insan yang dicintai kerana Allah - Hj Nurdin Bin Kasim
Bismillahirrahmanirrahim,
Segala puja dan puji bagi Allah,
Tuhan yang satu dan bitara. Selawat dan salam buat junjungan mulia, baginda
Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat. Assalamualaikum wbk.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,
Semoga Allah swt menerima amal
ibadah aku dan kamu, insyaAllah.
Ramadhan, bulan yang dijanjikan
sejuta rahmat didalamnya.
Ramadhan, setiap nafas yang
berhembus adalah tasbih kepadaNya.
Ramadhan, yang didalamnya ada
Lailatu Qadr.
Ramadhan, bulan yang penuh dengan
tarbiah.
Kini, Ramadhan 1434H sudah pun
berlalu. Pergi meninggalkan aku, kamu dan kita, sekalian manusia. Doaku, semoga
Allah memberi kita ruang dan peluang lagi untuk bertemu dengan Ramadhan yang
akan datang, insyaAllah. Ramadhan, bulan tarbiah buat kita. Semoga tarbiah
sebulan dalam bulan Ramadhan mampu menjadi bekal buat kita sepanjang 11 bulan yang
mendatang. Ramadhan sebagai platform untuk diri kita melakukan anjakan yang
baru. Semoga momentum dalam Ramadhan tidak habis pabila tibanya Syawal.
Rindu. Sangat rindu dengan
Ramadhan. Namun, menjadi fitrah dalam kehidupan, setiap pertemuan akan ada perpisahan.
Ramadhan telah pun berlalu, Syawal menjelang tiba. Salam aidil fitri buat
sekalian manusia, muslimin dan muslimat. Semoga Allah menerima Ibadah aku dan kamu agar kita kekal kuat melawan syaitan dan nafsu diri, insyAllah. Maaf atas segala dosa dan
khilaf insan lemah ini.
Pss: Selamat hari raya, maaf
zahir dan batin.. berhati-hati dijalan raya..
Teratak usang
Tmn putera jaya
10/08/2013
3 Syawal 1434H
5:59 pm
sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..
No comments:
Post a Comment