Assalamualaikum wbk
Segala puji bagi ALLAH SWT Tuhan
yang satu dan tiada taranya. Selawat dan salam buat junjungan mulia Baginda
Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga serta sahabat.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur atas segala nikmat
kurniaanNya. Sekian lama diri ini tidak mengungkap dan bermadah kata di laman
ini, rasa rindu yang mendatang membuatkan aku terdetik untuk menulis. Ya,
setiap perkara pasti ada pasang surutnya. Di laman ini, aku mahu mencoret
sedikit kata syukur atas nikmat ALLAH yang masih memberi ruang dan peluang buat
diri untuk terus bernyawa di bumi ini. Alhamdulillah.
Tarikh 19 September 1991, tarikh
keramat seorang mama melahirkan anaknya. Aku sangat suka dengan angka ni. Cantik
dan bermakna buat aku. Tapi, aku lebih tertarik dengan tarikh 10 Rabiulawal
1412H. Hari Khamis dan malam jumaat (antara maghrib dan ishak). Itu kata mama
yang melahirkan aku. Melahirkan seorang anak dengan rasa penat dan payah. Tidak
tergambar akan rasa sakit itu. Kini, umur aku meningkat lagi. Menandakan bahawa
usia aku semakin singkat. Ramai yang mendoakan semoga umur panjang. Tapi,
hakikat kehidupan yang dah ditetapkan sejak azali lagi, semakin meninggkat angka
umur itu maka semakin dekat diri kita menuju kematian.
Usia sekadar angka yang
mengingatkan aku kepada kematian. Apa yang sudah aku lakukan dalam usia ini? Dalam
usia yang sudah dewasa ini, apa yang telah aku kecapi? Sungguh, aku masih
mencari dan terus dalam pencarian yang belum berkesudah. Sebagai anak gadis
yang kian dewasa, banyak yang aku impikan dalam hidup. Namun, yang banyak
itulah belum aku kecapi dan peroleh. Usaha dan usaha. Ya! pasti akan ada hasilnya. Usaha, doa dan tawakkal kepadaNya.
Terima kasih atas doa dan ucapan
daripada mama dan bapa yang dirindui. Terima kasih juga buat abang dan adik-adik yang mendoakan aku. Terima kasih kepada sekalian sahabat yang mendoakan insan
lemah ini. Doaku, dikala usia semakin menginjak dewasa, aku semakin matang
dalam melayari bahtera kehidupan sebagai hamba Ilahi yang masih dalam
pencarian, yang masih lemah dalam setiap perkara. Semoga diusia yang berbaki
ini, dapat aku manfaatkan dengan sebaiknya. Menjadi hamba kepada ALLAH dan
ummat Nabi Muhammad SAW.. insyaALLAH..
umur semakin meningkat,
usia semakin singkat,
gunakan di jalan berkat,
semoga hidup mendapat rahmat..
p/s: wah.. umur dah masuk angka 2.. cepatnya masa berlalu, tak akan dapat diundur kembali..
sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..
No comments:
Post a Comment