Thursday, 10 October 2013

BAJU




Assalamualaikum wbk..
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat dan salam buat kekasih yang dirindu, baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda.

Berkisah tentang baju.
Perempuan, wanita dan baju tidak dapat dipisahkan. Setiap yang bernama wanita suka dengan baju. Lebih-lebih lagi golongan wanita yang sudah bekerja dan mempunya wang sendiri serta mampu untuk membeli baju. Bohonglah kiranya ada dalam kalangan wanita yang tidak suka akan baju. Baju yang bagaimana? Baju yang menjadi personality setiap wanita khususnya wanita Islam. Baju yang menutup aurat dengan sempurna dan bukan sekadar baju yang membukus badan.

Berkisah tentang baju.
Setiap daripada insan itu, sama ada lelaki mahupun perempuan pasti mempunyai baju. Baju yang dipakai untuk menutup segala rasa. Setiap daripada insan itu juga pasti mempunyai berpasang-pasang baju yang dipakai silih berganti. Walau sesusah manapun insan itu, pasti dia mempunyai baju untuk dipakai silih berganti dan bukan sekadar sehelai baju yang dipakai sepanjang tahun tanpa berganti. Kan?

Berkisah tentang baju.
Setiap insan yang bernama manusia memakai banyak baju. Baju yang dipakai silih berganti. Baju sebagai anak. Baju sebagai pelajar. Baju sebagai ibu bapa. Baju sebagai guru. baju sebagai pendakwah. Baju sebagai usahawan dan banyak pelbagai lagi jenis baju. Dan baju yang menjadi asas segala baju adalah baju sebagai HAMBA ALLAH. Baju sebagai hamba ilahi adalah asas kita dalam kehidupan ini.

Hakikat kehidupan, walau apa pun jenis baju yang kita pakai. Baju yang menjadi asas dalam kehidupan berTuhan adalah baju kepada Ilah kita, iaitu baju sebagai Hamba Allah. Menjadi insan yang produktif memberi kita peluang juga ruang untuk memakai pelbagai jenis baju. Itulah hakikat kehidupan insan.

Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada aku, kamu dan kita HambaNya agar terus kuat dalam mengharungi mehna hidup di dunia yang memungkinkan baju-baju itu menjadi kotor. Allahuakhbar!

p/s: jom cuci baju ^^

Teratak Ilmu,
Puncak Sierra,
09/10/2013,
08:48 a.m.

sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Wednesday, 9 October 2013

Isteriku, I Love you



Rasulullah SAW bersabda, “Maka pilihlah wanita yang taat beragama, sebab jika tidak, tanganmu pasti berlumuran dengan debu (kehinaan).”
Setiap bangunan – apapun bentuknya – pasti memerlukan asas untuk menegakkannya. Dan asas utama untuk membina keluarga Islami adalah taqwa. Tanpa nilai-nilai taqwa, bangunan keluarga Islami akan rapuh, nuansa kehidupan berkeluarga yang dibina akan suram dan keruh, serta tidak akan dinaungi kebahagian.
Taqwa adalah tiang asas untuk menegakkan nilai-nilai luhur kehidupan berkeluarga. Ia menjernihkan hati dan menyucikan jiwa pasangan suami isteri dan anak-anak mereka. Ia melahirkan pencerahan sehingga setiap pasangan suami isteri dan anggota keluarga lainnya mengerti hak dan kewajiban. Taqwa akan melapangkan hati dan fikir anggota keluarga, sehingga semua gesekan (permasalahan) dapat diselesaikan dengan fikiran yang jernih dan jiwa yang lapang.
Rasulullah SAW menganjukan kepada setiap pemuda muslim untuk memilih pasangan hidup yang memiliki rasa takut kepada Allah (taqwallah). Sebab, laku ketaqwaan adalah cermin nyata sikap beragama dan ketaatan dalam beribadah. Seorang isteri yang bertaqwa, lisannya selalu digunakan untuk berzikir kepada Allah dan membincangkan ilmu-ilmu Allah. Dia berjiwa pemaaf dan menjauhi segala permusuhan. Dia juga senatiasa menjaga penglihatannya daripada hal-hal yang dilarang Allah.
Rasulullah SAW bersabda, “Jika telah datang kepada kalian seseorang pelamar yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia dengan puteri kalian. Jikalau kalian tidak melakukannya, akan terjadi fitnah diatas muka bumi dan kerosakan yang besar.”

Sumber: Isteriku, I love you
p/s: membina keluarga bahagia, impian setiap insan.

sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Thursday, 19 September 2013

Nikmat Usia

usia semakin singkat

Alhamdulillah. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Selawat dan salam buat junjungan mulia, Baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sekalian sahabat.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Segala puja dan puji bagi Allah, Dzat yang menciptakan segala-galanya.

19 September. Satu angka yang sangat memberi makna buat diri aku sendiri dan juga buat mama yang melahirkan aku. Hari lahir aku.

Alhamdulillah, hari ini usia aku genap 22 tahun. Satu angka yang memberi makna dewasa buat aku. Aku sangat bersyukur kerana Allah masih memberi ruang dan juga peluang buat aku di dunia ni. Ajal itu rahsia Allah kan? 

Pada aku, angka 22 itu sudah cukup matang untuk aku menentukan hala tuju aku. Kenapa aku dilahirkan di dunia ni? kenapa aku ada di sini? kenapa aku dan kenapa? Semua jawapan itu ada dalam diri aku sendiri. Hidup adalah satu proses. Satu perjalanan. Satu kembara. Setiap satu perjalanan yang dilalui akan menjadi pengalaman yang mebantu dalam proses kematangan. Segala proses yang dilalui adalah atas usaha dan doa, dan Allah juga yang menentukan segalanya. Sebagai hamba, aku akan terus melalui kembara ini. Sehingga tiba saatnya aku berhenti.

22 tahun yang lampau, aku hanya seorang anak kecil. Cepatnya usia berlalu. Kadang terlintas dibenak, aku sudah besar. Tapi, aku rindu dengan zaman kanak-kanak, saat bermain lumpur dan hujan. Zaman remaja yang penuh dengan kedhaifan dan pencarian. Huh! Semua itu tinggal memori. Kini, aku sudah besar. Alhamdulillah.

Sungguh, aku sangat bersyukur atas nikmat agamaku. Bersyukur atas nikmat keluarga dan saudara. Juga bersyukur atas nikmatnya hidup sebagai muslim, walau hakikatnya aku seorang yang jahil dan hina. Semoga Allah memberi aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi hari-hari yang mendatang, InsyaAllah. 

Walau usia itu semakin meningkat, aku tetap takut dengan hari mendatang. Kuatkah aku untuk berhadapan dengannya? Mampukah aku menjadi wanita dan anak yang solehah? Mampukah aku untuk melangkah ke alam rumah tangga kelak? Mampukah aku menjadi Isteri dan ibu? InsyaAllah. Allah ada.

Segala yang sudah dilalui sama ada suka atau duka adalah nikmat terbaik Allah beri buat aku. Membuatkan aku masih kuat dalam mengharungi mehna hidup ini. Membuatkan aku terus yakin dan percaya bahawa DIA sentiasa ada buat aku. DIA adalah Tuhanku untuk aku sujud kepadaNya, untuk aku rindu dan untuk aku sayang serta segala-galanya adalah untuknya. Untuk DIA yang selalu dihati. Allahurabbi.

Alhamdulillah atas nikmat usia ini ya Allah..

teratak usang,
tmn putera jaya,
19 September 2013
21:54


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Monday, 12 August 2013

Saya Tidak Cantik

awan, andai dapat kucapai . .


Saya tahu saya tidak cantik.
Tapi, walaupun saya tidak cantik, 

saya tetap ada kelebihan.

Kerana saya tidak cantik,
saya tidak jadi korban
gangguan lelaki-lelaki
yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik,
saya dapat pelihara diri saya 

daripada pandangan bernafsu 
lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik,
saya selamat daripada
menjadi senjata iblis
mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik,
saya tidak mendapat fitnah
dan cemburu daripada
wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik,
saya tidak mengharapkan pujian 

daripada mana- mana lelaki dan wanita.

Kerana saya tahu.

Saya tidak cantik pada
pandangan manusia.

Maka saya akan
berusaha agar kelihatan
cantik pada ALLAH.
Kerana bukan kecantikan
dunia yang saya kejar.

Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak.
InsyaAllah.


Wahai Sahabat ku . .
Tidak Mengapa kita tidak cantik di pandangan Manusia.
Namun InsyaAllah kita cantik di pandangan yg maha Esa.

Pss: Allah tidak menilai hambaNya melalui paras rupa, tetapi yang membezakan kita hanyalah TAQWA.


teratak usang, Tmn Putera Jaya
5 Syawal 1434H / 12 Ogos 2013
4:44 p.m.

sumber: Muka Buku Ijul Tojid

sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Saturday, 10 August 2013

Ramadhan yang pergi..

insan yang dicintai kerana Allah - Hj Nurdin Bin Kasim


Bismillahirrahmanirrahim,
Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan yang satu dan bitara. Selawat dan salam buat junjungan mulia, baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat. Assalamualaikum wbk.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,
Semoga Allah swt menerima amal ibadah aku dan kamu, insyaAllah.
Ramadhan, bulan yang dijanjikan sejuta rahmat didalamnya.
Ramadhan, setiap nafas yang berhembus adalah tasbih kepadaNya.
Ramadhan, yang didalamnya ada Lailatu Qadr.
Ramadhan, bulan yang penuh dengan tarbiah.

Kini, Ramadhan 1434H sudah pun berlalu. Pergi meninggalkan aku, kamu dan kita, sekalian manusia. Doaku, semoga Allah memberi kita ruang dan peluang lagi untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang, insyaAllah. Ramadhan, bulan tarbiah buat kita. Semoga tarbiah sebulan dalam bulan Ramadhan mampu menjadi bekal buat kita sepanjang 11 bulan yang mendatang. Ramadhan sebagai platform untuk diri kita melakukan anjakan yang baru. Semoga momentum dalam Ramadhan tidak habis pabila tibanya Syawal.

Rindu. Sangat rindu dengan Ramadhan. Namun, menjadi fitrah dalam kehidupan, setiap pertemuan akan ada perpisahan. Ramadhan telah pun berlalu, Syawal menjelang tiba. Salam aidil fitri buat sekalian manusia, muslimin dan muslimat. Semoga Allah menerima Ibadah aku dan kamu agar kita kekal kuat melawan syaitan dan nafsu diri, insyAllah. Maaf atas segala dosa dan khilaf insan lemah ini.


Pss: Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.. berhati-hati dijalan raya..

Teratak usang
Tmn putera jaya
10/08/2013 
3 Syawal 1434H
5:59 pm

sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Thursday, 1 August 2013

Aurat Yang Bertebaran

Hidup hanya sebuah pelayaran yang akan berakhir . .

Wahai para pemilik surat khabar . .
Wahai pemilik stesyen televisyen . .
Wahai pemilik portal berita online . .
Wahai para produser dan sutradara . .
Wahai para pemilik penerbitan . .
Wahai para usahawan . .
Wahai para pegawai yang bersenang-lenang . .

Tidak cukupkah yang anda perolehi?
Sentiasa anda dengan bersungguh-sungguh
Mengorbankan benih-benih generasi
Yang tidak tercemar?

Tidak cukupkah kemewahan yang anda kecapi?
Sehingga anda bersungguh-sungguh
Memperlakukan perempuan sebagai barang dagangan?

Tidak cukupkah jongkongan emas yang anda simpan?
Sehingga dengan bersungguh-sungguh anda
Menghalalkan kemaksiatan?

Tidak cukupkah rasa malu anda pada TUHAN?


Dari Abu Hurairah RA, bahawasannya
Rasulullah saw bersabda:
“barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk maka ia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang mengikutinya tanpa dikurangi walau sedikit pahala mereka. Barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka ia turut berdosa sebagaimana dosa orang yang mengikutinya tanpa dikurangi dosa mereka walau sedikit”

(HR. MUSLIM)

Pss: Semoga Allah terus memberi hidayah dan InayahNya kepada kita, insan yang lemah.. InsyaAllah

Teratak Ilmu, Puncak Sierra
23 Ramadhan 1434H / 01 Ogos 2013
10:56 a.m.

sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Sunday, 14 July 2013

Muslimah Itu . .



Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.
Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.
Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.
Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.

Teratak Kaseh
Tmn Putera Jaya, Sabah.

Pss: InsyaAllah, semoga kami terus kuat menjadi muslimah sejati, insyaAllah

sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Ramadhan Kareem 1434H


Assalamaualaikum wbk.

Alhamdulillah, segala puja & puji bagi Allah SWT, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sekalian sahabat baginda.

Ramadahan kareem, sudah masuk hari yang ke-5, Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah, masih memberi ruang juga peluang buat aku dan kita senua. Besar harapan Ramadhan tahun ni. Semoga harapan tidak tinggal harapan sahaja. Tapi, seiring dengan langkah dan usaha, InsyaAllah. 

Semoga niat aku betul keranaNya, insyaAllah. Semoga Allah menerima taubat aku, juga taubat keluarga dan semua saudara seakidah denganku, insyaAllah. AllahummaAmin..


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Sunday, 3 March 2013

Pernahkah kita bertanya?

from: facebook


Bismillahirrahmanirrahim..

Alahamdulillah, segala puja & puji bagi Allah, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat dan salam buat junjungan mulia, baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sekalian sahabat baginda.

Kini, Negeri Sabah dilanda masalah, semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran buat semua warga Sabahan dalam menghadapi masalah ini, insyaALLAH..

Sekian lama mendiamkan diri, jadi hari ini dan diruangan ini aku nak berkongsi sedikit kata-kata yang membuatkan aku berfikir. Setiap perkara yang terjadi bukan sahaja pada diri kita tetapi juga kepada semua di sekeliling kita sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri dalam menanganinya. Mungkin dengan cara penyelesaian masalah atau mungkin dengan lari dari masalah? Setiap yang berjiwa, iaitu manusia tidak akan pernah lari dari masalah.

Jadi, pernahkah kita bertanya?

Pernahkah kita bertanya?
Kenapa ada yang hidup bahagia walaupun hidup dalam kemiskinan namun anak-anak mereka menjadi insan yang berjaya, malah ketenangan terpancar pada wajah mereka?

Pernahkah kita bertanya?
Kenapa pula ada yang hidup dalam kemewahan namun berada dalam keadaan yang sedih dan tertekan serta anak-anak mereka menjadi sampah masyarakat?

Pernahkah kita bertanya?
Kenapa ada pasangan suami isteri yang hidup bahagia hingga ke akhir hayat mereka?

Pernahkah kita bertanya?
Kenapa ada pasangan yang baru berkahwin tidak sampai setahun, sudah bergaduh dan bercerai-berai?

Pernahkah kita bertanya?
Kenapa ada yang kehidupannya susah, tetapi sentiasa gembira?

Pernahkah kita bertanya?
Kenapa ada yang sakit, tetapi sentiasa bersyukur kepada ALLAH s.w.t ?

Pernahkah kita bertanya?
Kenapa ada yang sudah muflis, tetapi masih bersemangat juang?

JAWAPANNYA,
Semua ini berpunca daripada cara kita mentafsir (persepsi minda) setiap kejadian atau masalah yang melanda kita...

“maka sesungguhnya beserta kesukaran ada kemudahan, sesungguhnya beserta kesukaran ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai dari satu urusan, maka kerjakanlah urusan yang lain dengan bersungguh-sungguh dan hanya pada Allah hendaklah engkau mengharap”  (al-insyirah : 5-8)

Allah S.W.T menekankan dua ayat yang sama dalam surah ini..
                            
“dengan kesukaran, ada kemudahan”


Kita manusia tidak akan pernah lepas daripada masalah. Jadikan masalah yang mendatang sebagai batu loncatan untuk kita menjadi manusia yang lebih baik, insyaALLAH.

“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”


Rujukan: aku cinta masalah ^^


p/s: perkongsian buat diri dan sekalian sahabat. Semoga kita terus kuat dalam menangani segala masalah yang mendatang, isnyaALLAH.. ya Rabbi, selamatkan bimi bayu, lindungi kami dari segala mara bahaya.. Ameen..


Puncak Sierra,
3/3/2013
21:55



sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Sunday, 23 December 2012

Muslimah




Oh muslimah

Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah

Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

SubhanAllah

Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah

Kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah

Memandangmu menyejuk hati
Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah

Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
Dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah

Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah

Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati


Tajuk Nasyid : Muslimah

Artis : Nazrey Johani
Album : Permata Hati


p/s: Subhanallah..Bait-bait kata yang penuh makna. Semoga diri kita terus istiqamah dalam setiap kebaikan, insyaALLAH.



sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Thursday, 20 December 2012

Berubah

hijrah : antara hari ini dan semalam



Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InsyaAllah.

by: ShauqiAzmi.blogspot.com

p/s: Changing for good is not a crime! Berubah menjadi yang lebih baik buat diri sendiri!


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Wednesday, 19 December 2012

Kisah Katak & Siput


Daripada Allah kita datang, dan kepadaNya jua kita kembali

Assalamualaikum wbk. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana masih memberi ruang dan peluang buat diri bernafas di dunia. Selawat dan salam buat junjungan mulia baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sekalian sahabat..

Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak. Suatu hari, katak yg kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput:
"Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga kamu begitu membenci saya?"

Siput menjawab: "Kalian kaum katak mempunyai empat kaki dan boleh melompat ke sana ke mari, tapi saya mesti membawa cangkang yang berat ini, merangkak di tanah. Jadi saya rasa sangat sedih dan iri dengan kamu."

Katak menjawab: "Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing², hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak)."

Dan seketika, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cangkang, sedangkan katak menjadi mangsa helang...

Akhirnya siput baru sadar.Ternyata cangkang yg di milikinya bukan merupakan suatu beban, tetapi adalah kelebihannya.

Begitulah juga dengan kita manusia.  Nikmatilah kehidupan yang telah diberikan kepada kita, tidak perlu dibandingkan dengan orang lain. Allah memberi kita nikmat hidup selayaknya dengan apa yang mampu untuk kita. Tidak perlu memandang mereka yang berada diatas kita. Tapi, pandanglah kepada mereka yang berada di bawah kita. Apakah nikmat yang Allah beri buat kita itu sangat sedikit? Tidak! Kerana diri kitalah yang tidak pernah puas. Keirian hati kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan. Malah, hati akan selalu merusuh dan tidak tenan.

Rezeki tidak selalu berupa emas, bukan juga permata atau wang ringgit yang banyak. Malah bukan juga dengan tinggal di rumah mewah dan berkereta import. Tetapi..

“Kerana bukan kebahagiaan yang menjadikan kita berSYUKUR tetapi dengan berSYUKURlah yg menjadikan kita bahagia.”

Semoga terus bersemangat dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan ujian Allah buat kita. Pesanan buat diri sendiri dan sekalian sahabat.

Mari menjadi Hamba Ilahi.
19/12/2012 ; 12:39
Teratak using, Putera Jaya


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Wednesday, 31 October 2012

Nikmat Allah



Assalamualaikum wbk.. Alhamdulillah, segala puja dan puji bagi ALLH SWT, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sekalian sahabat.

Sekian lama jari-jemari ini tidak menulis untuk berkongsi kata. Alhamdulillah, hari ni ALLAH bagi kekuatan buat insan lemah ini dalam menulis untuk memberi nasihat kepada diri sendiri khususnya kerana telinga yang mendengar itu sangat dekat dengan mulut yang berkata-kata dan samalah juga dengan tangan yang menaip itu sangat dekat dengan mata yang memandang.

Dulu aku seorang pelajar dan kini aku seorang pendidik. Perjuangan dalam mendidik bukan satu perkara yang sangat mudah. Ramai yang kata, jadi guru ni senang! Ajar budak A B C, 1 2 3 dan ا ب ت. Tapi hakikatnya menjadi guru dan pendidik ni adalah satu bidang kerja yang sangat mencabar. Menjentik emosi dan rohani. Kadang hati merungut kenapalah pelajar ni sangat degil dan nakal. Tapi itulah yang harus dihadapi. Perlukan semangat yang kuat dan perkara pertama yang perlu terlintas dihati sebelum bergerak ke sekolah ialah NIAT. “Ya ALLAH, ikhlaskanlah hatiku dalam mendidik anak-anak ini supaya mereka mendapat ilmu yang bermanfaat.”

Hari ini kita bersyukur, hari esok tambahkan kesyukran dengan nikmat pemberian ALLAH kerana itu sifat seorang hamba. Alhamdulillah, semoga diri ini terus diberi kekuatan dalam mendidik mereka menjadi insan yang bertakwa. Setrusnya dapat mencapai matlamat dalam melahirkan generasi Al-Quran, insyaALLAH..

p/s: semoga diri terus diberi kekuatan untuk menjadi murabbi..insyaALLAH..

Puncak Bukit, Bandar Sierra
4:24 pm
31/10/2012


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Thursday, 4 October 2012

Nilai Wanita



Assalamualaikum . .

Lelaki, yang menghormati wanita, ialah lelaki yang tahu nilai bagi seorang wanita. Nilai yang amat mahal, pastinya. Mahal yang bukan sebarangan mahal, kerana tiada wang yang mampu dibayar. Tiada emas yang mampu digadai. Bahkan tiada angka yang boleh menjadi kira-kira, untuk menyukat nilai seorang wanita.

Kerana wanita itu, walaupun sering disamakan dengan 'lemah', tetapi ternyata Allah lebih mempercayai kekuatan jiwa seorang wanita. Kerana itu, sehebat atau segagah manapun lelaki, Allah tak jadikan mereka mengandung. Sebaliknya, wanita yang lemah inilah yang 9 bulan membawa zuriat kita, kesana kemari.

Nilai wanita, ialah syurga.

Maka, setiap wanita perlu merasakan diri mereka mahal juga! Semahal harga syurga. Adakah syurga itu boleh disewa beli?

Lelaki yang menghormati wanita, tak akan meminta yang bukan-bukan.

Tak akan meminta untuk keluar dating.
Tak akan meminta gambar.
Tak akan meminta no. telefon.
Dan tak akan meminta nak pegang tangan!

Wanita ialah mutiara, yang mempunyai penjaga.
Dan penjaga itu ialah ibubapanya.

Jika berkenan, gunakan saluran yang betul.

Wanita bukan macam kereta, ada 'test drive'.
Bukan juga macam pakain, ada 'fitting room' untuk mencuba-cuba.

Bukan juga tikus makmal, untuk eksperimen jiwa!

Lelaki yang menghormati akan melakukan sebagaimana selayaknya orang beriman belajar bercinta,

"Pak cik, saya berkenan dengan anak pak cik. Adakah dia masih belum berpunya?"

Heh. Ada bran?

Hormatilah wanita, kerna mereka ialah bakal ibu kepada anak-anak kita.



nukilan Iqbal Syarie

Sebagaimana kita tak mahu anak kita 'dicuri' nanti, maka kita pun janganlah mencuri anak orang, hari ini!

sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Tuesday, 10 April 2012

Get Busy Living





Every single day someone is born and some dies
It wasn’t long ago my uncle passed and my little niece came to life
I get to thinking about my time and go and it won’t be long from now
I shiver inside at the chance that I might leave a life untouched by a vow

And I believe tonight is the night that I decide
That I get busy living and I get ready to die
So that when the fateful day does come
When I’m six feet in the ground
The poor and the weak and the orphan and meek will miss having me around

When I pass I don’t want to leave a life of regret
So I give rise to change today by trying not to forget
That pleasures do pass and sunrises end and stars do fade away
But it’s love and it’s virtue and honor and truth that remain for all days

I want that final breath to be the sweetest of all
And it will be with certainty if I answer the call
To help all those in need and decipher the meaning of life
Cause the seekers of truth they fear not death any more than they fear life

And I believe tonight is the night that I decide
That I get busy living and I get ready to die
So that when the fateful day does come
When I’m six feet in the ground
The poor and the weak and the orphan and meek will miss having me around



sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..


p/s: Manusia lahir dan pergi.. apakah kita sudah bersedia

Tuesday, 6 March 2012

Dedikasi Cintaku


Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum wbk. Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat dan salam buat junjungan mulia, baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sekalian sahabat.

Syukur atas nikmat yang telah diberikanNya buat insan lemah ini, masih bernyawa di bumi Tuhan. Masih diberi peluang untuk terus bernafas dalam naungan cintaNya. Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam yang tiada tandingannya. Alhamdulillah.

Sekian lama tidak menulis, dan hari ini Allah beri kekuatan buat diri untuk menulis ungkapan cinta buat sekalian kekasih yang dirindu. Sungguh aku sangat rindu kepada mereka ini. Selama hampir tiga tahun bersama dalam perjuangan menuntut ilmu. Segala macam rasa yang telah dilalui. Rasa cinta, sayang, rindu, marah, geram dan pelbagai lagi.

Masih segar dalam ingatan, saat pertama kali kita semua bertemu. Rindu yang teramat kepada kalian, entah bila dapat bertemu kembali. Bersama mengharungi detik hidup sebagai mahasiswa. Bersama bergaduh, menangis bersama. Ya Rabb, kasihi mereka ini.

Kepada mereka yang dirindu dan dikasihi kerana ALLAH, ingin aku kongsi ungkapan lagu yang membuat aku teringat kepada kamu. Maafkan segala salah dan khilaf aku selama kita bersama. Janji dengan aku, ukwah yang kita bersama akan sentiasa kekal walau laut china selatan menjadi pemisah. Walau jauh beribu batu sekalipun, aku tidak pernah lupa kepada kamu.



Doa Rabitah (Doa Ikatan Hati) - Izzatul Islam

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…

p/s: kita tak perlu luah sesama kita, kerana kita tahu kita punya rasa.. Ana uhibbukumfillah


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..