Monday 8 November 2010

Adakah 'dara' itu penting?



Isu ini merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan secara terbuka. Ini mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih menganggap ia sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama kepada golongan wanita. Walaubagaimanapun, apa yang bakal dikupas oleh penulis bukanlah perkara yang berkaitan dengan kejadian biologi seorang gadis, tetapi isu yang berkaitan dengan kesucian dan kehormatan seorang gadis. Ini kerana, selain isu sosial, ia juga berkaitan dengan salah satu institusi yang penting dalam Islam - perkahwinan. Kecenderungan penulis merenung isu ini datang dari pengalaman peribadi selama satu dekad.

Dalam Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan mencari seorang gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah mempunyai pengalaman dan memori dengan bekas suaminya dulu. Hakikat ini diperkukuhkan lagi apabila peminangan seorang gadis berbeza dengan cara peminangan seorang janda. Seorang gadis tertakluk atas nasihat dan kawalan bapanya atau walinya sementara seorang janda dianggap mampu berdikari dan membuat keputusan sendiri mengenai calon suaminya.

Namun begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda untuk memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai bakal isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada teruna untuk memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan ini adalah isu hati lelaki semata-mata.

Dalam kehidupan realiti, bagaimanapun ada lelaki yang sangat menitikberatkan soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian dan kepuasan. Pada hemat penulis, lelaki jenis ini tidak arif tentang kedudukan yang sebenar. Lelaki ini mementingkan nafsu dan menafsirkan dara sebagai satu kejadian biologi pada jasad seorang perempuan. Menurut sumber ilmu kesihatan, kejadian selaput dara ini sangat sensitif dan mudah pecah. Kehilangan dara tidak semestinya seorang gadis itu telah melakukan hubungan jenis. Mungkin ada aspek lain seperti kemalangan atau sakit yang menyebabkan seseorang itu kehilangan dara. Pada hemat penulis, kehilangan dara dalam maksud ini tidak melibatkan kehilangan kesucian atau kehormatan seorang gadis. Oleh itu, penulis tidaklah berminat untuk memanjangkan aspek ini. Kita lebih cenderung melihat dari sudut harga diri seorang gadis.

Terus terang kita nyatakan, isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan seksual sebelum perkahwinan (zina) akibat meluasnya pergaulan bebas dalam masyarakat kita. Oleh itu awal-awal lagi penulis menyatakan isu ini adalah isu sosial ;bukannya isu peribadi atau isu dikalangan wanita sahaja. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila batas pegaulan bebas di kalangan remaja dan belia kita menjadi kian longgar. Pada waktu yang sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum nikah, sudah kedengaran di kalangan lelaki teruna bahawa ‘dara itu sudah tidak penting’. Yang penting bagi mereka ialah kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan hormat menghormati antara suami isteri. Lagi pun apabila seseorang gadis yang pernah terlanjur sudah bertaubat dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul lagi.

Penulis percaya ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu kita akan tertanya-tanya perlukah lagi soalan ‘apakah dara itu penting?’. Sekali lagi kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan mendalam. Pandangan di atas samalah dengan pandangan lelaki yang menafsirkan dara sebagai kejadian biologi pada perempuan. Kedua-dua pandangan itu masih bersifat peribadi. Isu sosialnya ialah apabila masyarakat (generasi muda) mula menganut idea bahawa dara itu tidak penting maka secara tidak langsung merebak pula idea seks sebelum nikah itu sesuatu yang boleh diterima. Jika idea ini dianuti secara meluas, bukan isu dara yang perlu diatasi tetapi isu zina dan pergaulan bebas.

Dalam masyarakat barat yang bebas pergaulannya – sekurang-kurangnya seperti yang digambarkan melalui filem atau novel remaja - soal dara atau virginity sudah dianggap remeh.

Malah sebenarnya ia dianggap sebaliknya. Dalam masyarakat kita atau masyarakat timur yang asal seseorang gadis yang tidak dara (sudah melakukan hubungan seks) dipandang rendah dan dicemuh. Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibu bapa si gadis berasa sangat malu.

Gadis itu sendiri berasa bersalah dan berasa tertekan dan sedaya upaya menyembunyikan rahsia itu sehinggalah ke saat akhir (seperti kepada tunang atau suaminya). Tetapi masyarakat barat melihat soal dara sebaliknya.

Sesiapa yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang gadis yang pernah melakukan hubungan seks – selalunya ketika berusia belasan tahun –dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita (woman) bukan lagi anak-anak perempuan (girl). Akibatnya, seseorang gadis yang tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti seksual mengalami tekanan perasaan dan penyisihan sosial remaja.

Secara sedar atau tidak apabila unsur budaya asing dan bahan lucah tersebar dengan bebas, masyarakat kita kini sedang menganuti idea yang sama. Tiada siapa yang tahu. Hanya sekelompok remaja dan belia yang mengetahui. Siapa tahu secara perlahan-lahan idea atau nilai generasi muda terhadap dara sudah berubah mengikut idea remaja barat?


Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."

Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."


Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."


Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan oleh penulis ialah berkenaaan runtuhnya institusi sosial kita. Remaja terutama gadis tidak lagi menghiraukan tentang kesucian diri mereka. Gejala pergaulan bebas semakin berleluasa. Pihak media pula seakan jaguh dalam memperkenalkan budaya yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan kita sebagai seorang Islam. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Rasanya kita semua sedia maklum.


Firman Allah yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Surah al-Nur, ayat 26] 


sumber: Halaqah.net


p/s: jagalah maruah diri kita dan rakan-rakan kita..maruah bukan hanya terhad kepada "kedaraan" sahaja. tapi juga, maruah kita...sebagai seorang muslimah.sebagai dai'eyahNya juga...kita tak berhak meminggirkan dan menilai insan yang tersilap memilih jalan.tapi, bantulah mereka,kerana sebenarnya kita sama-sama berada di jalan dakwah, cuma mereka yang terlupa untuk seketika tentang tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah. bagi insan yang masih lalai, sama-samalah kita cuba menarik mereka untuk melaksanakan Islam secara syumul dan kafah.menarik mereka secara berhikmah,ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerakan. wallahualam

4 comments:

  1. suka atau tidak idea barat itu sudah menular dalam life sekeliling kita. buka tv ja lu tengok film hollywood, buka internet bersepah porno. la takrabu zina. tapi sekeling ada unsur mendekatkan pada zina. kuar rumah pi bandar paaapp!! peha gebu buat hidung berdarah. dalam kampus tak yah ceta, sekolah menegah pun dah buang anak. wa pun mau ckp byk susah. mau tuding jari sama gov, sama ulama, sama ibu bapa, sama guru wa tara tau. ni zaman mmg bikin panas, kalau wa panas wa makan nasik je lah kerja. "Nauzubillahi min zalik"

    ReplyDelete
  2. salam...saya nak ulas sedikit ttg dara..mmg tidak di nafikan dara..atau selaput dara ini..adalah sanht sensitif..dan jik seseorg wanita itu..lasak..berkemungkinanan salpur dara akan pecah... ok berkenaan dgn ada dara atau tidak...maaf kalu tidak sopan ek..tp kita share sama2...berkenaan ada dara atau tidak..sbg seorg muslimah..dara bukan bererti selaput dar itu sahaja..dara bermaksud kesucian diri daripada melakukan zina sebelum kahwin... maaf penulis...jgn cakap yang isu dar ini tidak penting... lelaki akan mencari perempuan yg masih dara... maksud disini..yang masih suci dan tidak disentuh oleh mana2 lelaki..itu maksudnya.....jika sang muslimah tidak menjaga daranya..dan jika dikatakn isu dara tidak penting lagi..maka kita akan membawa satu generasi yg sukakan seks luar nikah..ok tak semua mcm nih....tapi influance kepada jika dikatakan dara tidak penting..terjadilah seks luar nikah.... ok jika sorang muslimin berkata seperti ini.. "aku tak kesah kawin dengan perempuan yg tiada dara..asalkan aku cinta kan dia"
    jadi..nya..apa yang nak diertikan muslimin itu...dayus...atau apa?? ya mungkin kasihan dekat perempuan yg pernah terlanjur..tapi itu adalah balasan dari Allah kepada pelaku zina...

    sbg peringatan...ok...masalah sosial ini bermula daripada didikan agama seseorg..jika tidak teguh iman seseorg..bukan sahaja penzina dilahirkan malah..gay lesbian..semua lahir atas muak bumi Allah..ini..so pokok pangkalnya adalah iman...

    dan kepada penulis..saya tak ckp enteri ini tak bagus..banyak ilmu disini..tapi jika...ada seseorg yg kurng pengetahuan membaca entri ini..pasti mereka menyalah tafsirkan...so kepada muslimah2 diluar sana...dara itu penting..keran dara itu adalah maruh seorang muslimah..... dak ternilai harganya...sebgai seorng gadis......

    waallahualm..

    p/s.: penulis ..immukmin mohon maaf andai apa yg immukmin commnet membuatkan penlis terasa...

    ReplyDelete
  3. kpd Immukmin..
    syukran jazilan atas pndngan saudra..ya, sya stju dgn saudra..mmng dara 2 pntng, dan sya sndiri mngakuinya sbb dara merupkn mahkota bgi wanita..jika hlng dara (berzina dgn rela hati), maka hlnglng maruah..tp, jika sudah bertaubat..tidak salah kiranya golngan ini diberi peluang..insyaALLAH..

    p/s: tiada yg perlu dimaafkan..prkongsian ilmu & pndpt itu pntng..smoga ada manfaatnya..insyaALLAH ^_^

    ReplyDelete
  4. salam. nice entry, nice sharing..
    sy sbg seorang wanita, bg sy dara tu amat penting. memang benar selaput dara boleh hilang sebab bersukan, aktiviti yg lasak, tp dara d sini lebih kepada mereka yg belum pernah bersetubuh.
    krn bg sy, itulah harga kesucian, lambang kehormat seorang wanita, & hadiah terindah utk suami. kalau tiada tu, apa yg istimewa nk bg suami ? itu pendapat sy lah. wallahualam.

    ReplyDelete