Assalamualaikum wbk..
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia, baginda Nabi Muhammad saw, keluarga dan sekalian
sahabat.
Sekian lama tidak menjejakkan kaki di sini. Alhamdulillah, 2011 dah
melabuhkan tirai dan 2012 datang menyusul. Syukur kepada ALLAH kerana masih
memberi ruang juga peluang buat insan lemah ini bernafas di tahun baru Masihi
ni. Bila berkisah tentang tahun baru, ramai yang bertanya, apa azam tahun baru?
Dan jawapan yang pasti, menjadi yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Ya,
aku juga begitu.. ingin menjadi yang lebih baik, walau tidak sempurna tapi
bergerak dan ada asa untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya.
insyaALLAH.
Alhamdulillah, tahun baru kali ni aku berkampung di bumi Tanjong Malim,
walau hanya pekan kecil yang kurang dikenali, tapi aku suka. Sebabnya, di
sinilah tempat aku belajar menjadi seorang insan, di sinilah tempat aku
menuntut ilmu, di sinlah juga tempat aku bersama kawan-kawan dan di sinilah
juga tempat aku mencoret pelbagai memori bersama teman yang kini semuanya sudah
jauh di mata, jauh dari pandangan tapi insyaALLAH akan selalu dekat di hati.
Namun, di awal tahun baru 2012 ni, aku terkejut dengan peritiwa berdarah
yang berlaku di UPSI, iaitu tempat di mana aku sedang berkampung. Aku sedih
dengan perkara yang terjadi kepada mahasiswa/i pagi tadi. Doaku, semoga mereka
terus kuat juga tabah dengan apa yang berlaku. Suka untuk aku berkongsi kata
daripada seorang hamaba, katanya
“Bukan namanya
perjuangan jika tidak berani mengambil risiko!”
Ya ALLAH,
bantulah kami dalam perjuangan ini!
Jadi, 2012 sudah
tiba.. mulakan tahu baru, hari yang baru, masa yang baru, juga detik yang baru
dengan lafaz syukur, Alhamdulillah kepada ALLAH yang menciptakan kita. Bersediakah
kita menghadapinya? Ada orang kata macam biasa ja, nothing special and no
problem. Pada aku, semoga tahun yang mendatang ini akan memberi manfaat buat
diri, agama dan seluruhnya, insyaALLAH..
p/s: mama,
bapa.. rindu .. ^_^
sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..
No comments:
Post a Comment