Indahnya wanita soleha
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Ahzab 33:59)
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nuur 24:31)
Ayat-ayat di atas adalah benar Firman Allah swt yang memerintahkan kita (wanita) hambaNya untuk mengurus aurah atau menutup bahagian-bahagian ubuh yang Wajib ditutup. Hal ini merupakan simbolik martabat kepada wanita. Jika kita benar-benar menghargai martabat kita, kita tidak akan dengan mudah menunjukkan bahagian istimewa kami 'untuk awam. Adakah. Adakah kita meninggikan martabat kita?
PERSOALAN :
Adakah dengan hanya menutup rambut atau memakai tudung sudah menutup aurat ?
Jadi bagaiman dengan menunjukkan sedikit rambut atau jambul sudah menepati ciri-ciri wanita solehah ?
Bagaiman ddengan memakai pakaian ketat ? Orang kata "fasion Muslimah".. hah?
Bagaiman ?! Andakah anda benar-benar telah menutup aurat dan menjaga harga diri anda??
tanya diri sendiri..
No comments:
Post a Comment