Friday 19 November 2010

Bahana letak komputer riba atas paha

picture by Google image

Assalamualaikum

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa meletakkan komputer riba diatas peha boleh menyebabkan implikasi kepada pengguna "notebook" atau "laptop". Berikut kajian dan sumber yang diperolehi daripada fakta dan info yang diperolehi.

CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama
.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.

Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. 


Rujukan: DISINI


p/s: perkongsian bersama..sama-sama kita ambil ikhtibar, insyaALLAH . . semoga dijauhkan daripada musibah ini . .

2 comments:

  1. pernah satu malam tu, baring di katil..letak laptop di paha -___- tengah online tu, boleh tertidur lak. hehe. esok pagi tengok, laptop jatuh kat lantai -__- tapi laptop masih ok..

    thanks for sharing, insaf taknak letak kat paha lagi ;)

    ReplyDelete
  2. hehehe.. nasib baik xrosak..
    afwan, prngatan buat diri sndiri jg ^_^

    ReplyDelete