Friday, 5 March 2010

ibu bapa derhaka

assalamualaikum...
segala puji bagi ALLAH yang teleh menghidupkan insan yang lemah ini..
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W keluarga dan para sahabat..

Seringkali kita mendengar tentang masalah anak derhaka terhadap orang tuanya..
tapi, jarang kita dengar tentang penderhakaan ibu bapa kepada anak-anaknya..
hal, tidak lah bermaksud saya merendahkan martabat insan yang bergelar ibu bapa..
tapi, jika kita renung kembali.. banyak tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya diabaikan..
kita renung sejenak.. kenapa ramai anak muda kita hari ini terlibat dengan masala sosial?
bukankah pendidikan itu bermula dari rumah lagi?
namun, kita tidak boleh menunding jari terhadap ibu bapa sepenuhnya..
kerana Hidayah itu milik ALLAH..

nak dengar kisah tak? (sepa nak jawab...)

seorang ayah datang kepada Saidina Umar Bin Al Khatta r.a., untuk mengadu tentang kederhakaan anak lelakinya. lalu, Saidina Umar pun memanggil si anak dan menasihatinya bahawa anak wajib taat kepada orang tuanya serta tidak mengabaikan hak-haknya...
lalu, anak itu pun menjawab

"Wahai Amirul Mukminin, bukankah seorang anak itu mempunyai hak terhadap orang tuanya ?"
"sudah tentu" jawab Umar r.a.

"apa hak tersebut, wahai amirul mukminin?" tanya si anak..

"Bahawa bapanya wajib memilih ibu yang baik baginya, memberikan nama yang baik kepadanya seta mengajarkan Al-Quran kepadanya" jawab Umar r.a..

"wahai Amirul Mukminin, bapaku tidak melakukan itu semua untukku. Ibuku adalah seorang majusi (penyembah api). dia memberiku nama Ju'al (yang bertemu kotoran kumbang) dan tidak mengajarkan kepadaku satu pun ayat daripada Al-Quran"

kemudian, Umar r.a. menoleh ke arah bapa anak tersebut dan berkata..

"engkau datang kepadaku untuk mengadu kederhakaan anakmu, padahal engkau terdahulu gagal melaksanakan tanggungjawabmu kepadanya dan engkau dahulu derhaka kepadanya. engkau telah melakukan kesalahan besar sebelum dia melakukan kesalahan kepadamu"

nah..melalui kisah di atas..dapat kita ambil ikhtibar bahawa anak adalah amanah ALLAH S.W.T kepada insan yang bergelar ibu bapa..amanah ini akan dipersoalkan nanti..apa yang kita sebagai ibu bapa (masa akan datang) akan jawab jika amanah ini tidak dilaksanakan denga baik..
Rasulullah SAW bersabda, cukuplah seseorang itu dianggap bedoasa jika dia mensia-siakan orang yang sepatutnya dinafkahinya" riwayat Abdullah Ibn Umar..

Imam al ghazali mengingatkan bahawa anak-anak merupakan amanah kepada ibu bapa. hatinya yang bersih lagi sucu tanpa ukiran dan gambar. dia sedia diukir dan cenderung kepada apa sahaja yang mempengaruhinya. jika dia di asah dan diajarkan dengan kebaikan, maka akan tumbuhkah ia menjadi insan yang baik..jika tidak..wallahualam..

Oleh itu, kita sebagai pendidik, ibu bapa (insyaALLAH) mestilah berusaha mendidik anak-anak kita dengan menerapkan ajaran islam yang telah dia ajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita.lmu keimanan (fardhu ain) yang ada dalam hati perlu diterjemahkan dalam bentuk perlakuan dan perwatakan dalam kehidupan..
insyaALLAH..

bahan rujukan : SOLUSI edisi 16

No comments:

Post a Comment