Sekolah Harapan bagi pelajar hamil dibuka Jumaat
Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sekolah itu yang dikenali sebagai ''sekolah harapan'', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).
Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain.
"Kita sudah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah itu yang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar," katanya di kediamannya, Seri Bendahara, di Melaka hari ini.
Mohd Ali berkata, setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIM untuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identiti mereka dirahsiakan.
"Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi membolehkan remaja yang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edah sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.
Beliau berkata sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu.
- Bernama
(17:32) Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yg keji. & suatu jalan yg buruk.
(17:33) Dan janganlah kamu membunuh jiwa yg diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dgn suatu (alasan) yg benar . & barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kpd ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah org yg mendapat pertolongan.
Sekolah mengandung bukanlah penyelesaian bagi masalah sosial yg semakin bermaharajalela..... Alangkah bertuahnya bumi Allah ini apabila hukum Allah yg diterapkan/dilangsungkan dalam kehidupan ini.....
Pembinaan atau kewujudan sekolah mengandung sahaja tidak cukup untuk menyelesaikan masalah. Ibarat melepaskan batuk di tangga sahaja gayanya. Pokok dicantas, tapi akar masih di tanah. Macam mana pokok nak mati?
Untuk itu Islam menetapkan suatu hukuman yang berat bagi seorang pezina dengan cambukan seratus kali dan diasingkan bagi mereka yang belum menikah serta direjam bagi mereka yang telah menikah, sebagaimana beberapa dalil berikut ini :
1. “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (QS. An Nuur : 2)
2. Dari Abu Hurairoh ra bahwasanya Rasulullah saw pernah memberikan hukuman kepada orang yang berzina (belum menikah) dengan hukuman dibuang (diasingkan) satu tahun dan pukulan seratus kali.” (HR. Bukhori)
3. Rasulullah saw menanyakan kepada seorang laki-laki yang mengaku berzina,”Apakah engkau seorang muhshon (sudah menikah)? Orang itu menjawab,’Ya’. Kemudian Nabi bersabda lagi,’Bawalah orang ini dan rajamlah.” (HR Bukhori Muslim)
jadi, pada pendapat saya, penubuhan sekolah mengandung ada pro dan kontranya. Tetapi, hal ni perlu dilihat pada dasarnya, anak yang bakal lahir tidak bersalah tetapi ibu bapanya yang bersalah. justeru, sama-sama lah kita muhasabah diri, jauhkan diri daripada zina yang mengahncurkan umat Islam. Sudah terang lagi bersuluh ALLAH melarang kita mendekati zina. Oleh itu, selesaikan PUNCA kepada masalah.
P/s : ALLAH itu maha pengampun, taubatlah kepadaNYA dan kembali lah kepada fitrah asal kita . .
setuju. selesaikan punca kpd masalah bukannya selesaikan jawapan kepada soalan.
ReplyDeleteyaa.. sbb 2 pnddikan awal knk2 sgt pntng...
ReplyDeletesetuju~~
ReplyDelete