Monday 29 March 2010

ayat KURSI

assalamualaikum w.b.k

FIRMAN Allah bermaksud: "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Keupayaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" (al-Baqarah: 255).

Ayat ini dikenali sebagai ayat Kursi, ayat yang paling agung dalam al-Quran, malah ia disebut sebagai penghulu bagi seluruh ayat al-Quran. Dari segi sejarahnya, ia diturunkan pada waktu malam. Pada ketika itu juga Nabi memanggil Zaid selaku penulis wahyu untuk menulisnya.

Dalam ayat yang pendek ini sebenarnya terkumpul sifat utama bagi Allah iaitu ketuhanan, keesaan, hidup, ilmu, memiliki kerajaan, kekuasaan dan kehendak.

Sesudah menegaskan mengenai keesaan-Nya, disusuli pula dengan menyebut dua sifat-Nya yang lain, iaitu hidup dan terus menerus mengurus makhluk-Nya.

Dengan demikian, manusia akan merasa aman dalam hidup serta tenang perasaannya kerana meyakini bahawa dia di dalam tangan Tuhan yang hidup, yang terus menerus mengurus serta mengawal jaga keadaan hamba-Nya.

Allah, Dia-lah Tuhan yang tunggal bagi segala makhluk. Oleh itu, tiada yang berhak disembah dalam kehidupan ini melainkan Dia. Segala apa yang ada di langit dan bumi adalah hamba dan milik-Nya. Semuanya tunduk di bawah kehendak dan kuasa-Nya, seperti firman Allah bermaksud: "Tidak seorang pun di langit dan bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan setiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri" (Maryam: 93-95).

Di antara tanda keagungan dan kebesaran Allah bahawa tiada seorang pun yang berani memberi pertolongan kepada seorang lain di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Firman Allah bermaksud: "Ketika datang hari itu, tidak seorang pun berbicara, melainkan dengan izin-Nya; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia" (Hud: 105).

Ilmu Allah amat luas, meliputi segala makhluk ciptaan-Nya, baik yang dahulu, sekarang dan akan datang, bahkan Allah mengetahui segala urusan dunia dan akhirat. Allah juga amat luas kerajaan dan kekuasaan-Nya, langit dan bumi seluruhnya di dalam genggaman-Nya.

Itulah ayat yang mengandungi kaedah pembentukan keimanan terhadap Allah. Dari sinilah terbina hala tuju pengabdian seseorang hanya kepada Allah.

Dengan demikian, tidaklah seorang manusia melainkan menjadi hamba, hanya kepada Allah, tidaklah dia menjuruskan pengabdiannya melainkan kepada Allah dan tidaklah dia menyerahkan ketaatannya melainkan kepada Allah.

Selain itu, ayat ini mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada pada ayat lain. Daripada kedudukannya dalam al-Quran, sabda nabi ketika ditanya oleh Abu Zar: "Ayat manakah yang diturunkan kepadamu yang paling agung?" Jawab baginda: "Ia adalah ayat Kursi" (riwayat Imam Ahmad, al-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi).

Daripada sudut keberkatannya di dunia, sabda Rasulullah: "Bacalah ayat Kursi kerana sesungguhnya ia mengawal jaga kamu, zuriat dan rumah tangga kamu sehingga bilik kecil di sekeliling rumahmu."

Dari segi keberkatannya dalam menghalau syaitan, sabda Rasulullah: "Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi ayat al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi" (riwayat al-Hakim).

Sabda Rasulullah: "Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat fardu, Allah akan memberikannya hati orang yang bersyukur, amalan orang yang membenarkan Allah, pahala nabi-nabi, melimpahkan rahmat-Nya dan tidak menghalangnya daripada masuk syurga melainkan kematian yang akan memasukkannya" (riwayat al-Nasai).


wassalam...

Saturday 27 March 2010

KLIBF"2010

ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah.. bersyukur kepada ALLAH SWT kerana masih berkesempatan untuk meng”up date” blog ini.. saya nak cerita tentang perjalanan saya dan kawan sepanjang menjelajah KLIBF 2010 atau Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC pada 21 Mac 2010 (Ahad). Ini pertama sekali saya perge ke tempat-tempat yang dibanjiri dengan manusia atau lebih sedap insane yang mencintai ilmu dan pertama sekali pergi ke KL sepanjang duduk kat semenanjung..huhuhu..

Saya bersama dengan 6 orang rakan bergerak dari Kolej KHAR seawal jam 8.30 pagi kami menunggu bas. Namun, bas lewat sampai, dalam jam 9.30 pagi baru samapai. Perjalanan dari Tanjung Malim ke KL mengambil masa selama 1 jam. Apa yang kami buat dalam bas? Semestinya tidur sebab perut lapar dan belum makan lagi..hehehehe..

Selepas samapai di Pudu Raya KL, kami menggu ketibaan 2 orang lagi kawan, iaitu kawan kepada kawan Sarah, iaitu Reena dan kawan Lee. Nama dia tak ingat..huhuhu… selepas itu baru bergerak ke PWTC menaiki LRT..tambang dari Plaza rakyat ke PWTC RM 1.20 je..hahhaaa..murah la juga..dalam 1o minit menaiki LRT kami tiba di station PWTC. Tapi kena jalan kaki lagi untuk ke Bangunan PWTC..tak lah jauh sanagat.. masa tiba kat PWTC tu…wahhhh..macam tak percaya..di banjiri dengan manusia..ramai sangat-sangat.

Sebelum kami mulakan pencarian buku, masing-masing pergi ke ATM untuk keluarkan duit..hehehhee..lepas itu, kami masu ke gerai karang kraft. Ini lah tempat pertama yang kami jelajahi. Kami berkampung kat dalam karang kraf dalam masa 1 jam 30 minit juga kerana kat dalam nil ah banyak novel-novel cinta..huhuhu..kawan-kawan saya semua ambil banyak terutamanya Aina dan Jeje, Siti pun tidak terkecuali.. saya beli 2 buku jak kat sini..heehehe..masa kat dalam gerai nil ah kami terpisah. Sarah dan Reena tak tahu sudah ke mana, Lee dan kawan dia pun sama. Yang tinggal kami berlima saja Dila, siti, Aina, Syuki dan Jeje. Tempat ni ramai sanagt orang terutamanya golongan gadis-gadis yang suka kan novel termasuk saya la..huhuhuuu.. yang best nya kat gerai ni, ramai penulis novel yang datang, antaranya Anis Ayuni. Siti suka sangat denga penulis ni. Siap ambil tanda tangan lagi. syuki pun sama..hehheehe..

Habis jelajah kat karang kraf, kami pun keluar sebab ramai sangat orang yang berpusu-pusu keluar masuk. Tahan, kami pun mencari gerai PTS. Tempat utama yang saya nak tuju, sebaba nak cari novel Sakinah, kompas Cibta, kala cinta dan wahyu bersatu dan mengintai cinta khalifah karya A.Ubaidillah.. susahnya nak jumpa PTs ni, buka peta lokasi pun tak dapat juga. Kami pun naik kat Hall 3, kat sini banyak sangat promosi tentang Lingua Franca Phone..jahat la dia orang ni..kita tk nak pun kena paksa juga..huhu!! Jeje marah sudah masa ni sebab promoter tu tahan tarik tangan dan tahan dia. Apa nak jadi?? Hilang mood sekejap. Tapi, lepas tu.. kami singgah kat gerai ujang..tempat ni best..sebab promoter dia sporting dan baik. Aina dan Jeje pun beli majalah ujang, masing-masing RM 5 sekali dengan bakul, CD dan 2 majalah. Aina dapat 4, abang tu bagi percuma, dia kata jangan “bagi taw orang lain..hahhaa”..best ka..mood pun kembali semula..hehehhehee..lepas tu, keluar lagi mencari PTS..jalan punya jalan….

Akhirya, jumpa dengan seorang pak cik. Dia yang tunjuk jalan..(terima kasih pak cik)..rupa-rupanya gerai PTS kat bangunan sebelah.kena keluar dan naik jembatan merentas sungai..(jauh juga ni).. Alhamdulillah.. akhirnya jumpa juga PTS..huh!! penatnya mencari novel ni..jumpa juga(gumbiranya hatiku)hehhee..dapat diskaun pula tu…bestnya..hahhaaha.. kawan-kawan yang lain sudah penat dan kami pun duduk berkampung kat depan pintu masuk gerai PTS..hehhee.. Siti mula baca novel sudah masa ni. Yang bestnya kat PTS ni, Sarah, Reena dan Lee (kawan Lee sudah balik) jumpa semula dengan kami… hhahaaa

Masa duduk berkampung, kami jumpa dengan seorang abang (tak tahu nama dia).. dia nak minta tolong dengan kami untuk isi borang soal selidik tentang KLIBF.. syuki dan jeje yang jawab boring tu.. sempat juga cerita dengan abang ni..dia dari UM kursus Mascom, tapi habis belajar sudah katanya, Cuma tolong pensyarah buat kajian..hhehehee..hah, tepat jam 2.30 petang kami pun gerak untuk pergi solat zohor.. makan pun tak lagi..

Habis solat zohor dalam jam 3 petang kami pergi lagi mencari buku.. sebebarnya nak cari buku Langit Ilahi 2, karya Hilal Asyraf “kembara hamba mencari cahaya” buku ni jual kat gerai galeri ilmu.. gerai ni tak susah nak cari sebab dekat dengan ATM.. lepas beli buku ni.. kami pun keluar dari PWTC..boleh pula sesat masa mencari jalan keluar…wahhh..malunya..hehehee..sebab sudah kebuluran ni...tapi, kami sempat lagi bergamabar dengan kumpulan nasyid INTEAM..hhahaa…bestnya dapat jumpa INTEAM..

Sekitar jam 4.30 petang kami keluar dari PWTC dan pergi ke shopping mall kat depan PWTC untuk makan..mencari kedai makan punkena pusing juga..akhirnya KFC juga yang menjadi pilihan..huhuh!!..kebuluran melanda, sempat pula marah kat pekerja tu sebab salah,,hehehe..sabar ya Dial.. kami pun makan..masa makan, ada pula iklan, ada seorang juru jual minyak wangi yang buat promotion dengan kami..tak faham pun apa yang dia cakap sebab laju sangat..hehehe..tak apa, layan ja…habis makan sekitar 5.30 petang dan bergerak pula mencari surau untuk solat asar. Habis solat kami sempat lagi bergambar-gambar..heheee..keluar dari shopping mall..wahhh hujan..payung ada 1 ja, apa boleh buat..kami pun redah hujan untuk pergi ke LRT station..hehehe..nasib baik tak lebat sangat..hujan rahmat..lepas itu, kami naik LRT pergi jalan masjid Jamek menuju ke Masjid Jamek(betul ka?). Sementara menunggu waktu maghrib kami pun berlegar-legar di kawasan masjid Jamek, di situ ada pasar malam, cuci mata je la. Selapas solat maghrib, kami bergerak pula ke Jalan Hang Tuah untuk pergi ke Times Square (TS). Aina dengan Jeje yang nak explore ke sini. Kami pun ikut je la..jalan kaki pula pergi TS dari Jalan Hang Tuah, kira jauh juga. Hujan lagi membasahi kami..wahhh..samapai TS pergilah mencari barang yang nak di beli.

Tepat jam 9.20 kami keluar dari TS dan beli tiket monorel untuk balik ke Jalan Hang Tuah dan ambil LRT untuk pergi ke Plaza Rakyat dan jalan ke Pudu Raya untuk pulang ke Tanjung Malim. Apa yang seronok masa nak naik monorel ni, ya ALLAH boleh pula tahan pintu monorel tu supaya Jeje dengan Lee tidak tertinggal. Jadi, kami pun kena “sound” oleh driver monorel 2. Semua prang yang ada kat dalam tu gelakkan kami..malaunya.. apa boleh buat, benda sudah jadi. Lepas tu kami pun balik ke Tanjung Malim, bas pula bergerak jam 10 malam, satu jam perjalanan dari KL ke Tanjung Malim kami isi dengan tidur…hahhaa..sampai kolej kami tidak balik dulu, tapi singgah pula kat santai untuk makan malam. Habis makan, bersurailah kami.

ôJysø9$# ¬! Å_Uu šúüÏJn=»yèø9$#

Pengembaraan hari itu meniggalkan 1001 pengalaman dan pengajaran kepada semua. Semoga ALLAH SWT redha..

..TAMAT..

Thursday 18 March 2010

menangis lagi


dalam sujud terakhir solat.
diri menangis lagi ..
tatkala dugaan menimpa diri ..
menangis terasa berat menerima dugaan ..
namun diri akui lumrah kehidupan ..
arah kejayaan dan keberhasilan ..

menangis ..
dan menangis lagi ..
jiwa halus semakin dirasakan ..
persis selembut bayu mendayu ..
tika jiwa semakin kelam ..
hati syahdu mata menagalirkan air mata ..
terasa panas air mata bercucuran ..
bukan dipaksa ..
tapi sendiri begitu ..
diri menangis tanda syukur ..

apabila masanya ..
akur lagi dugaan masih ada ..
diri usaha tandanya sabar ..
paling utama adalah ujian ALLAH ..
Hamba Redha ketentuan ILAHI..
ALLAH menguji kita ..
ya Rahman ..
ya Rahim ..

syukur padaMU ya RABB ..
air mata menalir lagi ..

aku insan lemah

Friday 5 March 2010

ibu bapa derhaka

assalamualaikum...
segala puji bagi ALLAH yang teleh menghidupkan insan yang lemah ini..
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W keluarga dan para sahabat..

Seringkali kita mendengar tentang masalah anak derhaka terhadap orang tuanya..
tapi, jarang kita dengar tentang penderhakaan ibu bapa kepada anak-anaknya..
hal, tidak lah bermaksud saya merendahkan martabat insan yang bergelar ibu bapa..
tapi, jika kita renung kembali.. banyak tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya diabaikan..
kita renung sejenak.. kenapa ramai anak muda kita hari ini terlibat dengan masala sosial?
bukankah pendidikan itu bermula dari rumah lagi?
namun, kita tidak boleh menunding jari terhadap ibu bapa sepenuhnya..
kerana Hidayah itu milik ALLAH..

nak dengar kisah tak? (sepa nak jawab...)

seorang ayah datang kepada Saidina Umar Bin Al Khatta r.a., untuk mengadu tentang kederhakaan anak lelakinya. lalu, Saidina Umar pun memanggil si anak dan menasihatinya bahawa anak wajib taat kepada orang tuanya serta tidak mengabaikan hak-haknya...
lalu, anak itu pun menjawab

"Wahai Amirul Mukminin, bukankah seorang anak itu mempunyai hak terhadap orang tuanya ?"
"sudah tentu" jawab Umar r.a.

"apa hak tersebut, wahai amirul mukminin?" tanya si anak..

"Bahawa bapanya wajib memilih ibu yang baik baginya, memberikan nama yang baik kepadanya seta mengajarkan Al-Quran kepadanya" jawab Umar r.a..

"wahai Amirul Mukminin, bapaku tidak melakukan itu semua untukku. Ibuku adalah seorang majusi (penyembah api). dia memberiku nama Ju'al (yang bertemu kotoran kumbang) dan tidak mengajarkan kepadaku satu pun ayat daripada Al-Quran"

kemudian, Umar r.a. menoleh ke arah bapa anak tersebut dan berkata..

"engkau datang kepadaku untuk mengadu kederhakaan anakmu, padahal engkau terdahulu gagal melaksanakan tanggungjawabmu kepadanya dan engkau dahulu derhaka kepadanya. engkau telah melakukan kesalahan besar sebelum dia melakukan kesalahan kepadamu"

nah..melalui kisah di atas..dapat kita ambil ikhtibar bahawa anak adalah amanah ALLAH S.W.T kepada insan yang bergelar ibu bapa..amanah ini akan dipersoalkan nanti..apa yang kita sebagai ibu bapa (masa akan datang) akan jawab jika amanah ini tidak dilaksanakan denga baik..
Rasulullah SAW bersabda, cukuplah seseorang itu dianggap bedoasa jika dia mensia-siakan orang yang sepatutnya dinafkahinya" riwayat Abdullah Ibn Umar..

Imam al ghazali mengingatkan bahawa anak-anak merupakan amanah kepada ibu bapa. hatinya yang bersih lagi sucu tanpa ukiran dan gambar. dia sedia diukir dan cenderung kepada apa sahaja yang mempengaruhinya. jika dia di asah dan diajarkan dengan kebaikan, maka akan tumbuhkah ia menjadi insan yang baik..jika tidak..wallahualam..

Oleh itu, kita sebagai pendidik, ibu bapa (insyaALLAH) mestilah berusaha mendidik anak-anak kita dengan menerapkan ajaran islam yang telah dia ajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita.lmu keimanan (fardhu ain) yang ada dalam hati perlu diterjemahkan dalam bentuk perlakuan dan perwatakan dalam kehidupan..
insyaALLAH..

bahan rujukan : SOLUSI edisi 16

Aku Perlukan Kekuatan

Ya Allahu Ya Aziz,

Aku hambamu yang lemah,
Hati ini memerlukan kekuatan,
Untuk menghadapi sisa-sisa hidup,
Yang sukar dibatasi,
Kerna kemodenan arus duniawi,
Yang semakin hapus kearah ukhrawi.

Ya Allahu Ya Malik,
Pohon ku di dunia ini,
Kuatkan semangat hambamu yang beriman,
Dalam mengatur langkah di dunia ini,
Agar mereka menjadi contoh,
Teladan kepada setiap insan,
Yang menghampiri kelalaian terhadapMu.

Ya Allahu Ya Qahhar,
Kuatkan hati setiap muslim didunia ini,
Teguhkanlah iman mereka,
Agar mereka terus menerus memujiMu,
Izinkan mereka mendapat hidayahMu,
Sebenar-benar hidayah.
Penuhilah hati para muslim,
Dengan limpahan hidayah mu yang agung,
Agar mereka dapat memujiMu Ya Allah.

Ya Allahu Ya Hafiz,
Peliharalah hati kami ini,
Agar tidak dilimpahi dengan maksiat,
Peliharalah hati kami dari segala noda dunia,
Limpahilah hati kami dengan iman,
Peliharalah kami dari kesesatan dunia,
Yang dipenuhi segala mara bahaya.

Ya Allahu Ya Mujib,
Kabulkanlah permintaan hambaMu ini,
Agar kami semua dilimpahi nur iman Mu,
Pimpinlah kami kejalan yang diredhaiMu.

Isikan hati kami dengan kebaikan agamaMu,
Lembutkan lidah kami untuk memujiMu,
Indahkanlah mata kami melihat ciptaanMu,
Maniskan mulut kami ketika menikmati rezekiMu,
Gagahkanlah kaki kami ketika berjalan untuk keredhaanMu,
Merdukanlah telinga kami ketika mendengar ayat-ayatMu,
Sinarilah kehidupan kami dengan nur iman Mu,
Bersihkan hati kami untuk menggapai redhaMu.

Berilah kekuatan untuk hambaMu ini,

Untuk meneruskan perjuangan ini,
Demi kemuliaan agamaMu Ya Allah.