Saturday 30 April 2011

Kebersihan

image by flickr

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbk..
Alhamdulillah, Alhamdulillah, alhamdullillah..

Syukur atas rahmat ILAHI kerana masih memberi ruang dan peluang buat insan lemah ini untuk terus bernafas di bumi fana ni. InsyaALLAH, esok 01 Mei 2011, aku akan bertolak dari Tanjong Malim ke LCCT dan akan terbang ke KK. Semoga perjalanan ni mendapat redhaNYA. Doakan insan lemah ini semoga selamat pergi dan balik ^^, insyaALLAH..

Nak berkisah tentang kebersihan sebenarnya. Bila diri dan persekitaran bersih, insyaALLAH rohani juga akan bersih. Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri” (QS. Al-Baqarah: 222)

Nah! Allah sangat sayang kepada hamabaNYA yang bersih lagi suci. Jadi sebagai manusia yang normal kita memang akan suka dengan kebersihan. Jadi, di hujung semester ni, semua orang sibuk kemas barang, masuk kat dalam kotak dan kemudian punggah barang simpan kata mana-mana. Aku pun macam tu juga, lepas habis exam hari tu, terus kemas barang dan simpan. Masa mengemas ni banyak sangat-sangat sampah yang ada. So, kena lah buang dan bersihkan.

Selain itu, rumah juga kena kosongkan. Nak kosongkan rumah kena bersihkan dulu kalau tak nanti kena saman dengan pihak kolej. Setiap semester pun buat perkara yang sama. Hujung sem je kena kemas dan punggah barang. Biasalah, lumrah hidup pelajar yang duduk kat kolej kediaman. Memandangkan aku dan roommate aku orang terakhir yang balik, kami kena bersihkan rumah. Alhamdulillah, sampai berkilat rumah tu. Rasa rindu la pulak.

Islam adalah Agama yang sempurna dan tiada taranya, yang menyentuh semua aspek dalam kehidupan manusia termasuk kebersihan. Kebersihan meruapakan aspek penting dalam Islam, Rasulullah SAW bersabda;

“kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim).

Berdasarkan keterangan di atas dapatlah difahami bahawa kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman ialah menjaga kebersihan sama ada dirinya dan perkara berhubungan dirinya seperti rumah, bilik, halaman rumah dan juga tempat belajar.

Orang menjaga kebersihan sewajarnya mendapat perhatian Allah dan diberi rahmat selayaknya.
Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Ia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.” (Riwayat Al Bazzar).

Justeru menjaga kebersihan merupakan perkara yang sangat penting dan perlu ada dalam diri setiap muslim

p/s: Jom sama-sama jaga kebersihan..^^

Belajarlah menulis di atas pasir

lembutkan hati memberi kemaafan ^^


Assalamualaikum wbk..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. .
Segala puja dan puji bagi ALLAH, Tuhan yang satu. Pemilik cinta Agungku, yang maha kuasa atas segalanya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat serta sekalian anbiya.

Alhamdulillah, dalam penulisan ni aku nak kongsi satu cerita yang pada aku sangat baik untuk dijadikan teladan buat diri kita. Hakikatnya manusia sangat sukar untuk memberi kemaafan, begitu juga dengan diri aku. Sekali aku terluka, aku akan ingat sampai bila-bila, aku pernah pegang kata-kata ni. Tapi, aku sering lupa, ALLAH maha pengampun dan pemaaf, jadi sebagai hambaNYA, aku dan kita perlu  ada sikap memberi kemaafan. Kata oranag putih, just forgive and forget. insyaALLAH, hidup akan tenteram. Semoga aku dan kalian akan diberi kekuatan untuk terus memberi kemaafan, menerima kemaafan dan juga memohon maaf. Maafkan aku..

Kisah bermula . . .

DUA orang sahabat karib sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. A dan B. Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya. B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas. Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir : Hari ini, sahabat baik ku telah menampar mukaku. Kemudian mereka menruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.
Dalam asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A. Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu : Hari ini,sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.
A bertanya: “kenapa setelah aku melukai hatimu,kau menulis di atas pasir. Dan sekarang,kenapa pula kau menulis di atas batu? Sambil tersenyum, B berkata : :“ketika seorang sahabat melukai kita,kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskn tulisan itu. Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi,kita harus memahatnya di atas batu hati kita,agar tidak hilang ditiup sang bayu.”
Moral cerita, dalam kehidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza-beza. Oleh itu,cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. Belajarlah menulis di atas pasir.
Seperti jua kata para hukamak- “Lupakanlah kesilapan yang dilakukan oleh orang lain kpd kita,tetapi ingatlah kebaikan orang kepada kita,lupakanlah kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain,tetapi ingatlah kesilapan dan keburukan yang kita lakukan kepada orang lain..” kerana hidup ini terlalu singkat untuk kita tidak melakukan kebaikan dan memaafkan kesilapan insan lain..kerana setiap makhluk akan kembali kepadaNya. Wallahualam.
sumber: Kalam LPS UPSI

p/s: lupakan perbuatan buruk orang lain pada kita, tapi kenanglah kebaikkan orang lain pada kita ^^

Friday 29 April 2011

cuti dan mati..

hidup hanya sekali, gunakan dijalan yang ALLAH redha..

Assalamualaiku wbk
Bismillahirahmanirahim.. alhamdulillah, Alhamdulillah, alhamdulillah...

Syukur atas rahmat ILAHI yang masih memberi ruang dan peluang kepada insan lemah ni untuk bernafas di bumi fana ini. Sekian lama tiadak membuat sebarang entry di dalam blog ni. Alhamdulillah, exam dah selesai. Hanya doa dan tawakkal kepada ALLAH setelah berusaha, insyaALLAH. Buat sahabat yang belum habis exam, teruskan usaha dan perjuangan anda. Betulkan niat kerana ALLAH.

InsyaALLAH, hujung minggu ni akan bertolak balik ke KK setelah hampir 5 bulan tak balik, sangat rindu dengan mama dan bapa juga abang dan adik-adik yang dicintai kerana ALLAH. Semoga kalian sihat sejahtera, amin. Walaupun duduk dalam 1 negara, tapi tetap tak dapat balik kalau ada cuti seminggu, yelah tak mampu nak tanggung kos penerbangan balik yang agak mahal bagi seorang yang bergelar pelajar. Tapi, bila dekat-dekat nak exam, mula la sibuk nak beli tiket. Bukan sibuk nat study, nil ah ragam aku. Semoga yang lain tak macam aku. Hehehe

Bila berkisah tentang cuti, mesti macam-macam plan yang dibuat. Nak jalan dengan kawan-kawan la, nak duduk rumah la, nak itu, nak ini dan macam-macam nak lagi. Tapi, bagi aku, cuti ni kena manfaatkan dengan perkara yang dapat beri keuntungan kepada kita bukan sahaja di dunia tapi di akhirat juga. Ya lah, hidup ni sementara cuma, bila-bila masa malaikat Izrail akan datang menjemput. Sama ada bersedia untuk mati atau tidak itu semua bukan pilihan kita. Tapi yamg pasti, ALLAH dah beri masa kepada kita untuk menyediakan bekal sama ada bekal yang bakal dibawa tu baik atau sebalikknya. ALLAH telah berfirman yang bermaksud:

“(Katakanlah wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”. (Surah As-Sajdah: Ayat 11)

Jelaskan maksud ayat di atas. Ya, hidup ini hanya sementara dan kita akan kembali kepada ALLAH yang menciptakan kita, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Subhanallah..
So, cuti kali ni nak buat apa? Kalau aku, memang dah ada yang difikirkan dan nak dilakukan, insyaALLAH jika diberi peluang, kerana esok belum pasti. Tapi, biarlah apa pun perkara yang kita rancang dan nak buat tu mendapat redhaNya dan juga mendapat redha ibu bapa dan suami (bagi yang dah berkahwin). Tapi, kalau ada sesiapa yang nak kahwin masa cuti ni, barakallah buat kalian, semoga bait muslim yang dibina mendapar redha ILAHI, insyaALLAH.
Sekian, wassalam . .

p/s:  If you fail to plan, you actually plan to fail

Sunday 17 April 2011

Soulmate

setiap insan berhak untuk memilih..
tapi pilihlah berdasarkan syariat ISLAM

Bismillahirahmanirahim . .
Assalamualaikum wbk..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah
Syukur atas segala rahmat kurniaNYA yang tak terhingga buat insan yang lemah ini. Di entry kali ni aku nak berkongsi tentang sebuah puisi yang pada aku sangat baik untuk kita sebagai pedoman. Semoga apa yang diungkapkan dapat menusuk masuk ke dalam jiwa-jiwa yang lemah ini. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan peliharaanNYA. InsyaALLAH..

SOULMATE

People will say
To find a soulmate,
Text him, date him and be with him all the time.
Then, you decide

But,
I will say
To find a soulmate, NEVER do those stupid things
As you will definitely REGRET
either in this world or NEXT
or both

Yet,
To find a soulmate,
Please
Date ALLAH, be with ALLAH, and take care ALLAH’s
all the time.
Then, you decide
Insya-allah,
You will NEVER REGRET

As ALLAH
is the CREATOR of your soul
and his
Very much indeed,
He knows you, and He knows him

Why do you still doubt
on His CHOICE?
on His WORD?
on HIS TIME?

“Take care ALLAH’s, He WILL take care of YOU!”

Saturday 16 April 2011

ya Allah, Aku Jatuh Cinta

uhibbukifillah ^_^

Bismillahirahmanirahim . .
Assalamualaikum wbk

Alhamdulillah syukur atas nikmat ALLAH yang masih memberi nafas buat insan lemah ni juga buat saudara semua yang dicintai kerana ALLAH. Baca pada tajuk membuat aku bersemangat nak menaip entry tentang cinta; ya Allah, aku jatuh cinta. Sejujurnya, aku sangat suka dengan ungkapan ni. Baru semalam habis dengan tazkirah denga tajuk ni. Alhamdulillah banyak ilmu yang diperoleh datipada majlis ilmu yang disampaikan oleh ustazah Fatimah Syarha. Rasa bersyukur sangat sebab dapat menghadirkan diri.

Jadi, dalam entry kali ni aku nak berkongsi sedikit ilmu yang aku dapat semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya, insyaAllah. Anda pernah jatuh cinta? Tidak salah untuk jatuh cinta, malah cinta dalam jiwa-jiwa insan adalah perkara yang normal, apabila berkata tentang cinta pasti setiap jiwa mempunyai cinta dalam dirinya. Menurut Abdullah Nasihulwan, cinta ialah kecenderungan kepada sesuatu perkara. Cinta ialah fitrah tetapi boleh menjadi fitnah! Fitnah disini membawa maksud melakukakn sesuatu perkara di atas nama cinta yang tidak berlandaskan syarak yang mana adalah salah di sisi ALLAH dengan melakukan perkara yang tidak mendapat redhaNYA. Islam adalah agama yang indah dan Islam sendiri menggalakkan kita untuk bercinta tetapi ada peraturan dalam bercinta.

Seterusnya, Ibnu Qayyim menjelaskan terdapat 60 istilah yang dikaitkan dengan cinta, tetapi cinta tersebut disalahfahamkkan oleh manusia. Di sini, aku bawakan 6 istilah sahaja, antaranya ialah
Al-alaqah, membawa erti ingin selalu bersama yang mana apabila ada pasangan yang bercinta ingin selalu berhubung dengan kekasihnya, nak berSMS setiap masa, berCall setiap detik dan macam-macam  ber.. lagi. Perkara ini adalah salah tetapi seringkali berlaku kepada pasangan yang sedang hangat bercinta.

Al-Hawa, ialah perasaan cinta itu untuk menzahirkan sesuatu berdasarkan kecenderungan syahwat/seks semata-mata. Hal ini amat buruk tetapi juga sangat banyak berlaku. Contohnya, si Balak (buaya fren kepada si Bunga) minta si Bunga (geli fren kepada si Balak) hantar gambarnya. Than si  Bunga pun send gambar cantik dengan selendang belilit-lilit. Kemudian si Balak balas balik, katanya dah biasa tengok si Bunga dengan dressing ni, so hantarlah gambar kat bilik tidur ke? gambar kat bilik air ke? Yang maksudnya nak gambar si Bunga dalam keadaan seksi. Perkara ni banyak berlaku dalam kalangan remaja hari ni yang menjadi hamba kepada cinta sehingga ada gadis-gadis yang sanggup hantarkan gambar bogelnya kepada buaya fren. masyaALLAH.. semoga perkara ni dijauhkan daripada kita.

As-saba’, iaitu rindu yang meluap-luap atau rindu kepada kebodohan. MasyaALLAH, walaupun maksud yang digunakan agak kasar tetapi perkara ni adalah hakikat. Seterusnya, Attayyuum yang bererti perhambaan atau manusia yang menjadi hamba kepada cintanya sehingga sanggup melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH kerana cinta ini.

Al-‘isyk, iaitu keasyikan yang melampau yang mana orang bercinta ni sangat asyik dengan cinta palsunya, angau memanjang, sering teringat-ingatkan si dia selain sangat suka dengar lagu cintan-cintun dan membayangkan dirinya sebagai watak dalam novel cinta. Yang ke-6 ialah Al-Junun, cinta gila yang mana orang yang bercinta ini tidak tahu membuat pertimbangan yang rasional kerana hatinya telah gelap dan kotor dengan cinta palsu.

Sekali kita terjebak ke dalam cinta fitnah, hati yang pada asalnya bersih lagi suci ini akan jatuh ke lembah dosa sedikit demi sedikit. Cinta yang satu dan hakiki hanyalah cinta Allah. Jadi sebagai hambaNya yang beriman kita wajib melabuhkan cinta kita kepada pemilik segala cinta, iaitu ALLAH swt kerana DIA adalah pemilik cinta yang agung. Rasullah saw pernah bersabda;

“Barangsiapa yang ada tiga hal dalam dirinya, iaitu cinta kepada Allah dan Rasulnya, cinta sesama manusia kerana Allah dan cinta kepada kekeafiran dan kemaksiatan dia akan merasai kemanisan iman..”

Allah adalah pemilik cinta yang agung kerana Dia merupakan sumber motivasi insan, sentiasa ada di sisi dan tidak pernah tidak setia juga tidak akan mengecewakan hati-hati manusia. Firman Allah yang bermaksud;
               
Demi waktu Duha. Dan malam apabila ia sunyi-sepi. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). (Surah Dhuha 93:1-3)

Cinta terbahagi kepada 3 peringkat, iaitu yang pertama Cinta Agung ialah cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad di jalan Allah. Peringkat yang ke-2, Cinta Pertengahan ialah cinta kepada ibu bapa, suami isteri, saudara, harta dan lain-lain kerana Allah. Peringkat yang ke-3 ialah Cinta Rendah ialah mencintai cinta pertengahan melebihi daripada cinta agung. Hal ini ditegaskan Allah dalam firmanNya yang bermaksud:
               
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (surah At-taubah 9:24)

Alhamdulillah, cukup dahulu untuk entry ni. InsyaALLAH akan disambung dilain masa. Semoga apa yang dikongsi dapat memberi manfaat buat diri. Akhir kalam, cinta yang agung hanyalah cinta kepada dia. Ya Allah, aku jatuh cinta dan labuhkanlah cintaku kepada insan yang mencintaiku keranaMu dan aku juga mencintainya keranaMu.

Manusia yang mengejar cinta selain cinta Allah,
Umpama mengejar fatamorgana diwaktu terik mentari,
Jiwanya lemah. Akalnya lesu, ibadahnya tawar dan jihadnya pudar . .

Cgdila91
16411:12.20 pm
Tanjong Malim, Perak

p/s: Anda dapat syurga sebelum kahwin, Allah akan tarik syurga selepas kahwin.

Monday 11 April 2011

Ikhtibar dari bencana

image by Google




Assalamualaikum wbk . .




Bencana mengajar manusia tentang kehebatan Allah

Bencana alam yang melanda Jepun baru-baru ini menyemai titik keinsafan bahawa apabila Allah telah menetapkan sesuatu kejadian alam berlaku, maka tiada siapa pun yang dapat mengekangnya. Bandar yang dibina bertahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua hampir menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila dilanda gempa bumi dan gelombang tsunami yang kuat.


Pun begitu, dalam keadaan ramai rakyat Jepun yang masih trauma dengan kejadian itu, semangat meneruskan kehidupan seperti biasa dan bangkit daripada musibah ini adalah luar biasa. Mereka tidak terus menerus bersedih atas kejadian itu, bahkan saintis jepun mengambil langkah segera mengkaji kejadian tersebut agar pencegahan awal atau sistem amaran awal dapat dilaksanakan dengan lebih baik.


Sikap ini memberi makna bahawa mereka sangat memandang tinggi keperluan mengkaji hubungan alam dengan manusia. Menginsafi sikap mereka, orang Islam seharusnya insaf bahawa ilmu kejadian alam sebenarnya adalah ilmu daripada Allah yang terkandung hikmah.
Penerokaan ilmu yang tidak terbatas melalui akal yang terbatas menuntut keyakinan besar kepada kebesaran Allah. Sesuatu yang tidak diketahui oleh akal tidak bermakna ia tidak ada. Keyakinan manusia bahawa Allah itu Maha Perkasa memberikan asas iman dalam diri manusia.




Memahami keterbatasan manusia


Segala usaha manusia untuk mengetahui kebesaran Allah melalui alat tidaklah salah kerana al-Quran memberikan asas bahawa penerokaan langit dan bumi hanya boleh berlaku dengan alat, kemudahan atau teknologi.


Surah Al-Alaq memberikan asas ilmu, sains dan teknologi yang amat nyata kepada orang-orang Islam. Ayat ke 3-5 memberikan pedoman mengenai pentingnya qalam iaitu alat atau teknologi yang merintis penerokaan ilmu.Ia merupakan alat dan teknologi bagi mengetahui sedikit mengenai rahsia kebesaran Allah. Kebesaran Allah terlihat pada daya cipta-Nya terhadap alam ini.


Al-Quran telah menjelaskan bahawa alam ini telah ditundukkan Allah untuk keperluan manusia, agar manusia beribadat kepada Allah secara lebih sempurna (Ibrahim: 32).
Penerokaan terhadap alam bumi dan alam angkasa lepas memberikan manusia ilmu dan maklumat. Daripada ilmu dan maklumat menjadikan manusia lebih rasional memahami makna alam dan kejadian.


Inilah asas ulul-albab yang terdapat di dalam Al Quran dan pendekatan tadabbur yang mendorong manusia mengkaji, berfikir, menyelidik dan akhirnya mendidik mereka menjadi orang-orang yang bertakwa.


Surah ali-’Imran ayat 190 misalnya menyebutkan bahawa hikmah kejadian penciptaan langit dan bumi serta putaran siang dan malam terhadap orang-orang yang berakal dan berfikir.
Allah juga memberi asas pedoman kepada manusia supaya sentiasa mengkaji dan berfikir tentang kejadian alam. Namun begitu, sering al-Quran mengingatkan manusia bahawa manusia adalah bahagian kecil dari alam yang sangat luas ini supaya manusia selalu melihat dan mengamati alam tersebut untuk mengetahui rahsia-rahsia yang tersimpan di dalamnya (al-Mukmin: 57) . 


Amat penting bagi seorang remaja memahami bahawa tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi ini mempunyai had dan batasnya tersendiri. Kejadian alam yang sempurna yang telah diciptakan untuk manusia dan isinya ini adalah untuk dinikmati secara adil dan saksama agar manusia sentiasa menjadi orang-orang yang bersyukur.


Di dalam surah Ibrahim ayat 34, Allah menjelaskan tentang golongan yang diberi nikmat dan kemudiannya tidak bersyukur atas pemberian Tuhan: Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).


Justeru, sebagai remaja Islam, kita seharusnya berusaha meningkatkan ilmu dan membangunkan potensi diri seiring dengan syariat Islam.




p/s: setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..


sumber: epondok.wordpress

Tuesday 5 April 2011

Freedom by Maher Zain

picture by Google Image

Assalamualaikum wbk . .



Gathered here with my family
…My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us
No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us
I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call
And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

p/s: Love this song . . Semoga Allah memberi kemenangan kepada umat ISLAM..

Saturday 2 April 2011

Aku tinggalkan cintaku kerana ALLAH

picture by google image


Bismillahirahmanirahim . .
Assalamualaikum wbk . .


sedikit perkongsia kisah seorang hamba Ilahi . .
renungkan dan hayati kisah ni supaya menjadi ikhtibar buat diri kita yang lemah ni, insyaALLAH semoga ALLAH redha.. selamat membaca ^_^




Wahai teman-teman sekalian,
Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri,apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh.Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan,bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-..santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan.


Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya,tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya,itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali  dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu,sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terrkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan.Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

“I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and

official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.”

“Not a single phrase, nor a word.”

 “My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.”

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah,dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya...

Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya.Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata: 

“It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.”

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham.Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir,tetapi dia tahu itulah yang terbaik buatkami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang.Andai ada jodoh kamu berdua,insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah.Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir.Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah,sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur,sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya.Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

 
“Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita,janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya.”

 
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?



sumber: http://www.ukhuwah.com/




p/s : Renungkanlah diri kita.. apa yang kita jaga sebenarnya dalam hubungan kita dengan si dia.. bagaimana pula hubungan kita ngan Allah..semoga kisah ini dapat kita jadikan panduan..
wallahu'alam...