Monday 1 November 2010

Kebenaran Hanya daripadaNYA

pic by ~lavender1992





Kalau ingin berprasangka, 
mulakan dengan berprasangka baik.

jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.

Begitulah caranya!

Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepada-Nya!

Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
karena Tuhan, dengan rahmat-Nya
akan tetap menerima mata wang palsumu!

Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.

Begitulah caranya!

Wahai pengembara!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
marilah datang, dan datanglah lagi!

Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepada-Ku,
karena Aku-lah jalan itu.”


—Jalaluddin Rumi—


Hidup bukan mencari puji
Tidak juga ingin dikeji
Sekadar untuk mencari erti
Kenapa aku ada "disini"..?


p/s : suka aku berkongsi sajak daripada Jalaluddin Rumi kerana sajak beliau yang amat dalam maksudnya dan memberi banyak nasihat buat hati insan yang lemah ini..




No comments:

Post a Comment