Daripada Allah kita datang, dan kepadaNya jua kita kembali
Assalamualaikum
wbk. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana masih memberi ruang dan peluang
buat diri bernafas di dunia. Selawat dan salam buat junjungan mulia baginda
Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sekalian sahabat..
Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak. Suatu hari, katak yg kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput:
"Tuan siput, apakah saya
telah melakukan kesalahan, sehingga kamu begitu membenci saya?"
Siput menjawab: "Kalian kaum katak mempunyai empat kaki dan boleh melompat ke sana ke mari, tapi saya mesti membawa cangkang yang berat ini, merangkak di tanah. Jadi saya rasa sangat sedih dan iri dengan kamu."
Katak menjawab: "Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing², hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak)."
Dan seketika, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cangkang, sedangkan katak menjadi mangsa helang...
Akhirnya siput baru sadar.Ternyata cangkang yg di milikinya bukan merupakan suatu beban, tetapi adalah kelebihannya.

Begitulah juga dengan kita manusia.
Nikmatilah kehidupan yang telah diberikan kepada kita, tidak perlu
dibandingkan dengan orang lain. Allah memberi
kita nikmat hidup selayaknya dengan apa yang mampu untuk kita. Tidak perlu
memandang mereka yang berada diatas kita. Tapi, pandanglah kepada mereka yang
berada di bawah kita. Apakah nikmat yang Allah beri buat kita itu sangat
sedikit? Tidak! Kerana diri kitalah yang tidak pernah puas. Keirian hati kita
terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan. Malah, hati akan
selalu merusuh dan tidak tenan.
Rezeki tidak selalu berupa emas, bukan juga permata atau wang ringgit yang banyak. Malah bukan juga dengan tinggal di rumah mewah dan berkereta import. Tetapi..
Rezeki tidak selalu berupa emas, bukan juga permata atau wang ringgit yang banyak. Malah bukan juga dengan tinggal di rumah mewah dan berkereta import. Tetapi..
“Kerana bukan kebahagiaan yang menjadikan kita berSYUKUR tetapi dengan berSYUKURlah
yg menjadikan kita bahagia.”
Semoga terus bersemangat dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa
bersyukur dengan segala nikmat dan ujian Allah buat kita. Pesanan buat diri
sendiri dan sekalian sahabat.
Mari menjadi Hamba Ilahi.
19/12/2012 ; 12:39
Teratak using, Putera Jaya
sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..
No comments:
Post a Comment