Monday, 25 October 2010

Friendship


friendship by vadalein



If I could catch a rainbow
I would do it just for you,
And share with you its beauty
On the days you're feeling blue

If I could build a mountain
You could call your very own,
A place to find serenity,
A place to be alone

If I could take your troubles
I would toss them in the sea,
But all these things I'm finding
Are impossible for me

I cannot build a mountain,
Or catch a rainbow fair,
But let me be what I know best,
A friend who's always there


p/s: " aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku, untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya, dalam suka dan duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya" - imam syafie-


Mencari Kekasih



Assalamuallaikum wbk..
Alhamdulillah, syukur padaMU ya Rabb.. Baru selesai mendengar tazkirah "Mencari Kekasih" yang disampaikan oleh Ustaz Anhar Bin Opir bertempat di Foyer Blok 2 KHAR. Rasa bertuah kerana dapat bersama-sama dalam majlis ilmu. Alhamdulillah, sekarang aku nak kongsi serba sedikit tentang perkara yang aku dapat daripada majlis ilmu tadi, semoga isi yang disampaikan akan mampu aku sematkan dalm diri dan praktikkan dalam kehidupan seharianku sebagai hamba kepada ILAHI. Sungguh, tazkirah yang disampaikan tadi telah memberi 1001 mutiara-mutiara ilmu dalam diri aku yang lemah ni.


"Barang siapa keluar menuntut ilmu, ibarat dia sedang keluar pergi berjuang di jalan ALLAH sehinggalah dia kembali semula"..


Ustaz mengatakan, kami (kita) semua ini adalah pencari kekasih, yang sedang dalam usaha dan proses dalam mencari kekasih. Walaupun bumi Tanjung Malim dibasahi hujan sehingga menyebabkan tempat asal majlis ilmu basah..kami tetap datang untuk mencari kekasih. Betul! sudah fitrah manusia yang sanggup berkorban apa sahaja untuk mendapatkan kekasihnya. Tapi, kekasih yang bagaimana kita cari?


Sebelum menjawab soalan itu, ustaz memberi definisi mencari kekasih. Mencari dapat ditakrifkan sebgai satu proses atau usaha yang dilakukan untuk mendapatkan sesuatu perkara. Manakala kekasih pula dapat dibahagikan kepada 3 kategori. Pertama ialah kekasih sejati, iaitu betul pada niat dan amalannya, yang kedua ialah kekasih palsu, yang menyalahi konsep islam. Namun, kekasih sejati atau kekasih palsu tetap dipanggil kekasih. Seterusnya, yang ketiga ialah Cinta atau al-hubb.


Berbalik kepada soalan tadi, dalam mencari kekasih kita perlu melalui banyak laluan atau simpang pencarian, iaitu usaha dalam mencari kekasih, melakukan istiqarah, membuat pilihan dan bertawakkal kepada ALLAH. "tidak menyesal orang yang melakukan istiqarah, dan tidak akan rugi orang yang melakukan istiqarah", yakinlah dengan janji ALLAH. Dalam pencarian, kita akan menemui banyak simpang, betul?. Ya, tapi kita perlu membuat pilihan yang tepat supaya tidak menyesal, justeru semasa mencari kita kena fikirkan perkara yang ada diakhir persimpangan itu, bukan pada perkara yang ada diawal persimpangan sahaja.  Jangan pula kita berseronok di awal persimpangan yang dipenuhi dengan bunga-bunga cinta sehingga kita lupa dann tidak memikirkan perkara yang mendatang. Bak kata orang putih, begin with the end. Supaya tiada penyesalan apabila kita berada di akhirnya. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.


Seterusnya, Kasih atau Cinta dapat dilihat melalui 8 perkara. Aku simpulkan sahaja,
  1. Syagaf (kehendak), boleh rujuk surah yusuf:30
  2. Assyauk (rindu), kekasih sentiasa merindui Kekasihnya
  3. Cinta buta, manusia buat apa yang dia mahu, bukan apa yang dia tahu
  4. Mawaddah (kasih sayang)
  5. Rahmah (belas kasih/perasaan kasih),Ar-Rum:21
  6. Cenderung
  7. Kasihan
  8. Kesedaran
(**maaf, aku tak dapat nak bagi tulis detail sangat)


Manusia, memang fitrahnya untuk rasa disayangi dan menyayangi. Apakah salah untuk kita bercinta?  Tidak salah, tapi akan menjadi salah kiranya kita meletakkan cinta sesama makluk itu pada tempat yang tidak sepatutnya. Hal ini kerena Rasa cinta pada tahap yang pertama patut kita labuhkan hanya padaNYA sahaja, diikuti dengan cinta dan sayang kita kepada Rasulullah SAW, seterusnya cinta kepada jihad fisabillilah dan akhirnya cinta kepada sesama makhluk. Jadi jika bercinta, bercintalah keranaNYA dan biarlah rasa cinta kita itu dilabuhkan pada tempat yang sepatutnya, jangan kerana cinta nafsu, maruah tergadai. Sehingga kita kembali kepada kehidupan lampau yang jahil seperti di zaman jahiliah yang mana mereka menanam bayi perempuan hidup-hidup dan zaman firaun yang membunuh bayi lelaki. Tapi malangnya, pada zaman serba canggih ini, lebih teruk daripada zaman-zaman itu sehingga  bayi lelaki dan perempuan dibunuh dan dibuang sesuka hati!


Islam agama yang syumul, ALLAH tidak pernah menyusahkan hambaNYA, tapi kita yang selalu menyusahkan diri sendiri. Konsep Islam amat mudah, AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR. Ia harus bergerak seiring, saling lengkap melengkapi, jadi bersama-sama lah kita berpimpin tangan dalam mencari Kekasih yang hakiki.
Jadi, secara ringkasnya, mencari kekasih merupakan satu proses atau usaha yang perlu ada dalam diri seorang hamba. Tidak salah untuk mencintai sesama makhluk kerana itu adalah fitrah kita sebagai manusia, asalkan kita meletakkan cinta itu pada tahap yang sepatutnya. Akhir kata, menemui KEKASIH yang sebenar merupakan cinta dan nikmat yang teragung. Percayalah!


p/s: Sayang kamu juga sebab sudi menerima ajakanku, walaupun tidak fokus sangat sudah pada sesi akhir majlis ilmu..semoga perkara yang disampaikan akan sentiasa mekar di lubuk hati dan diamalkan dalam kehidupan seharian..insyaALLAH..


-Wassalam-

Musuh Islam!

pic by *solaka11 devianart


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"


Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.



Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.



"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,

materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..." "Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"



Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. "Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.



"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,

kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."



"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yangdijalankan oleh musuh musuh kita... "



"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".



"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...



p/s: MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM! UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.