Sunday 1 May 2011

Kenapa Aku Masih Solo?

lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan sebaliknya..^^

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. "Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang sahaja". Sekeping hati bermonolog. Monolog itu di susuli tujahan prasangka.

"Aku tak cantik ke?"

"Aku kurang bergaya ke?"

"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"

"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya"

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka merasa berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, 
DAPAT.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana CINTA. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasa PERIT nya penangan 
CINTA DUSTA, mereka masih tak mampu mengarah diri mencariCINTA HAKIKI. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta CINTA. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal DOSA pahala.

Oh REMAJA !

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah DOSA dan ZINA. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,
 percayalah rumah tangga itu tak kan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman didunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri 'sana'.

Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para GADIS YANG BELUM BERPUNYA, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.


Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dahulu buat anda terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. DIA menguji anda sedikit masa lagi.

Begitu juga buat 
PEMUDA YANG BELUM BERPUNYA, 'first thing first'. Utamakan yang lebih penting daripada yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan terus berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha itu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkannya sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?

Berusaha menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali, seseorang mencuri kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditembuh. Namun, apabila dia memilikinya mendapati insan yang dikejar itu 
dedaun kering cuma.

Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran dan Sunnah.Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahua'alam.

sumber: Kalam LPS UPSI

p/s: kadang-kadang hati ini tertanya-tanya siapa dia pemilik cintaku selepas ALLAH dan Rasul? hanya ALLAH yang tahu dan yang pasti ALLAH adalah cintaku yang Agung..^^

7 comments:

  1. walllahuAlam..serahkan keadaNYa..=)

    ReplyDelete
  2. blog ni sgt memberi inspirasi dlm hidup saye. tenkiu. :)

    ReplyDelete
  3. Jodoh di tangan Allah.
    Kita hanya perlu berdoa supaya ditemukan dengan insan yang dapat melengkapi diri kita.
    :)

    Fadzmie's Latest Entry: KUMPULAN K-POP VERSI MALAYSIA

    ReplyDelete
  4. salam.. princess memahami objektif tulisan diatas. Princess pernah merasai pengalaman bercinta dan putus ditengah jalan kerana hati yang tidak tenteram dan alam pengajian yang menuntut komitmen. rupanya memang ada benarnya, bahawa cinta sebelum kahwin itu dilarang dlm Islam. alangkah baiknya jika ramai remaja muslim sedar akan hal ini..

    ReplyDelete
  5. salam. Princess pernah merasai pengalaman bercinta dan putus di pertengahan jalan kerana hati yang tidak tenteram dan alam pengajian yang menuntut komitmen yg tinggi. Rupanya memang benar, bercinta sebelum khwin itu tiada dalam Islam. Alangkah baiknya jika ramai remaja Muslim sedar dan fokus kepada sesuatu yang lebih bernilai dalam hidup.

    ReplyDelete
  6. semoga ALLAH memberi taufiq dan hidayah kpd kita semua hambaNYA dalam meniti hidup di alam fana ni, insyaALLAH.. jodoh pertemuan, ajal maut semua dah ditetapkan..hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal,, ^^

    ReplyDelete