from: facebook
Bismillahirrahmanirrahim..
Alahamdulillah, segala puja &
puji bagi Allah, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat dan salam buat
junjungan mulia, baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sekalian sahabat
baginda.
Kini, Negeri Sabah dilanda masalah,
semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran buat semua warga Sabahan dalam
menghadapi masalah ini, insyaALLAH..
Sekian lama mendiamkan diri, jadi
hari ini dan diruangan ini aku nak berkongsi sedikit kata-kata yang membuatkan
aku berfikir. Setiap perkara yang terjadi bukan sahaja pada diri kita tetapi
juga kepada semua di sekeliling kita sebenarnya bergantung kepada diri kita
sendiri dalam menanganinya. Mungkin dengan cara penyelesaian masalah atau
mungkin dengan lari dari masalah? Setiap yang berjiwa, iaitu manusia tidak akan
pernah lari dari masalah.
Jadi, pernahkah kita bertanya?
Pernahkah kita bertanya?
Kenapa ada yang hidup bahagia
walaupun hidup dalam kemiskinan namun anak-anak mereka menjadi insan yang
berjaya, malah ketenangan terpancar pada wajah mereka?
Pernahkah kita bertanya?
Kenapa pula ada yang hidup dalam
kemewahan namun berada dalam keadaan yang sedih dan tertekan serta anak-anak
mereka menjadi sampah masyarakat?
Pernahkah kita bertanya?
Kenapa ada pasangan suami isteri
yang hidup bahagia hingga ke akhir hayat mereka?
Pernahkah kita bertanya?
Kenapa ada pasangan yang baru
berkahwin tidak sampai setahun, sudah bergaduh dan bercerai-berai?
Pernahkah kita bertanya?
Kenapa ada yang kehidupannya
susah, tetapi sentiasa gembira?
Pernahkah kita bertanya?
Kenapa ada yang sakit, tetapi
sentiasa bersyukur kepada ALLAH s.w.t ?
Pernahkah kita bertanya?
Kenapa ada yang sudah muflis,
tetapi masih bersemangat juang?
JAWAPANNYA,
Semua ini berpunca daripada cara
kita mentafsir (persepsi minda) setiap kejadian atau masalah yang melanda
kita...
“maka sesungguhnya
beserta kesukaran ada kemudahan, sesungguhnya beserta kesukaran ada kemudahan. Maka
apabila engkau telah selesai dari satu urusan, maka kerjakanlah urusan yang
lain dengan bersungguh-sungguh dan hanya pada Allah hendaklah engkau mengharap” (al-insyirah : 5-8)
Allah S.W.T menekankan dua ayat yang
sama dalam surah ini..
“dengan kesukaran,
ada kemudahan”
Kita manusia tidak akan pernah
lepas daripada masalah. Jadikan masalah yang mendatang sebagai batu loncatan
untuk kita menjadi manusia yang lebih baik, insyaALLAH.
“Allah tidak akan
membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
Rujukan: aku cinta masalah ^^
p/s: perkongsian buat diri dan
sekalian sahabat. Semoga kita terus kuat dalam menangani segala masalah yang
mendatang, isnyaALLAH.. ya Rabbi, selamatkan bimi bayu, lindungi kami dari
segala mara bahaya.. Ameen..
Puncak Sierra,
3/3/2013
21:55
sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..
No comments:
Post a Comment