Assalamuallaikum wbk
Hafzan (abang) & Mirzan (adik)
Entri kali ni saya nak kongsi tentang cerita sindrom anak ke-2. I am second child out of four and of coz i’m very interested towards this topic..hehehe. Baru-baru ni, pensyarah saya ada bercerita tentang sindrom anak ke-2 , sebab itu la saya cuba cari maklumat tentang sindrom tu. Melalui pertolongan pak cik google, banyak la juga maklumat yang saya dapat. Anataranya, anak kedua ni memang mempunya sikap atau perangai yang pelik dalam keluarga, tak kira yang negatif atau positif. Lebih-lebih lagi kalau perbezaan umur antara anak pertama dan ke-2 tidak jauh, sepertia saya dan abang hanya beza setahun. Tapi, memandangkan kami berbeza jantina, jadi tidak terlalu ketara la sindrom yang saya hadapi (mungkin la..hehehe).
Terdapat tiga kategori anak, iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak ke-2 jatuh dalam kategori yang tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan oleh para pengkaji, anak ke-2 merupakan kelompok yang fleksibel (betul ka?). Selain itu, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Malah, anak ke-2 juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi terutamanya masa nak buat keputusan. Namun, anak kedua ni cepat terasa atau SENSITIF (sangat setuju) dan mudah makan hati. Masa mula-mula dengar, marah la juga. Tapi, lepas muhasabah diri balik, memang ada betulnya, bukan ada saja, HAKIKATNYA. Jadi, jangan berani bermain cinta dengan anak ke-2, nanti frust menonggeng pula, hahahaha...
Anak pertama ni beruntung. Parents give all attention to first child because it is the first experience they become parents. They want their child to be perfect. Thats why first child is ambitious. Bila anak ke-2 hadir dalam keluarga, ibu bapa sudah tak seexcited dulu sebab sudah ada pengalaman menjadi ibu bapa. Jadi, anak ni tidak dapat perhatian yang cukup dari keluagra sendiri dan akhirnya dia inginkan perhatian dari orang lain. Kerana faktor ini lah, kadang-kadang anak kedua suka menimbilkan masalah dalam keluarga. Sebabnya, inginkan PERHATIAN. Sampai ada yang memberontak sebab ibu bapa tidak faham dengan diri mereka.
Masalah ini dapat di atasi jika ibu bapa mampu memberi suasana atau persekitaran yang sesuai kepada anak-anak. Di samping ibu bapa cuba bergaul mesra dengan anak ke-2 supaya anak mereka tidak rasa tersisih dan diabaikan (macam mama & bapa saya ^_^). Sebab sukakan perhatian, anak ke-2 mudah bergaul dengan orang lain atau lebih mesra alam. Sangat sesuai menceburkan diri dalam bidang yang perlu berhubung dan interaksi dengan orang ramai, macam Guru, Wartawan, dan lain-lain..hehehe ^_^
Pokok pangkalnya, tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anak-anak. Mereka sudah cuba sedaya upaya untuk membentuk kita jadi HAMBA yang beriman. Jadi, bergantung kepada penilaian diri sendiri.
-wassalam-
No comments:
Post a Comment