Thursday, 7 July 2011

Aku..

Assalamualaikum wbk..


Dengan nikmat Allah aku masih bernafas, syukur Alhamdulillah. kadang aku rasa diuji, walau tidak sehebat ujian yang Allah beri kepada hambaNya yang lain. Bila diri diuji, mula la melatah, jiwa tak tenang dan tenteram. Susah juga sukar, hanya mampu bersabar. 
Entah kenapa, aku rasa nak pergi jauh, jauh dari segala kekusutan yang melanda, jauh dari insan-insan lain. Rasa ingin hidup sendiri. Sakit, sangat sakit. Benar kata orang, bila hati rasa sakit, segalanya rasa sukar.


Aku selalu rasa diri tersepit, ingin menghulur tangan untuk memberi, tapi diri turut tersepit. Aku tak boleh puaskan hati semua orang, andai aku sendiri rasa terpaksa. Tidak semua yang kita rasa boleh dikongsi kan? sukarnya menebak apa yang ada dalam hati orang lain. Aku bukan malaikat, aku cuma insan yang tidak lepas dari khilaf sendiri. Sentiasa rasa berdosa, rasa bersalah yang selalu menghimpit diri.


Sungguh, aku sukar nak dalami hati dan perasaan orang lain, amat sukar untuk menebak apa yang ada dalam hati kalian. People, please forgive my all wrong doings towards you. May Allah bless you and me. i'm sorry..



Sahabat,
Aku bina hubungan ini atas keimanan,
Tetapi jangan sesekali kau lupa
Bahawa aku hanyalah insan.


p/s: rindu kat mama dgn bapa, yang sentiasa ada saat susah dan senang..



sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

No comments:

Post a Comment