Sunday, 5 June 2011

Mencari diri



Mencari diri
Terkadang hilang seketika
Sesuatu yang sediaada
Diri jasmani yang terbuka
Oleh hidayah pengubat luka

Luka jasad mudah dirawati
Kerana jelas nampak apabila diamati
Luka jasmani siapa peduli?
Dek kerana dosa yang silih berganti

Siapa pernah peduli?
Sakit deritanya jasmani
Dek kerana racun duniawi
Pahitnya jelas menyeksa hati

Ramai manusia kini gila
Gila mengejar yang sementara
Sanggup menggadai apa sahaja
Asalkan dapat apa yang dicita

Melakukan dosa seperti biasa
Bahkan penyebab insan lain berdosa
Tidak terdetikkah rasa berdosa?
Penyebab yang beriman turut berdosa

Mencari diri di tengah manusia
Manusia akhirat atau manusia dunia?
Bersama-sama berbuat dosa
Atau bersama-sama merasa pahala

Terkadang sebak terasa
Bagaikan hanya kita seorang yang merasa
Tetapi hakikat adalah sebaliknya
Semua yang beriman berkongsi rasa

Rasa sedih dengan diri
Yang sering terpalit dosa tanpa disedari
Walaupun mujahadah setiap hari
Masih lagi rebah dek dunia ilusi

Aku masih mencari diri
Tidak ingin hilang di tengah lautan duniawi
Tenggelam dalam jutaan manusia kini
Mencari diri untuk bertemu ilahi

Harapnya kita menjumpai
Diri sendiri yang dicari
Agar tenang membalut hati
Agar kita dirahmati

p/s: jika kau rasa sunyi, jangan katakan aku sunyi tapi katalah bahawa ALLAH sentiasa di sisi

sumber: Khalifah

No comments:

Post a Comment