Thursday 30 December 2010

Menanti Hikmah


Assalamualaikum wbk . .

Hembusan bayu memecah sunyi penjuru
Alam maya yang diciptakan oleh pencipta
Siang dan malam silih berganti entahkan berhenti
Di bumi ini ketenangan yang dicari
Tapi apakah akan ditemui

Hanyalah berserah padaNya
Kerna Dia Maha segalanya

Tanpa disangka dugaan tiba
Turut kata pasti akan binasa
Hebatnya badai melanda
Menggoncang jiwa

Oh kita berdoa agar ditemukan cinta ini
Dengan yang lebih memahami
Oh hati ini…
Kasih ku

Antara dua hampiri menagih jiwa
Ketentuan tidak mengenal siapa
Redha dengan apa takdirNya
Pasti ada tersirat hikmahnya

sumber: lagu Mawi

p/s: bait-bait kata yang menusuk jiwa, alunan muzik yang lembut dan menenangkan .. ^_^


Tuesday 28 December 2010

Mencari Bahagia

picture by Sindy photography 

Assalamualaikum wbk . .

Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia. Maka, sudah tentu dia tidak siuman lagi kerana bahagia itu merupakan fitrah semula jadi setiap manusia. Tidak ada manusia yang tidak inginkan bahagia. Bahkan, apa sahaja perkara yang dilakukan dan diusahakan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia. Betul?

Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini kerana ramai manusia tidak tahu makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha untuk mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari makna kebahagiaan terlebih dahulu.

Apa makna bahagia? Ada yang berpendapat bahawa bahagia bersifat relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi, apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara lain pula. Bagi golongan itu, kebahagiaan adalah satu moving target yang tidak spesifik. Ada pula golongan pesimis beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup ini adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia hanya satu utopia, ilusi atau angan-angan yang tidak pasti malah tidak wujud dalam realiti dan alam nyata. Benarkah begitu?

Dari manakah datangnya bahagia? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)? Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu datang daripada faktor luaran. Ia bersumber daripada harta,, kuasa, rupa, nama dan keluasan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini juga merasakan jika berjaya menjadi jutawan, hartawan, cendiakawan, bangsawan, rupawan dan kenamaan maka secara automatik bahagialah mereka. Maka, atas keyakinan itu, ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan banyak lagi.

Apakah hidup para hartawan, jutawan, rupawan, bangsawan dan cendekiawan itu bahagia? Realitinya, sudah menjadi rules of life (sunnatullah), manusia tidak mendapat semua yang diinginkannya. Tidak ada manusia yang mampu mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup merupakan satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan kelulusannya. Firman ALLAH:

"Dijadikan mati dan hidup untuk menguji manusia, siapakah yang terbaik amalannya." (surah al-mulk:2)

Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis, pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia muda walaupun memiliki harta kekayaan berbillion dollar. Mereka yang rupawan tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan, Lady Diana contohnya yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali. John Lennon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizebeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan tubuhnya (sebagai contoh). Tegasnya, kesakitan, ceercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.

Apa buktinya mereka hilang kebahagiaan? Tidak payah berhujah menggunakan Al-Quran dan Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, rupa yang cantik, harta yang bertimbun, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah yang kronik. Ironi sekali bila golongan penghibur inilah yang paling tidak terhibur dalam realiti kehidupan. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi. Tentu ada sesuatu yang HILANG di tengah lambakan harta, rupa dan nama yang popular itu.

Mari kita hayati persoalan ini, Apakah ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian menjadi penyebab hilangnya bahagia? Jawapannya, TIDAK!!

Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu ialah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan . Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji. Kerana itulah ujian bukan penyebab hilangnya bahagia. Hakikatnya, ujian hidup yang datang menimpa diri menimbulkan sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta dan kekayaan, muncullah sifat tamak, takbur dan gila puji. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanay menyelahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Jadi, tertolaklah pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor 'kesihatan' hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Secara tidal langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar - soal HATI.

Ringkasnya, kebahagiaan ialah memiliki hati yang tenang dalam mengahadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk ALLAH dalam Al-Quran. Firman ALLAH: bermaksud

"Ketahuilah dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang." (surah al-Ra'du: 28)

Rasulullah saw juga bersabda, "Bahawasannya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh anggotanya, tetapi apabila ia rosak maka rosaklah pula seluruh anggotanya. Ingatlah ia adalah HATI." Rasulullah saw  bersabda lagi, yang bermaksud: "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya HATI."  (riwayat Bukhari dan Muslim).

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki - bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada. Oleh itu, hati perlu bersih serta dipulihara dan dipelihara 'kesihatannya' agar lahi sifat-sifat mahmudah dalam diri. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorongnya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara auto pilot . Yakni tanpa mujahadah dan bersusuah payah serta perlu difikir-fikir lagi. Dan kata Imam Ghazali, inilah ahakikat akhlak yang mulia.

Sumber: Solusi isu 6

p/s: Tidak susah untuk mencapai kebahagiaan andai hidup berlandaskan syariaatNYA..

Sunday 26 December 2010

Pengangkutan awam

image from google

Assalamualaikum wbk..

Sekian lama tidak membuat entry baru, rindu untuk menulis datang lagi. Bukan kerana malas, tetapi kerana kekangang lain yang datang. Maaf. Pengangkutan awam, ya! Mejoriti daripada kita pasti pernah menaiki pengangkutan awam, malah pengangkutan awam juga menjadi medium perantaraan utama pada kita. Aku juga begitu, tipu lah jika aku kata aku tidak pernah naik pemgangkutan awam.

Sejujurnya, aku sangat-sangat tidak suka naik pengangkutan awam. Macam KTM, LRT, Bas terutamanya.
Bukan kerana sombong, takbur, riak dan sebagainya. Pernah tak kita terfikir bagaimana keadaan semasa menaiki pengangkutan awam? Bagi yang menaiki bas ekspres mungkin lebih selesa, kerana tidak perlu berhimpit-himpit macam sardin dalam tin. Bagi yang menaiki kapal terbang juga begitu kerana keadaan yang lebih selesa dan terkawal.

Tapi, macam mana pula dengan Bas berhenti-henti? KTM dan LRT? Bukan nak merungut atau nak mengeluh, jauh sekali nak memaki. Sekadar nak kongsi pengalaman dan meluahkan pendapat. Kalau kat Kota kinabalu (KK), KTM dan LRT tak ada, yang ada hanya bas berhenti-henti, mini bas dan teksi. Jadi, aku selalunya akan naik bas berhenti-henti kalau nak jalan ke Bandar KK. Bas hanya akan bergerak apabila sudah penuh, dan perjalanan dari rumah aku nak ke KK ambil masa dalam sejam sebab bas yang selalu berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Keadaan dalam bas masa tu, masyaALLAH…sangat padat dan ramai, jarang sekali tidak penuh. Masa sampai kat terminal bas pula, kena tukar bas untuk ke kawasan yang kita nak tuju dalam bandar, jadi kena naik city bus. Dalam city bus  ni lah keadaan yang sangat-sangat teruk. Ya ALLAH, semua penumpang berebut-rebut nak naik, sampai bertolak-tolak, tidak kira lelaki atau perempuan. Di dalam bas pun sama, sudah macam sardin.

Jadi, perkara utama yang aku nak kata ialah batasan aurat antara lelaki dan perempuan, kalau dah bersempit-sempit pasti akan berlaku persentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim kerana penumpang dalam bas yang bercampur. Inilah perkara yang aku sangat-sangat tidak suka, dan aku sangat geram bila ada penumpang lelaki yang duduk di sebelah tempat duduk aku.

Bagaimana nak atasi masalah ni? Pada pendapat aku, tidak salah jika diasingkan tempat antara lelaki dan perempuan. Contohnya, di dalam KTM dan LRT, walau hanya pengasingan tempat duduk, memberi makna yang amat besar.  Mungkin banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Sekian.

p/s: Islam itu MUDAH, tapi jangalah cuba untuk mempermudahkannya. Mudah dengan mempermudahkan adalah dua perkara yang berbeza.

Tuesday 21 December 2010

Hidup untuk memberi

Picture by Google image

Assalamualaikum wbk..

Hari ini manusia hilang kebahgiaan kerana sikap suka memberi sudah semakin terhakis. Ramai yang menganggap dengan mendapat sesuatu mereka akan lebih berjaya dan bahagia dalam kehidupan. Kita sering terlupa hikamah yang diungkapkan menerusi kata-kata ini..

"we make a live by what we get, but we make a life by what we give - kita membina hidup dengan apa yang kita dapat, tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita berikan."

Ramai orang kata, makanan yang paling sedap ialah makanan yang dimasak oleh ibu sendiri. Kenapa? Sebab ibu memasak dengan penuh kasih sayang. Semua dibuat semata-mata kerana ingin memberi kepuasan kepada anak-anaknya. Jarang sekali seorang ibu rasa terpaksa apabila memasak untuk anak-anaknya. Sebab itulah masakan ibu enak, walau mungkin resepi atau bahan yang digunakan tidak setanding dengan chef di hotel atau restoran terkenal.

Jadi, memberi hanya akan menjadikan kita gembira dengan satu syarat, iaitu memberi mestilah dengan adanya kasih sayang. Tanpa kasih sayang, memberi bukan sahaja tidak dengan rasa gembira, bahkan terasa lebih terbeban. Maka, apbila kita sudah tidak gembira ketika memberi, itu petanda kita sudah kehilangan kasih sayang!

Oleh itu, sebagai manusia, kita mesti berpegang kepada prinsip 'ingin memberi' bukan 'ingin mendapatkan'. Di dalam buku La Tahzan (Jangan Bersedih) karya A'id al-Qarni, beliau ada menyatakan bahawa, "Orang pertama yang mendapat manfaat daripada suatu kebaikan ialah orang yang melakukannya". Sebab itu beliau menganjurkan, jika kita sedang bersedih atau bermuram durja, carilah seseorang dan gembirakannya. Nescaya, kita akan mendapat kegembiraan semula.

Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and Start Living menyatakan bahawa memaafkan kesalahan orang lainadalah seperti memaafkan diri sendiri. Hal ini kerana kemarahan kita terhadap orang lain akan lebih merosakkan diri sendiri berbanding orang yang kita marah. Allah mengingatkan kita dalam firmannya:

"dan tidaklah sama (kesannya dan hukumannya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat, jadi tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih, apabila engkau melakukan demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta mereka akan menjadi seolah-olah sahab karib." Surah Fussilat (41:34)

Kesimpulannya, tidak susah untuk menggembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata-kata , atau dengan senyuman ataupun dengan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula. What you give, you get back - apa yang kita beri akan kita terima semula. Inilah hukum alam sunnatullah -  what goes around, comes around.

Sumber: Solusi 14


p/s: Kita memberi dahulu, kemudian kita menerima. Mana mungkin kita menerima tanpa memberi. ^_^


Wednesday 15 December 2010

What should I do?

image by Google image


For every step I send you away
My tears flow
For every step you go away,
My tears flow again
You're going to place where I can't reach,
Even if I spread my hands
But unable to stop you and I stand here crying

What should I do? What should I do?
You are going away..
What should I do? What should I do?
You're leaving me here

I love you.  I love you
Even if I call it out
You can't hear it,
Because I'm only yelling it inside my heart

All day I try to erase you
But I remember you
All day I say good bye
But I only remember you

What should I do? What should I do?
You are going away..
What should I do? What should I do?
You're leaving me here


p/s: kesukaan dengar lagu ni.. ^_^

Tuesday 14 December 2010

Pencinta Dunia

picture by Google image

Assalamualaikum..

Orang-orang tamak itu berebut bangkai ibarat anjing 
tidak pernah berasa cukup dengan rezeki melimpah
orang-orang haloba itu berampas sampah dengan nasar*
tidak pernah berasa puas dengan harta menompok
padahal sudah ditimbuni nikmat dan rahmat
tetapi masih suka menderhaka dan mengundang murka
mereka terlalu cintakan dunia dan dambakan benda

kikir dan kedekut untuk beramal dan bersedekah
bakhil dan kemut dalam berbahagi dan berkongsi
padahal kekayaan ALLAH tidak terhitung dan tak luak-luak
mereka mengejar dunia sampai santak ke titik ajal
mereka terlupa mengumpul bekal ke negeri kekal
umpama Abu Saalabah tak endah kutbah Rasulullah:

"jika dicelupkan jarimu ke lautan, yang menitis air di hujung jarimu itulah dunia
 dan yang tertinggal di segera luas itu akhirat. ."

wahai, para Pencinta Dunia . .
pelajari iktibar daripada peristiwa Qarun ditelan bumi
binalah sempadan dari citera Firaun diluluh lautan
kutiplah teladan dari kisah Hamam diketik serangga

(*Nasar ialah sejenis burung pemangsa dan pemakan bangkai, juga dikenali dengan burung reng)

nukilan: Azmi Yussof
sumber: Solusi Isu 5


p/s: dunia hanya dunia persinggahan, kumpul lah bekal dengan sebanyak mungkin untuk kembali ke hari kemudian..peringatan buat diri sendiri dan bersama . .

Monday 13 December 2010

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga

picture by google image

Assalamualaikum . .


Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda,

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)




Teruja bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.



Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung

“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.

Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.


Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”


Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar) 





p/s: seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik



Sunday 12 December 2010

Hujan itu..

picture by google image 
Assalamualaikum..


Alhamdulillah, bersyukur diri ini ke hadrat ILAHI, dalam minggu ni, hampir setiap hari hujan membasahi bumi bayu.. Sekian lama tidak mengupdate blog kerana masalah line  yang tak OK.. ^_^


Hujan, rahmat yang tidak ternilai buat semua makhluk. Rasa sangat nikmat semasa hujan turun. walaupun banyak kerja yang tak siap kerana hunjan yang turun, namun hati terasa tenang dan damai. Bila hujan turun waktu pagi, kain tak dapat nak disidai. Jadi, kerja menyidai kain terbengkalai. Namun, nikmat hujan itu sangat bernilai, rasa sejuk yang mendamaikan hati. Mata juga terasa berat kerana sejuk yang menyelubung. MasyaALLAH, hujan itu mampu menyejukkan hati yang tengah panas.


Dalam minggu ni juga, masalah air kat kawasan perumahan ni semakin menjadi-jadi. Selama 2 hari bekalan air terputus. Langsung tiada walau setitik air pun yang keluar dari pili. Lori tangki air juga datang untuk menghantar air kepada penduduk. Baru kini ku rasa betapa seksanya hidup tanpa air. Baru kini ku tahu, bagaimana kehidupan tanpa air. Walau hanya sementara cuma, tapi rasa sakit yang dirasai dek ketiadaan air hanya ALLAH yang tahu. Dan, kala hujan itu turun, rasa damai datang lagi. Sejuk dan damai.. rasa sakit hati kepada pihak pemaju yang mematikan air kerana proses penyelenggaraan kian surut. Macam-macam alasan yang diberikan pasal masalah air. Katanya, hendak dibaiki. Namun, sudah dibaiki, tapi masih lagi dimatikan. Apakah?


Pabila hujan itu jatuh ke bumi. Rasa marah yang kian marak menjadi tenang semula, setenang hujan itu turun bumi. Malah, dengan air hujan itu lah orang guna untuk mencuci kain dan sebagainya. MasyaALLAH, hujan itu sangat banyak nikmatnya..


Hujan itu, ada yang memaki pabila hujan turun kerana tidak kering pakaian. Ada juga yang marah kerana kerja-kerja yang tertangguh. Apakah kita tidak tahu mensyukuri nikmatNYA? Pabila hujan itu turun, sungguh! aku rasa sangat bahagia. Aku sangat suka akan hujan. Aku tahu, betapa peritnya hidup dalam keadaan gersang sebagaimana yang ku rasai beberapa hari yang lalu. Maka, nikmatilah rahmat yang ALLAH kurniakan ini. Jika hujan yang turun sehingga mendatangkan musibah, itu adalah kerana ALLAH nak menguji hambaNYA. Kerana hujan pada asalnya adalah rahmat daripadaNYA..




p/s: Alhamdulillah..air dah OK, walaupun masih putus-putus..

Tuesday 7 December 2010

Salam Muharram



Assalamualaikum . .


Alhamdulillah.. kini kita berada di tahun baru Hijrah, 1432H. Masa terus berlalu dan pergi, tidak akan datang dan berpatah balik walau kita menangis air mata darah sekalipun, kerana masa ialah makhluk ALLAH yang sangat degil. Hijrah amat luas maknanya, jadi biarlah penghijaraan yang dilakukan memberi impak yang baik kepada diri, agama, bangsa juga negara. Kelak, umat Islam yang dulunya bersatu hati dan dijulang tinggi atas nama Islam mampu berdiri kembali, insyaALLAH..


Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah & syiar Islam itu sendiri.


Pada asasnya, Muharram membawa maksud "diharamkan" atau "dipantang" iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.


Selain itu, di dalam bulan Muharram juga terdapatnya hari Asyura, iaitu pada 10 Muharram. Yang mana terdapat banyak keberkatannya. Sila rujuk sini


sumber: Halaqah.net

''semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian.
 Bertambah bebanan, semakin kurang pula keupayaan.
 Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh perahu kehidupan... 
 penuh ketenangan, merempuh ujian. 
 Tuluslah dengan TUHAN, teluslah sesama INSAN.
 Berhijrahlah kita ke daerah kebaikan''...

selamat menyambut maal hijrah ke 1432H dan selamat beramal.





p/s: Permulaan sama penting dengan penghujung kerana permulaan itu mempengaruhi penghujung. Jangan mengatakan salah satu amat penting sedangkan keduanya sama penting. Muharram adalah permulaan yang penting untuk sama-sama berhijarah menjadi yang lebih baik sebagai hamaba ILAHI.. insyaALLAH

Sunday 5 December 2010

Wanita Idaman

picture by google
Assalamualaikum . .

wanita..idaman lelaki
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah

wanita idaman lelaki ialah…yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

wanita idaman lelaki ialah…wanita yang menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam
yang mengamalkan hidup penuh sederhana
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

wanita idaman lelaki…yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat…
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matanya dari berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

wanita idaman lelaki ialah…tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana penat membaca
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangunnya subuh penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

wanita idaman lelaki…..sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

wanita idaman lelaki….
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di situlah rumah idamannya
dan dia ingin membawa saya bersama
dialah wanita idaman lelaki…..


sumber: Ukwah.net




p/s: Wanita itu adalah rahsia..

Wednesday 1 December 2010

Pentingkah Cantik?

Cantik ke dia ni?? ermm . .
Assalamualaikum . .


Alhamdulillah, perjalanan dari Tanjong Malim ke LCCT, berjalan dengan lancar dan baik. Perjalanan hari ni ditemani dengan curahan air hujan yang sangat lebat beserta kilat dan guruh. Mula-mula rasa takut juga, sebabnya perjalanan jauh dan hujan yang lebat menyukarkan pandangan. Sentiasa fikir, setiap yang hidup pasti akan mati. Tapi, biarlah mati dalam iman dan Islam. Ameen..


Ok, lupakan pasal pengembaraan hari ni. Sekarang aku nak cerita pasal cantik. Sekian lama tak menaip entry kerana kekangan masa dan exam yang melanda (huh! ayat skema ni). Penting sangat ke cantik ni? Ok, aku nak fokus kepada perempuan khususnya, sebab aku juga seorang perempuan. Bagaimana cantik yang sebenar? Adakah hanya pada rupa paras semata-mata? Adakah kerana penampilan yang sangat feminin seorang perempuan tu sangat cantik? Cantik ke perempuan yang kurus dan slim? Adakah semua kecantikan ni yang menjadi tarikan kaum adam? Fikirlah . .


Suka aku kongsi cerita aku dan kawan aku pasal cantik dan kurus:


dila: Eee, kenapa perempuan hari ni semua nak kurus? yang gemuk sibuk nak diet bagi kurus..


Kawan: Sebab manusia sudah meletakkan pandangan yang kurus ni cantik. Jadi, ramailah perempuan terutamanya nak kurus supaya nampak cantik.


dila: Tapikan, kenapa pulak kalau perempuan tu yang dulunya gemuk dan menjadi kurus terus mengubah penampilan jadi seksi? kalau masa gemuk dulu, baju semua longar-longar. Bila dah kurus, errmm baju macam nak melekat je kat body.


Kawan: A'ahh.. sebabkan masa dia gemuk dulu, esteem diri dia rendah. Dia rasa diri tak cantik, tak sama dengan orang kurus yang lain. Macam aku, aku nak juga jadi kurus. Orang gemuk ni selalu rasa rendah diri bila tengok orang lain kurus dan cantik.


dila: kalau ko macam mana pulak, nak tak jadi kurus?


Kawan: nak tu memang lah nak, tapi bila fikirkan balik. Tak adalah aku fanatik sangat sampai makan segala ubat nak kurus. Aku rasa kekurangan juga. Tapi, aku ada 1001 kelebihan lain yang ALLAH kurniakan. Jadi, tak payah la fikirkan semua tu. Yang penting cantik hati.


 * macam tulah perbualan aku dengan kawan 
(isi-isi penting semua aku ingat, ayat pulak aku lupa-lupa ingat ^_^)


Jadi, pada pendapat aku, canikni sangat subjektif. Walaupun kekadang orang menilai kita pada paras rupa, ingatlah.. rupa ni hanya nikmat sementara yang ALLAH beri pinjam pada kita. Satu masa nanti, ALLAH akan tarik balik nikmat ni. Kita akan jadi tua kan (kalau panjang umurlah), jadi rupa yang dulunya cantik dan body yang slim lagi menawan pasti akan susut. Menjadi kedut seribu, tak ada lagi kelangsingan yang dulu dibangga-banggakan. Sebenarnya, banyak lagi perkara yang perlu dirisaukan didunia ni. Tak perlulah fikir sangat cantik dan slim kah diri, fikirlah bagaimana kita gunakan masa yang ALLAH beri untuk kita kumpul bekal di hari kemudian. 


Nasihat aku kepada yang rasa humble sangat, esteem diri sangat rendah sebab rasa diri tak cantik, rasa diri tak slim. Ingatlah

  •  ALLAH sayang akan semua hambaNYA tanpa DIA melihat pada rupa atau body kita, tapi yang ALLAH nilai ialah cantik pada pegangan diri kita (IMAN)
  • Cantik dalaman lebih baik daripada cantik luaran. Walaupun kekedang kita lihat orang tu taklah cantik mana, tapi baik sikapnya. Maka cantiklah dia luar dan dalam.
  • Setiap manusia ada kecantikan dirinya sendiri. Everyone is beautiful, not everyone can see it. Walaupun kurang cantik pada rupa, tapi setiap individu ada 1001 kelebihan pada dirinya dan tak semua orang memiliki kelebihan itu.
  • to be beautiful, feel beautiful . . OK!
Sebab tu, aku bukan jenis perempuan yang sangat suka bergaya dan pentingkan imej semata-mata. Pada aku, asalkan pakaian yang dipakai tu sopan dan kena pada syariah Islam serta memberi keselesaan sudah cukup. Yakinlah pada diri sendiri. 

wassalam..

p/s: Jadi, pentingkah cantik itu? renungkanlah . . .^_^