Alhamdulillah. .
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.
Aku ingin berkisah tentang
CINTA. Satu perkataan yang mempunyai banyak lagi dalam maknanya. Setiap yang
berjiwa pasti suka dengan cinta. Aku juga, seronok mendengar tentang cinta.
Lagi seronok bila dicinta. Mungkin.
Tapi ingat, cinta itu bukan
barang mainan. Cinta bukan hanya seungkap perkataan. Cinta bukan barang yang boleh dibeli semahunya. Cinta
punya tanda harga dan hanya yang berhak saja boleh memilikinya. Ya! Cinta itu
sangat mahal lagi infiniti.
Naluri ingin memberi cinta juga
menerima cinta adalah fitrah setiap jiwa. Setiap jiwa pasti ingin dicinta dan
mencintai, kan? Tiada manusia normal yang mahu sendiri. Kosong daripada cinta. jauh dari cinta. Sekali cinta kita terima, akan ada kesan abadi pada jiwa.
Mengapa?
Kerana cinta adalah ukuran
Iman. Orang yang kita cinta itu akan menjadi penentu tempat kita di akhirat
nanti. Ya, penentu! Kerana kita akan bersama dengan orang yang kita cinta itu
menuju tempat yang abadi. Orang yang kita cinta adalah lambang kepada diri
kita. Menjadi lambang kepada hati kita. Sama ada keimanan atau kefasikan. Sama
ada Syurga atau Neraka?
Perkara inilah yang tidak kita
ketahui. Sungguh! Aku juga begitu. Kadang-kadang, sepi menyapa aku. Rasa cinta
akan datang dalam diri. Namun, adakah itu cinta? Aku juga keliru. Keliru dalam
mengenal cinta hakiki atau cinta duniawi. Ramai antara kita tidak tahu dan
tidak yakin bahawa cinta itu akan membawa kita menuju tempat abadi sehinggakan
ramai yang terpesong dalam menegenali erti cinta yang sebenar, iaitu cinta
kepada ILAHI.
Nabi berpesan kepada kita.
Setiap manusia akan berhimpun di akhirat bersama dengan orang yang dicintainya.
Andai cinta itu berlabuh kepada pewaris neraka, maka kita akan berhimpun
bersama dengannya di Neraka Jahanam. Nauzubilah! Andai cinta kita berlabuh
kepada pewaris Syurga Firdaus, pasti
kita akan berhimpun bersamanya di dalam Syurga abadi. insyaALLAH.
Akhirnya?
Sungguh! Amat besar nilainya
cinta. Cinta boleh membawa kita ke Syurga atau Neraka Tuhan. Pilihlah siapa
kekasih kita. Orang yang soleh atau yang fasik? Pilihan di tangan sendiri.
Mencintai, bererti kita perlu memilih. Terlalu sukar dirasakan hidup ini andai
jauh dari hukum Ilahi. Ya, sesungguhnya kita hanya insan kerdil yang menumpang
di bumi Tuhan. Kuasa memilih ada dalam tangan sendiri. Bahagia atau derita?
Ya ALLAH.. aku hanya ingin cinta yang
HALAL di dunia juga akhirat. Labuhkan hati dan cintaku kepada insan mencintaiku
keranaMU. Dan hanya kepadaMU aku memohon. Amen..
p/s: Rasa cinta, fitrah
manusia, jangan sesekali menolak kehadiran cinta. Kerana cinta adalah milik setiap insan. Hanya perlu bijak dalam mengendalikan cinta yang utama, iaitu cinta
kepada Ilahi.. insyaALLAH ^_^
psss: Rasa malu pulak berkisah
tentang cinta. Tapi, ini adalah hakikat. Dan hakikatnya, aku hanya ingin cinta yang
HALAL!
sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..
No comments:
Post a Comment