Assalamualaikum wbk..
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia, baginda Nabi Muhammad saw, keluarga dan sekalian
sahabat.
Dalam melayari perjalanan kehidupan, pelbagai keadaan yang akan kita
lalui. Ada suka ada duka. Ada senyum ada tangis. Ya, fitrah hidup. Ada yang
baik, akan ada yang buruk. Ada pertemuan akan ada perpisahan. Ungkapan setiap
pertemuan akan ada perpisahan telah sebati dalam jiwa. Kisah ini yang ingin aku
coretkan. Kisah aku dan teman. Kisah suka dan duka.
Sejujurnya, aku rindu. Sangat rindu akan suasana dalam kelas. Rindu akan
ragam teman yang pelbagai. Ada yang ayu, ada juga yang kasar. Aku? Cuma insan
biasa yang suka melihat senyum insan lain. Aku suka akan senyum yang terlakar
di wajah temanku. Senyum yang membawa pelbagai makna juga rasa. Aku juga rindu
akan segala tugasan yang diberi. Merungut, perkara yang acap kali aku juga
teman lakukan pabila tugas yang diberi terlalu menekan. Ya! Aku pasti setiap
yang bergelar pelajar juga punya rasa seperti ini. Suka atau tidak, susah atau
mudah wajib disiapkan. Itu lumrah hidup pelajar.
Namun, bila semua itu dah berlalu. Rasa rindu kuat mengetuk jiwa. Meronta
ingin diteruskan. Tiada yang mampu mengundurkan masa tanpa izinNYA. Masa yang
berlalu akan terus berlalu tanpa kata. Jadi, kata pertemuan ada perpisahan
sudah lali. Aku juga rindu kepada pensyarah yang banyak membantu. Setiap dari
mereka juga ada bermacam ragam. Walau siapa pun mereka, mereka tetap insan yang
telah memberi ilmu buat aku dan teman. Menjadi pengganti mama dan bapa yang
jauh dimata tapi dekat dihati.
Hidup sebagai mahasiswa/i tidak sama dengan hidup sebgaai pelajar
sekolah. Melangkah ke alam yang lebih mencabar ini buat aku rasa diri terlalu
payah. Sukar dalam menyesuaikan hidup yang tiba-tiba berubah. Jauh dari
keluarga. Terpaksa hidup dengan usaha daya sendiri. Namun, teman ini lah yang
menjadi pendamping, yang menjadi keluarga suka duka bersama.
Akhirnya, Semua ini sudah berlalu. Akan melangkah ke fasa hidup yang
baru. Menjadi pendidik. Bukan satu perkara yang mudah. Ada yang kata, kerja
cikgu tidaklah sehebat mana. Bukan hebat itu yang dipandang. Tapi pandanglah
pada jasa dan bakti itu. Sungguh, aku takut untuk melangkah. Namun, suka atau
tidak bukan menjadi persoalan. Aku tetap akan melangkah selagi ada usia yang
berbaki. Doaku, buat sekalian teman. Semoga kita terus kuat dalam perjuangan
ini. Tetap teguh dalam mengharungi hidup ini.
Salam perpisahan buat sekalian teman. Jadikan memori itu sebagai sebahagian
daripada diri. Terus kekal dam hati tiada dilupa. InsyaALLAH, Ada usia kita
bertemu lagi. Selamat maju jaya ^_^
p/s: semoga dipermudahkan segala urusan, insyaALLAH.. buat sekalian teman.. jumpa lagi bila kita dah berjaya kelak, insyaALLAH..
sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..
Bertemu dan bersahabat kerana Allah, maka berpisahlah juga kerana Allah. Tugas kita memelihara silaturahim yang telah diberikan kepada kita. Mudah-mudahan =)
ReplyDelete