

Rasulullah s.a.w bersabda "keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa" at'tirmizi

nak bagi tahu pun mestilah romantik sikit.. bagi special sikit. baru baik punya. mak paling suka bunga, saya pun bagi la bunga kat mak saya. bukan nak rasuah tau^^



4.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXqS_11z8I/AAAAAAAAAIw/GOVXRC0qfBA/s320/36880_142025589146918_100000184332620_428624_28712_n.jpg

malam tu saya buat solat istikhara. banyak kali saya buat istikhara. walaupun tak pernah nampak muka dia, saya rasa macam ada sesuatu. rasa macam nak terima je. tapi saya tak layan perasaan tu, takut perasaan tu dari syaitan..saya berdoa lagi. doa yang diajar oleh sahabatku^^

"ya Allah seandainya dia diciptakan menjadi milikku, baik untukku,duniaku dan akhiratku..maka satukanlah kami dalam ikatan pernikahan.. tetapi ya Allah seandainya dia bukan milikku, tidak baik untukku, duniaku dan akhiratku..maka pisahkan kami dan hubungkanlah kami sebagai persaudaraan ISLAM"



1.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXqmYPHZFI/AAAAAAAAAI4/sFHRoF6aPV0/s320/10.jpg

Alhamdulillah^^..akhirnya saya memilih dia untuk menjadi pelengkap sebahagian lagi imanku. semoga dengan terbinanya hubungan halal ini, menjadi saham buat akhirat saya. Berkasih selepas nikah^^



1.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXqzCVG7DI/AAAAAAAAAI8/kl4QsYMYoHo/s320/78.jpg

untuk hari istimewa ni, kami tak lepaskan peluang untuk bergambar. saja ja, suka-suka tangkap gambar. nanti 5 tahun akan datang, pasti gambar tu jadi kenangan terindah^^



4.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXxTwHu8KI/AAAAAAAAAJA/-gK848nK_fM/s320/39349_142121442476389_139476769407523_282591_3647124_n.jpg

masa ini kami sedang menikmati bulan madu^^..
cantikkan tempat ni? Magic World.
^^ saya suggest kat korang, mai la tempat ni.. tempat ni ala-ala istana Cinderella. kalau tak percaya, tengok latar tempat ni. pokok kacang dalam cerita Jack dan kacang ajaib pun ada. pasal tu lah nama tempat ni Magic World^^



4.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXxxhlg2DI/AAAAAAAAAJM/64pGq5Rev3I/s320/12.jpg

kami masih lagi menikmat bulan madu. huhuhuhu~~~ hari-hari makan dan minum madu kot^^...
"sayang nak bermadukah?" usik zauji pada saya. lepas tu saya buat-buat merajuk. Ambil contoh Ummul Mukminin Aisyah r.ha yang merajuk kepada Rasulullah SAW agar bertambah disayangi^^ hehehehe



2.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXyQUPQZhI/AAAAAAAAAJU/plTAF2nyG0I/s320/16.jpg

waktu zauji nak dekat dengan saya, saya bergurau
"kalau kanda nak dekat, kanda kena lawan dinda dulu"

haiyyakkk*_*...huhuhuhu



4.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXyS2rumpI/AAAAAAAAAJY/8tVrmn7-5xc/s320/17.jpg

lepas tu, saya keluarkan panah..

"kanda jangan takut. dinda tak panah kanda. dinda nak ambil sunnah Rasulullah bermain panah. jom kanda temankan dinda"

^^ twink twink...



1.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXycDiq9WI/AAAAAAAAAJc/ekrzoOX7LpM/s400/74.jpg

iklan sebentar..
seronok tak cerita saya ni??
bosan??
Jom kita zikir dulu..
Subahanallah, Alhamdulillah, Allahu akhbar (33x)



2.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXyjl0XbJI/AAAAAAAAAJg/h36_enixd9E/s400/37243_136645429694583_100000473806803_322426_4607874_n.jpg

dah bosan ke??
jangan marah ye..
ok kita dah nak sambung ni..



2.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXyqOs2MOI/AAAAAAAAAJk/MgyVXspQkT4/s320/20.jpg

Alhamdulillah, kitorang dah balik dari bulan madu. tak sangka pula usia pernikahan kami dah mencecah 7 bulan.

Allahu Allahu Allahu...
Allahu Allahu Allahu...

-Allahu ni lirik lagu tau. alaa lagu yang versi india tu. mungkin tu pasal tangan saya macam tu^^



3.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXzHYHr9AI/AAAAAAAAAJo/ihht616YIho/s320/36.jpg

Eh kenapa muka saya lain macam ni??

Alhamdulillah, saya dah mengandung 2 bulan..
pembawaan bayi kot^^



1.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXzOzSXGeI/AAAAAAAAAJs/GxXP8GQ5WmU/s320/37.jpg

inilah bayi pertama kami. chumill kan???

nak bagi nama apa ye??
tolong cadangkan nama untuk bayi ni?^^



4.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXzXwrc1AI/AAAAAAAAAJw/PnNUZwfceAs/s320/38.jpg

Alhamdulillah.. bertambah lagi ulama dalam keluarga kami. semoga anak-anak ini bakal menjadi sehebat al'fateh!!

"awat muka cek nampak lebaq. cek dah gemuk naa??"

^^ dah ketandusan idea ni ^^



4.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXzhr3HUZI/AAAAAAAAAJ0/TjZ0TyewoR0/s320/39.jpg

Dan bertambah lagi keluarga saya. Bayi yang kedua tu sebenarnya perempuan. Same goes to the third child. Ni anak-anak saya, ni ambil perangai umi dan abi dialah ni. Fotogenik (ker fotogenetik? Apa ya istilahnya). Tengok tu! Mak haih!!! Posing sakan mereka!



4.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKXznQEJhCI/AAAAAAAAAJ4/pjMNhEHHHIY/s320/40.jpg

Meramaikan umat di muka bumi adalah galakan nabi. Hehe...Bayi kami bertambah. Namun saya pelik, bayi saya yg baru mesti sama dengan bayi sebelum-sebelum ni. Baju pun sama! Apa kes?!

perasan tak?



4.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKX-Vr_X5vI/AAAAAAAAAKk/cUEuav09H3k/s320/41.jpg

suatu hari saya menangis. saya beritahu yang saya ni ada penyakit kronik. saya minta maaf sebab merahsiakan daripada zauji. zauji memujuk saya agar tidak bersedih. Lantas saya berkata sesuatu kepadanya, yang membuat zauji terkejut!

"Abang kahwinlah satu lagi. Sayang sanggup dimadukan. Lagipun sayang nak anak-anak kita dijaga oleh sepasang suami isteri yang bahagia."



4.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKX-XtZS59I/AAAAAAAAAKo/OWPfeiqIoW8/s320/45.jpg

saya pun bagi sekeping gambar kepadanya. Salah seorang muslimah di dalam foto itu merupakan bakal zawjah kedua zauji saya.

"Abang, kalau seseorang wanita itu menolak poligami, sesungguhnya wanita itu menggalakkan perbuatan zina. Sayang tak mahu menolak poligami dan menggalak
zina."



4.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKX-Zt_X8bI/AAAAAAAAAKs/YN8bMhQOSFs/s320/46.jpg

Akhirnya, zauji saya berkahwin dengan zawjah kedua. saya sungguh gembira. Awan-awan berbentuk love itu muncul lagi! cantik kan^^

hehehe..



4.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKX-bpisPyI/AAAAAAAAAKw/XGZ6RcJIcT8/s320/49.jpg

saya pun pergi meninggalkan dia. pergi buat selamanya. saya sedang menantimu di pintu syurga kanda.. (layakkah aku masuk syurga? T_T)


Zawjah kedua tu membuat sebuah novel khas memperingati pengorbanan zawjah pertama (saya). Tajuk novel itu Birunya Langit Cinta.



1.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKX-dn2krCI/AAAAAAAAAK0/ep3zPpce_oc/s320/50.jpg

Oleh kerana sambutan yang memberansangkan, zawjah kedua membuat novel sambungan yang bertajuk Merah Jambunya Awan Kasih. (Amek ko tajuk dia! Hahahaha!)



4.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKX-fr81jHI/AAAAAAAAAK4/4KRbVTGwPHs/s320/52.jpg

Zawjah kedua juga selalu berhias untuk zauji. Pesanan daripada zawjah pertama (saya)
Malah dia mengenakan purdah jika di luar rumah. Sungguh cantik!



4.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKX-g_dHGFI/AAAAAAAAAK8/IemwtXblKwc/s320/54.jpg

Pernah sekali zawjah kedua ni tersalah makan. Terus hijau muka dia. Nasib baik sempat dirawat. Kalau tak, menduda la si suami^^



4.bp.blogspot.com/_UdxlEbobtBw/TKX-h7zdaTI/AAAAAAAAALA/K70QhxrLBTY/s1600/56.jpg

berubah suda muka.....whatever...semoga terhibur dengan ceritaku yang sedikit sebanyak adalah karya sahabat^^


.: TAMAT :.

sumber: Paksi.Net
nukilan: Qasehnurheart

p/s: Muslimah solehah, diakui nabi sebagai hiasan nan indah, yang menyejukkan hati suami, menenangkan hati insani, sayap kiri perjuangan, peniup semangat sejati, pembantu pemburu cinta Ilahi.


Thursday 18 August 2011

Berganti Hati




Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara

Aku ingin pergi
Dan berganti hati
Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati
Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti…



sumber: berganti hati by anggun


p/s: hijarahkan diri menjadi insan yg lebih baik daripada sebelumnya..ameen..


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Tuesday 16 August 2011

Pada aku..

ya Rabb I need someone that Love me because of YOU..

Assalamualaikum..

pada aku,
biar dia salah sangka,
biar dia salah anggap,
biar dia salah menduga.
biar dia tahu yang buruk,
sebelum mengharap yang baik-baik.
kalau dia ikhlas, 
dia akan sedia menerima akan kekurangan yang ada,
 
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.
apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikkan 
bila dia tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?
biar dia tahu aku tak pandai itu, aku tak pandai ini.
biar dia tahu, aku mungkin tak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu.
biar dia tahu. biar dia buat keputusan.
supaya dia tak rasa tertipu, supaya dia tak menyesal kelak..
p/s: tiada manusia yang sempurna..pasti ada yang kurang.. ^^


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Sunday 14 August 2011

Lelaki Idaman..


by Muaccaik tumblr

Assalamualaikum 

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan tak bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...
Masih adakah lelaki idaman itu??
Masih adakah lelaki idaman itu??

sumber: Alias Md Desa

p/s: Ya Allah berilah aku kekuatan menjadi wanita soleha..



sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..