image by Kulanzsalleh.blogsot.com
Andai aku mati sekarang,
Adakah yang akan merasa kehilangan ku?
Adakah yang akan menangis pilu menghantar mayat ku?
Adakah yang akan mendoakan aku setiap kali mereka mengenangku?
Adakah yang ziarah ke pusaraku?
Aku menangis rasanya apabila memikirkan hal itu,
Namun aku tidak boleh tidak memikirkannya,
Kerana hal ini akan pasti terjadi padaku kelak.
Kini aku tidak lagi memiliki orang yang begitu ikhlas mencintaiku seperti keluargaku
mamaku,
bapaku,
abangku,
adik-adikku,
Ya Allah.. aku tidak mahu merasakan apa-apa
Aku hanya ingin menyebut namamu sahaja sebagai pengganti aduan hamba.
Aku kini ingin mengumpulkan amalan yang banyak untuk bekal aku pulang ke dakapan kasih sayangMu
Ya Rabb . .
Aku jadikan sabar sebagai penakluk semua kebencian dihati ini.
Aku jadikan sedekah untuk menghancurkan kesombonganku.
Aku jadikan solatku sebagai pelindung hari-hariku
yang penuh dengan orang-orang yang benci atas kehadiranku
Aku jadikan doa sebagai penghibur hati,
bahawa ada kekuatanMu yang sangat luar biasa,
yang sanggup mengalahkan kerisauan dalam diri.
Aku jadikan diam sebagai benteng diri,
dari kata-kata penuh dosa, janji-janji penuh dusta.
Aku sepenuhnya yakin, bila ku tetap pada pendirian ini,
pada kesabaran yang sudah semestinya.
Aku akan mendapatkan kasih sayang yang luar biasa dariMu Ya Allah . .
Aku tak perlu lagi berputus asa dengan keadaan duniawi
yang telah merenggut kelapangan dari hidupku ini. .
Allah…
Aku memohon berilah aku kesabaran yang takkan kehabisan
Aku memohon ampunkanlah segala dosa-dosaku
Aku memohon berilah kekuatan untuk menghadapi kenyataan yang tak selalu menyenangkan ini
Aku memohon jagalah aku dari pengaruh hati yang menggebu
Aku memohon terimalah segala amala ibadahku
Sumber: akuIslam
p/s: Kematian satu kepastian..daripadaMu aku datang dan kepadaMu jua aku kembali..ya ILAHI..
sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..
likee yang ni,,
ReplyDeletesentiasa ingat mati boleh insafkan diri sendiri kan ;)
subhanallah...mengingati mati membuatkan hati takut dan rasa masih belum cukup amalan untuk dibawa sebagai bekal..
ReplyDelete