Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi ALLAH swt, TUHAN sekalian alam..
selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi MUHAMMAD saw, keluarga serta sahabat
Alhamdulillah . . Syukur pada-MU ya rabb atas nikmat yang diberikan kepada hamba yang hina ini.
19 September 1991 . . . Tarikh kelahiran mengikut kalendar Masihi, tapi kalau ikut kalendar Hijarah ialah 10 Rabiulawal 1412 H . . 19 tahun yang lalu. Tahun ni pengakhiran umur angka 1, insyaALLAH next year akan bermula dengan angka 2 . . Angka usia semakin meningkat, tapi hakikatnya . . Usia semakin pendek, kematian akan datang pada bila-bila masa sahaja . . . Kerana kematian amat dekat dengan diri kita, ya ALLAH matikan lah aku dalam kalangan hambaMU yang beriman . .
salam Eid mubarak juga kepada semua umat Islam muslimin dan muslimat . . . Syukur tahun ni dapat beraya dengan famili, maaf zahir dan batin andai pernah melakukan doasa kepada kalian semua, kullu'am wa antum Bikhair . . .
Syukran jazilan kepada semua sahabat-sahabat yang disayangi kerana ALLAH sebab sudi wish dan mendoakan diriku yang sangat hina ini . . . Doa kalian semua amat aku hargai dan hanya ALLAH yang mampu membalasnya dan doaku juga ku titipkan buat semua sahabatku . . .
Semoga ukwah yang terjalin antara kita kerana ALLAH akan berterusan hingga ke Taman Firdausi . . .
No comments:
Post a Comment