Dalam diri seorang dai dan murabbi harus ada sifat kasih sayang dan belas kasihan. Kasih sayang bermakna setiap manusia ada potensi untuk berubah. Ia menuntut pendekatan bijaksana bagaimana perubahan patut berlaku. Setiap manusia yang dilahirkan tidak dibesarkan dengan suasana yang serupa. Ada anak-anak yang dewasa dalam kasih sayang dan perhatian yang tinggi daripada ibu bapa. Ada ibu bapa yang cuai mendidik atau menghadapi masalah perpecahan dalam rumah tangga yang menyebabkan pembesaran anak-anak bukan dalam suasana fitrah.
Justeru, sebagai dai dan murabbi atau pendakwah dan pendidik harus ada perasaan belas kasihan yang tinggi supaya seruan dan ajakan juga panggilan yang dibuat dengan bijaksana agar dapat mengembalikan semua orang kepada kehidupan yang fitrah. Apabila seseorang melakukan kesilapan, pembetulan harus berlaku melalui bimbingan dan nasihat. Tetapi apabila seseorang melakukan kemungkaran, kemungkaran itu tidak haris kita sertai. Sebaliknya haru ada belas kasihan terhadap orang yang melakukan kemungkaran.
Sekiranya kebenciaan kita kepada kemungkaran sama dengan kebencian kepada orang yang melakukanya, maka terputuslah tali-temali dakwah diantara kita dengan mereka. Sebaiknya kalau mereka itu kita dekati dengan kasih sayang, belas kasihan dan dengan cara yang bijaksana ada kemungkinan kemungkaran itu akan berhenti dan mereka akan kembali semula kepada fitrah.
Konklusinya, usaha membetulkan keadaan adalah penting dan jalannya ialah menerusi dakwah dan tarbiah supaya pemikiran umat dapat dikembalikan kepada acuan yang fitrah dan menyumbang kembali ke arah pembangunan Islam yang lebih bersifat tamadun. Inilah jalan dan jalur dakwah yang patut diikuti.
Sumber : Solusi 15
Aku insan lemah
No comments:
Post a Comment