image by Google..
Assalamualaikum wbk..
Segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat serta salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sekalian sahabat. Alhamdulillah..
Memandangkan ramadhan tahun ini kian menjelang, saya mahu mengajak saudara saudari untuk mengimbau kembali apa yang telah kita buat di ramadhan tahun lepas dan apa yang kita buat sementara menunggu ramadhan seterusnya. Sedarkah kita, kebanyakan dari kita seperti tahi ayam? Apa sinonimnya perangai kita dan sifat tahi ayam? Jawapannya hangat-hangat tahi ayam. Di bulan ramadhan tahun lepas bukan main lagi kita beribadat. Tapi berakhirnya bulan ramadhan seolah-olah berakhirnya juga ibadat kita. Bukankah itu namanya hangat-hangat tahi ayam?
Mahu saya ulas satu persatu. Di bulan ramadhan kita sibuk bertadarus. Siang malam pagi petang. Cukup sebulan khatamlah Al-Quran. Sedangkan pada 11 bulan kemudian mana tadarus kita yang siang malam pagi petang tu? Entah-entah, 11 bulan berlalu tanpa mampu kita khatamkan al-Quran itu satu kali pun. Sepatutnya kalau bulan ramadhan boleh khatamkan begitu, bulan lain juga sama. Bukankah bulan ramadhan adalah bulan latihan. Dan bukankah latihan perlu berterusan bukannya setahun sekali.
Mari kita selongkar masjid pula. Hanya di bulan Ramadhan masjid penuh dengan pengunjung. 11 bulan lagi entah kemana hilangnya makmunnya. Fenomena masjid penuh di bulan ramadhan adakah hanya angkara semua ingin bersolat terawih berjemaah. Sedarkah kita solat terawih hanyalah sunat. Takkan sunat jer kut kita nak pahala? Yang solat wajib setiap hari 12 bulan setahun kita tak nak ker? Adakah ini berlaku hanya kerana kita sibuk mengejar fadhilat solat terawih? Bukankah kita solat kerana Allah atau sememangnya kita solat kerana ganjaran yang Allah janjikan?
Cuba kita lihat pula pada tabung masjid dan derma. Begitu banyak dana yang dapat dikutip pada bulan ramadhan berbanding bulan lain. Kekadang sehingga mencecah beribu semalaman. Sedangkan di bulan biasa untuk mengutip derma seratus dalam sebulan pun mungkin susah. Kenapa kita hanya jadi pemurah di bulan puasa? Bukankan kekasih kita Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk sentiasa menderma. Bukan hanya di bukan ramadhan.
Kita lihat pula pada pakaian, bagi yang tidak biasa berpakaian menutup aurat, bulan ramadhan biasa dijadikan bulan menutup aurat. Tapi sayangnya hanya di bulan ramadhan bukan di 11 bulan lagi. Kata mereka, apa guna puasa kalau berpakaian seksi menjolok mata. Tapi yang 11 bulan lagi, tidak terfikirkah mereka, apa guna solat kalau kat luar berpakaian seksi yang menjadi ganguan seksual buat lelaki di luar sana? Tapi, Alhamdulillah bagi yang menjadikan bulan ramadhan sebagai bulan mereka membuat anjakan paradigma untuk mereka terus menutup aurat buat selamanya.
Saudara saudari, sedarkah kita, bulan ramadhan bukan sekadar bulan ibadat tetapi bulan untuk melatih diri kita. Kalau sudah dinamakan latihan, perlulah diteruskan walaupun bulan ramadhan sudah berakhir. Istiqamah dalam apa juga perbuatan kita. Tidak perlu menunggu hanya bulan ramadhan untuk kita berbuat perkara baik.Macam juga kita tak perlu tunggu kebulur baru sibuk nak makan. Nanti kalau tunggu kebulur dulu takut mati kebuluran tak sempat nak makan. Kalau tunggu bulan ramadhan untuk beramal takut mati tak sempat nak beramal. Marilah kita sama-sama berlatih beramal dibulan ramadhan dan terus beramal sampai akhir hayat kita.
Sumber: halaQah.net
p/s: pesanan buat diri sendiri yang sangat lemah lagi hina, juga pesan buat sekalian saudara agar kita terus istiQamah dalam hidup, insyaALLAH.
sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..
Selamat beramal :D
ReplyDelete