Sunday, 26 June 2011

Pembersih




image by 
XylitolFairy


Assalamualaikum wbk..

Tanya pada diri, adakah aku seorang pembersih atau pengotor? Pasti ramai yang akan kata dia pembersih, tahniah buat diri. Sebelum aku berkisah tentang pembersih, aku nak kata yang tidak semua cantik itu bersih. Orang yang Nampak cantik pada zahirnya tidak semestinya cantik pada batinnya. Bukan ingin berkisah tentang baik buruknya akan diri orang lain. Sekadar ingin berkongsi sesuatu yang penting. Ada yang kata, bila raut wajah orang tu cantik, berdressing juga cantik, maka dia memang cantik.. benarkah?

Pada aku, ungkapan cantik itu sangat subjektif, lain orang lain matanya, maka akan lain juga penilainannya. Tapi, andai dia seorang pembersih, maka akan bersih seluruhnya. Sejujurnya, aku tidak betah dengan orang yang pengotor. Tiada orang yang suka dengan kotor dan orang yang pengotor pun pasti suka akan sesuatu yang bersih, kan? Jadi tidak salah kiranya kita ubah diri perlahan-lahan jadi insan pembersih. Sangat banyak baiknya dan sangat sikit buruknya.

Tinggal dengan orang yang pengotor juga membuat diri selalu rasa ingin marah. Ya, sungguh.. sebabnya suasana yang kotor mengundang banyak benda yang tidak sepatutunya ada, faham kan? Tinggal dengan orang yang pengotor juga buat aku selalu berdiam dan tiada mood untuk berkata-kata. Ditegur salah, tidak ditegur lagi salah. Huh! Susahnya bekerja dengan insan seperti ini.

Bersih diri, bersih hati, insyaALLAH bersih Jiwa..



“Beautiful people are not always good but good people are always beautiful.” Sayyidina Ali (R.A.)

p/s: belajar menjadi seorang pembersih sangat baik dan mulia, insyaALLAH..



sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

No comments:

Post a Comment