Wednesday, 3 November 2010

Surat Cinta Buat Hati yang Lesu


Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta saudara-saudaraku yang Insya Allah tetap mencintai Allah swt dan Rasul-Nya di atas segala-galanya. Kerana hanya cinta itulah yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.
Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa saudara-saudaraku yang mula lelah menapak di jalan-Nya, ketika seringkali mengeluh, merasa terbeban bahkan terpaksa untuk menjalankan amanah dakwah yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan, serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah swt akan mengampuni dosa-dosanya dan memberinya ganjaran dengan sebaik-baik ganjaran.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati saudara-saudaraku yang kerap kali terisi oleh cinta selain-Nya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya. Lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang lain, entah dimana keikhlasan? Maka saat ini kurasakan kekecewaan dan kelelahan kerana kulakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah bertanyakan hasilnya. DIA hanya akan melihat kesungguhan dalam proses dan usaha.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh saudara-saudaraku yang mula terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang membiarkannya untuk dinikmati. Lalu dimanakah kejujuran diletakkan ? , dan kini terabai sudah secara nurani yang bersih, saat ibadah hanya rutin semata, saat fizikal dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang tepu. Cubalah sejenak, luangkan waktu untuk  melihat hatimu menangis, tertawa, atau merana.

Surat ini kutujukan untuk diriku dan saudara-saudaraku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri, sungguh tiada satupun yang membuat kita lelah di hadapan-Nya, selain ketaqwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati namun kita masih leka dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati saudara-saudaraku yang mulai mati, saat tiada getar penyesalan ketika kebaikan terlewat begitu saja, saat tiada rasa berdosa ketika menzalimi diri dan saudaranya.

Akhirnya, surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, cubalah kau jaga agar cahaya itu tidak padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekelilingnya, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya. Hanya dengan kekuatan dari-Nya. Ya Allah saksikanlah, sesungguhnya aku telah menyampaikan. Wallahu ’alam bish-shawab.

Semoga tetap istiqamah di jalan-Nya. Sungguh, syurga takkan pernah pantas ditukar dengan lalai dan kemalasan.
Dari Saudaramu yang mencintaimu kerana Allah ...
Ibnu Sa'id Al Faqir

p/s: Sedari dulu hati ini pun merindu akan ketenangan jiwa ketenteraman hidup. Dimana lagi aku temukan erti sebuah hidup? Kemana lagi kudapati cinta yang hakiki? hanya padaMU

Kerja adalah Ibadah

picture by 4121 devianART




Ibadah di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan hamba kepada Allah. Ibadah memberikan kesan yang mendalam di dalam perhubungan sesama manusia dengan Allah dan makhluk yang lain. Menurut pandangan ulama’, ibadah merupakan setiap seuatu yang disukai dan diredhai oleh Allah.

Ia meliputi ibadah umum dan ibadah khusus. Ibadah khusus yang terdapat di dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji serta amalan-amalan lain yang dilaksanakan untuk mendapat keredhaan Ilahi dan dalam mengamalkan syariatNya adalah termasuk dalam pengertian ibadah. Bertitik tolak dari pengertian inilah, Islam menetapkan supaya seluruh hidup manusia dipelihara agar menjadi ibadah dan taat kepada Allah SWT seperti firman Allah yang bermaksud:

Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mebgabdikan diri kepadaKu. (Surah al-Dzariyyat: 51)

Tuntutan Penting Dalam Melakukan Ibadah


1. Mesti memastikan ibadah saya mempunyai hubungan dengan Allah. Ia merujuk kepada martabat ihsan dalam ibadah sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:


“Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya,jika engkau tidak melihatnya(sekalipun)sebenarnya ia melihat engkau (Muttafaq ‘Alaih)

2. Mesti melakukan ibadah dengan penuh khusyuk sehingga dapat merasai kelazatan serta kemanisan, malah mendatangkan kekuatan pada saya untuk berterusan mengerjakannya.

3. Mesti beribadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran Allah dan pengawasan Allah yang berterusan setiap masa.


Kerja Sebagai Satu Ibadah

Setiap pekerjaan(yang pada lahirnya tidak dilarang oleh Allah), tidak akan menjadi baik melainkan apabila amal itu terbit daripada niatnya yang baik, bersih dan tulus kerana Allah. Ia tidak mencari sesuatu daripada amalan itu melainkan redha Allah semata-mata.

Tuntutan Penting Dalam Menjadikan Kerja Sebagai Ibadah

1. Niat Ikhlas Kerana Allah. Ia akan mengangkat manusia kepada kemuncak ketinggian dan kemuliaan insan. Ikhlas juga akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan, membawa kedamaian dan kesejahteraan serta terhindar dari sifat riya’ demi mengharapkan redha Allah.

2. al-Sidq (Benar). Ia akan menjamin dalam mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara masyarakat tidak kira seorang alim, pemimpin, hakim, saudagar, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa. Menurut Imam al-Ghazali ada beberapa jenis sifat sidq. Di antaranya ialah :

  • Benar pada lidah – menyampaikan suatu kenyataan atau berita menepati apa yang sebenarnya
  • Benar pada niat – membuat sesuatu amal kebajikan kerana Allah
  • Benar pada azam – Membulatkan tekad melakukan kebajikan seperti yang telah diazam
  • Benar pada janji dan benar pada amal – Berusaha bersungguh-sunnguh supaya amalan lahirnya menepati dengan apa yang tersembunyi dalam dirinya.

3. Amanah. Orang yang amanah akan mendapat kepercayaan orang ramai sebaliknya orang khianat menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan Ia merupakan asas kepada ketahanan umat, kestabilan negara, dan roh kepada keadilan.

4. Fatanah (Bijaksana). Bijaksana dalam melaksanakan sesuatu kerja dengan menghindari perkara- perkara yang boleh mendatangkan ketidakpuashatian tidak bertempat, mengagihkan kerja mengikut keupayaan seseorang, menyampaikan arahan serta memelihara aib saudara seIslamnya yang lain.


Kesimpulan

Sebagai hamba Allah, amat penting untuk kita menyedari untuk memastikan segala pekerjaan yang kita lakukan tidak lain dan tidak bukan, hanya semata kerana Allah. Tidak terlintas di dalam hati untuk mengharapkan pujian, pangkat dan harta tetapi apabila dikurniakan Allah lantaran ikhlas dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, anggaplah ia merupakan kurniaan Allah yang menghargai hambaNya yang ikhlas sepanjang perjalanan hidupnya dalam menjunjung apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.


Dicatat oleh iskandar zulkarnain


Petang tadi, dalam pukul 4.15 dapat call  dari pejabat Kolej (KHAR). Permohonan kerja masa cuti semester nanti diterima, alhamdulillah. Niat untuk balik ke bumi bayu terpaksa dibatalkan. Lepas tu terus call bapa.

aku   : hallo, assalamuallaikum, bapa di mana? 
bapa : wa'allaikumussalam, ha! dila kenapa nak? bapa tengah bawa kereta ni (driving
aku   : anu..tadi dapat call dari pejabat, kena terima kerja sudah
bapa : ha? bha.. nanti bapa call balik ya..

* selepas 15 minit..

bapa : hah, cakap apa tadi? (ndak bagi salam pun..hehehe)
aku   : bapa sampai rumah sudah?
bapa : eya..
aku   : anu bha, aku dapat kerja sudah, yang hari tu aku minta..
bapa : ooo.. jadi kau sudah beli tiket balik ka?
aku   : belum, baru jak maw beli..
bapa : ok la dapat kerja, boleh belajar hidup berdikari. Ndak pa, bapa izinkan juga.
aku   : jadi, bapa ndak kisah ka kalau aku ndak balik?
bapa : ndak juga, kalau kerja boleh belajar berdikari, oandai-pandai jaga diri. ok! bha maghrib sudah ni..
aku   : bha, ok la.. Assalamuallaikum..

tut...tut...tut..


p/s: bapa sudah bagi green light, insyaALLAH..^_^


Tuesday, 2 November 2010

Teguhkan Benteng Dirimu Duhai Muslimah!

picture by ~NikolaRoyale


Muslimah,
Tidak mudah untuk bergelar muslimah,
Muslimah yang tegar memakai pakaian Islam,
Menjadikan malu sebagai pelindung diri,
Menjadikan taqwa bekal diri,
Untuk ke negeri yang kekal Abadi..


Walau dunia galak mempromosi,

Cinta itu dan indah mudah tuk dicari ganti,
calling dan chatting sebagai wadah menyulam cinta manusiawi?!,
Namun dimana hakikat insani yang bergelar Islami,
Yang menjunjung syariat di hati,
Dimana duhai putri-putri ?



Tetap teguhlah duhai hati kepunyaan putri Islami

Pagarlah hatimu dengan ingat kepada Ilahi
Agar hatimu sarat dengan Cinta Ilahi
Cinta yang terutama sebelum hadirnya cinta insani
Anugerah Ilahi untuk insan yang membenteng diri 



Memakai pakaian Islam tidak cukup bagimu

Kerana tutupan itu bukan saja menutupi zahirmu
Namun batinmu itulah Acuan Islam yang sebenar
Syariat itu letaknya di hati untuk dituruti
Bukan sekadar bertahta dibibir nan manis
Namun tidak di hati yang tulus.
Teguhkanlah Benteng Dirimu Duhai Muslimah
Demi Dia yang menciptakanmu.. 



Kamulah pencorak generasi yang mendatang

Usah rapuh dalam pendirian
Natijahnya rapuh pembinaan
Bakal memusnahkan iman..

nukilan : Musafir Ilahi


p/s: Semoga insan lemah ini dan sekalian muslimah, akan sentiasa terpelihara dan bijak memelihara benteng diri supaya tidak mudah rapuh dengan godaan duniawi..InsyaALLAH.. ameen