Assalamualaikum wbk.. Alhamdulillah,
segala puja dan puji bagi ALLH SWT, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat dan
salam ke atas junjungan mulia, baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sekalian
sahabat.
Sekian lama jari-jemari ini tidak
menulis untuk berkongsi kata. Alhamdulillah, hari ni ALLAH bagi kekuatan buat
insan lemah ini dalam menulis untuk memberi nasihat kepada diri sendiri
khususnya kerana telinga yang mendengar itu sangat dekat dengan mulut yang
berkata-kata dan samalah juga dengan tangan yang menaip itu sangat dekat dengan
mata yang memandang.
Dulu aku seorang pelajar dan
kini aku seorang pendidik. Perjuangan dalam mendidik bukan satu perkara yang
sangat mudah. Ramai yang kata, jadi guru ni senang! Ajar budak A B C, 1 2 3 dan
ا
ب ت. Tapi hakikatnya
menjadi guru dan pendidik ni adalah satu bidang kerja yang sangat mencabar. Menjentik
emosi dan rohani. Kadang hati merungut kenapalah pelajar ni sangat degil dan
nakal. Tapi itulah yang harus dihadapi. Perlukan semangat yang kuat dan perkara
pertama yang perlu terlintas dihati sebelum bergerak ke sekolah ialah NIAT. “Ya
ALLAH, ikhlaskanlah hatiku dalam mendidik anak-anak ini supaya mereka mendapat
ilmu yang bermanfaat.”
Hari ini kita bersyukur, hari
esok tambahkan kesyukran dengan nikmat pemberian ALLAH kerana itu sifat seorang
hamba. Alhamdulillah, semoga diri ini terus diberi kekuatan dalam mendidik
mereka menjadi insan yang bertakwa. Setrusnya dapat mencapai matlamat dalam
melahirkan generasi Al-Quran, insyaALLAH..
p/s: semoga diri terus diberi
kekuatan untuk menjadi murabbi..insyaALLAH..
Puncak Bukit, Bandar Sierra
4:24 pm
31/10/2012
sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..
selamat berjuang...:)
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeletesemoga Allah SWT bantu perjuangan 'aku insan lemah', untuk memartabatkan kembali ajaran Islam...yang kini telah mula dilupakan oleh generasi Y.
trma ksh.. insyaALLAH.. ^_^
ReplyDelete