photo by sivestru of devianart
baru aku tahu ertinya penat mencari rezki..
Assalamualaikum wbk..
Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga atas nikmat ALLAH buat insan lemah ni. Ingin aku berkongsi sedikit memori yang telah terpahat di sanubari. Sepanjang cuti mid sem lepas aku tak balik dan memang tak pernah balik masa cuti mid sem. Tak mampu sebab harga tiket yang mahal. Jadi, aku ambil kesempatan untuk kerja part time. Alhamdulillah, kerja bersama kawan-kawan yang juga tidak sama pulang ke kampung.
Kerja mula seawal 8.00 pagi. Masa hari pertama kerja, rasa penat yang teramat. Rasa tak mampu nak bertahan hingga ke hujung minggu. Macam-macam yang aku rasa masa bekerja ni. Melayan sikap manusia yang pelbagai, kadang rasa marah menundang. Hanya mampu berdiam dan senyum saja. Pelanggan sebagi raja, betul ka? Entahlah.. tapi bila lama-lama dah kerja rasa penat tetap ada tapi rasa seronok mengatasi segala. Ditambah dengan sikap bos yang menyenangkan. Tapi manusia tidak sama kan, ada saja yang menjengkelkan hati. Jadi, berdiam diri lebih baik.
Bila sampai waktu solat, gembiranya rasa hati. Dapat rehat sebentar dan bertemu denganNya. Walau hanya seketika tapi tetap dapat menjana semula tenaga yang hilang dek kepenatan bekerja. Inilah pertama kali aku kerja sendiri, belanja dengan hasil penat lelah aku sendiri. Masa bekerja ini jugalah aku baru faham erti penatnya mencari rezki. Rezki ALLAH ada di mana-mana, Cuma bergantung kepada diri kita sahaja sama ada nak cari atau tidak. Dan, Alhamdulillah.. hari bekerja dah berlalu, semoga pengalaman yang aku dan kawan-kawan dapat akan tersemat di hati.
Kini, kita berada dalam bulan yang penuh dengan Rahmat, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Semoga insan lemah ni juga saudara yang lain dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya. Alhamdulillah, syukur atas nikmat ALLAH yang memberi ruang dan peluang buat kita untuk bertemu Ramadhan 1432H.
SALAM RAMADHAN AL MUBARAK.
p/s: nak kerja part time lagi, tambahkan income dan pengalaman..insyaALLAH semoga dipermudahkan..^^
sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..
No comments:
Post a Comment