Saturday, 17 July 2010

A morning person



A morning person membawa makna "orang yang berpagi-pagi". Maksudnya, ialah orang yang menggunakan sepenuhnya waktu awal pagi untuk menghasilkan produktiviti yang terbaik. ALLAH SWT menjadikan waktu pagi sebagai waktu yang paling istimewa. Diindahkan dengan terbitnya fajar sadik di ufuk timur. Cahayanya pula menjadi simbol yang membawa kepada kejayaan. Tidak cukup dengan itu, dihiasi pula dengan kokokkan ayam yang sahut-menyahut memberi amaran bahawa kehidupan sudah bermula. ALLAH SWT menjadikan haiwan ini untuk melaungkan "sangkakala" bangun pagi, diikuti dengan bunyi kicauan burung dan unggas. Suhu pada waktu pagi lagi yang sejuk dan nyaman kerana lamanya matahari terbenam - hampir 12 jam, di khatulistiwa.

Udara tenang dan tidak berdebu kerana semua makhluk yang bernyawa dan tidak bernyawa tidur sepanjang malam. Debu-debu pun masih "tidur". Embun jantan yang turun sejak dinihari menyejukkan suasana. Kadang-kadang embun menjadi kabus yang menyegarkan. Embun membantu 'menidurkan' debu-debu yang berterbangan hingga suasana warna pagi begitu hijau dan cerah apabila udara tidak berdebu seperti keadaan selepas hujan turun. Bebunga dan dedaun turut kuncup seolah-olah 'tidur' kecuali satu dua jenis bunga yang kembang hanya pada waktu pagi seperti bunga bakawali.

A morning person memulakan kerja harian lebih awal kerana inilah waktu prima (prime time). Kelebihan bekerja dalam waktu prima ialah :
○ Tenaga masih segar
○ Boleh melakukan pekerjaan yang susah dahulu
○ Aktiviti harian orang lain belum lagi sibuk
○ Minda masih belum dibebani dengan pelbagai persoalan, masalah dan tugas harian yang lain
○ Cuaca belum panas
○ Panggil telefon belum banyak menggangu
○ Tetamu belum tiba

Malangnya, ramai orang yang suka tidur pada waktu pagi terutamanya para remaja. Hal ini lebih ketara pada hujung minggu atau musim cuti sekolah. Remaja akan jadi seperti burung hantu, tidak tidur malam - bukan melakukan perkara yang produktif seperti belajar atau bekerja sambilan tetapi duduk bersama kawan-kawan mmbuang masa sambil berhibur. Perkara ini adalah satu amalan yang membawa kerugian besar pada diri dan membazir usia muda!! Tambahan pula, akan terlepas mengerjakan solat Duha kerana suka tidur pada waktu pagi. Sedangkan solat Duha mempunyai fadilat yang sangat besar, antaranya diberikan rezki oleh ALLAH SWT daripada sumber yang tidak diketahui. MasyaALLAH . . .

Akhir kalam, kita perlu meletakkan pemikiran positif bahawa kita boleh menjadi A morning person. Disiplinkan diri dengan azam yang kuat untuk berubah menjadi A morning person . . . !!!

Aku insan lemah

No comments:

Post a Comment