Bismillahirrahmanirahhim..
Segala puji bagi LLAH swt .. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabat
Alhamdulillah..
Ramadhan semakin mengahmpiri kita semua umat Islam..
Pantas masa berlalu. Yang lepas tak mungkin akan berulang kembali.
Sekarang kita bersama dengan Syahban, insyaALLAH dalam beberapa waktu sahaja lagi kita akan bertemu Ramadhan, InsyaALLAH. Tentulah semua insan menginkan yang terbaik buat dirinya dan seluruh umat pada bulan yang mulia ini. ramadhan yang bakal tiba akan berlalu dengan pantas juga, justeru semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.
BULAN Ramadhan merupakan bulan yang sangat istimewa.
Cuba hayati pesan Rasulullah saw ;
Dari Salman Al-Farisi ra. berkata: “Rasulullah saw berkhutbah pada hari terakhir bulan Sya’ban: Wahai manusia telah datang kepada kalian bulan yang agung, bulan penuh berkah, di dalamnya ada malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasanya wajib, dan qiyamul lailnya sunnah. Siapa yang mendekatkan diri dengan kebaikan, maka seperti mendekatkan diri dengan kefarduan di bulan yang lain. Siapa yang melaksanakan kefarduan, maka seperti melaksanakan 70 kefarduan di bulan lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran balasannya adalah syurga. Bulan solidariti, dan bulan ditambahkan rezeki orang beriman. seperti orang orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun ». kami berkata : »Wahai Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam Tidak semua kita dapat memberi makan orang yang berpuasa ? ». Rasul shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:” Allah memberi pahala kepada orang yang memberi buka puasa walaupun dengan satu biji kurma atau seteguk air atau susu. Ramadhan adalah bulan di mana awalnya rahmat, tengahnya maghfirah dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Siapa yang meringankan orang yang dimilikinya, maka Allah mengampuninya dan dibebaskan dari api neraka. Perbanyakkanlah melakukan empat perkara; dua perkara membolehkan dapat redha Allah dan dua perkara Allah tidak berhajat dengannya. Dua hal itu adalah; Syahadat Laa ilaha illallah dan beristighfar kepada-Nya. Adapun dua perkara yang Allah tidak berhajat adalah engkau meminta syurga dan berlindung dari api neraka. Siapa yang membuat kenyang orang berpuasa, Allah akan memberikan minum dari telagaku (Rasul saw) satu kali minum yang tidak akan dahaga hingga dia masuk syurga” (HR al-‘Uqaili, Ibnu Huzaimah, al-Baihaqi, al-Khatib dan al-Asbahani).
Subahanallah… besarnya nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita hambaNya. Jadi, marilah kita bersama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadat kita kepada ALLAH swt. Semoga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang bertaqwa dengan benar-benar taqwa, insyaALLAH.
-Wassalam-
No comments:
Post a Comment