Tuesday 22 February 2011

Pilihan Raya

picture by google image
Assalamualaikum wbk..


Berkisah tentang pilihan raya, pasti semua Universiti di Malaysia sibuk dengan pilihan raya yeng akan atau telah berlangsung. kalau kat UPSI ni, pilihan raya dah berlangsung sejak minggu yang lalu lagi. Penamaan calon dan kempen telah berlangsung sejak minggu lalu dan membuang undi pula hari ni (Isnin). Pilihan raya ni tujuannya untuk pilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Masa mula-mula dengar pasal pilihan raya ni, rasa pelik sebab tak tahu pula yang kat U pun ada pilihan raya, ingatkan pilihan raya untuk Negeri/a je..


Poster banyak tergantung, keadaan kampus dan kolej nampak meriah. Aku pun sibuk juga nak tengok calon yang beratanding. rasa tak tahu nak undi siapa. Baiklah pendapat aku pasal pilihan raya kali ni sangat menankutkan. Kenapa? sebabnya ada pihak pro dan kontra, iaitu pihak Mahasiswa Pendidik (MP) dan Pimpinan Bitara (PB). Lebih dikenali dengan Gelombang Kuning (MP)  dan Biru (PB). Aku pun tak pasti sangat sebab tak alert  dengan perkembangan pilihan raya ni. Masa hari pertama kempen, tak adalah bising sangat dan rasa sama je macam sem yang lepas. Tapi, masa hari sabtu dan Ahad (malam) lepas, keadaan sangat menakutkan, gelombang kuning berarak masuk, sangat ramai. aku cuma tengok dari atas dan tak join sekali. Rasa takut tiba-tiba, sebabnya tak pernah benda ni berlaku kat depan mata aku. Pengalaman pertama..


Akhir kata, siapa pun yang akan jadi MPP UPSI, semoga amanah yang diberikan kepada mereka dapat dilaksanakan dengan baik, dan kebajikan setiap mahasiswa/i terbela serta dijauhkan daripada sebarang masalah. Semoga ALLAH meredhai usaha kalian..





*gambar2 dari fb

p/s: aku nak masuk bertanding juga la..^^

Saturday 19 February 2011

Marah...Maaf

picture by Google Image


Assalamualaikum wbk..

Hari berganti hari, masa terus berlalu. Setiap hari sibuk dengan kelas, discussion, assignment yang bertimbun.. Lumrah hidup seorang pelajar, tapi tiba-tiba aku rasa rindu dengan zaman sekolah yang dah hampir 3 tahun aku tinggalkan. Rindu dengan kerja rumah yang tak pernah siap, rindu dengan cikgu-cikgu yang suka bercerita dan berceloteh, rindu dengan kawan-kawan kelas, rindu dengan kawan-kawan asrama, rindu dengan warden.. Rindu kat mama, bapa, family aku..Rindu dan terus merindu.. Sampai sekarang aku rasa macam tak percaya yang aku belajar kat U dan umur aku dah nak masuk 20 tahun, dah nak masuk angka 2 bermakna aku dah nak masuk ke alam dewasa awal. Entahlah, kadang-kadang aku rasa diri aku masih budak hingusan yang selalu berlari-lari dengan anak-anak jiran aku, yang selalu saja nak marah-marah sebab kalah dalam bermain, selalu je nak menang..

Itu semua cerita lama, yang pasti aku kini dah besar bukan lagi budak nakal yang selalu nak marah-marah. Benarkah? Tipu, sekarang pun selalu je rasa nak marah. Marah dengan diri sendiri yang selalu buat salah, marah dengan orang disekeliling. masyaALLAH, jahatnya aku.. Maaf lah, bukan niat nak marah kamu, tapi sekadar marah unutk memberi teguran..mungkin..

Baiklah , yang tadi sekadar mukadimah je.. Aku sebanarnya nak berkisah tentang marah dan maaf. Setiap orang pasti ada rasa marah dalam diri, kan? Tapi bergantung kepada diri kita untuk mengawal rasa marah tu. Syaitan sangat-sangat gembira bila kita marah, masa marah ni lah syaitan nak panas-panaskan lagi, salah orang lain semua dia nampak, salah sendiri yang besar macam gajah tu langsung tak perasan. Lebih-lebih lagi kaum perempuan, maaf. Ini daripada pengalaman dan persekitaran aku sendiri, perempuan kalau marah dia sangat emosional, beza dengan lelaki yang lebih sabar tapi tak semua, ada juga yang panas baran.

Lagi satu, betul sangat-sangat yang perempuan ni sensitive, aku pun begitu juga. Tapi kita mesti tahu nak beza antara gurauan dengan sindiran, kan? Contoh la, kalau ada kawan yang bergurau melampau, dan kita rasa benda tu tak elok, janganlah marah kat dia sampai tak nak tegur. Ini lah masalahnya, bila marah je terus tak nak kawan, aku betul-betul tak suka dengan orang yang berperangai macam ni. Tak suka dengan sikap je, bukan dengan orang tu. Kalau betul pun gurauan kawan tu kasar, jangan sampai tak tegur. DOSA. Tak bertegur lebih daripada 3 hari kan dah dikira dosa (betulkan jika salah). Ini kan pula sampai berminggu-minggu dan terus tak nak kawan. Kebaikan yang banyak tu seringkali ditutupi dengan keburukan yang sedikit. Patutkah begitu?

Kalau kita marah kat seseorang, ada baiknya cakap kat orang yang kita marah tu, luahkan dan bagitahu sebab-sebab kita marah kat dia dan minta supaya benda ni dilupakan dan jangan diulang atau diungkit lagi juga jangan pendam dalam hati. Sebab takut jadi nanah dan perasaan marah yang terkumpul tu akan jadi dendam dan dengki kita pada orang tu. MasyaALLAH.. Syaitan lagi suka dapat putuskan persaudaraan anak adam. Memanglah mula-mula tu kita akan rasa kekok dan perasaan pun mula bercelaru, tapi sematkan dalam diri sendiri perasaan memaafkan orang lain, past is past.  Benda ni asas dalam diri insan, sedangkan nabi pun maafkan umatnya. Jangan pula kata diri kita bukan nabi dan sampai bila-bila pun tak akan maafkan orang yang berdosa kat kita. JANGAN!! Maafkan lah, dan hati akan jadi tenang, insyaALLAH..


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.


p/s: maaf, jika artikel ni membuatkan anda rasa marah atau benci kat aku.. ^_^

Tuesday 15 February 2011

Khutbah Terakhir Baginda Rasulullah

Assalamualikum..
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

-Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).



p/s: Salam Maulidurrasul 1432H..

Sunday 13 February 2011

Derma Darah

darah aku bukan AB tapi O..^^

Assalamualaikum wbk..
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..

Sekian lama tidak membuat entry baru, dah bersawang blog aku ni.
Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman derma darah bukan derma dara, ok. Masa mula-mula cakap kat bapa, nak derma darah. Than, bapa kata; "boleh ka? Kau kan tak sihat sangat, baru ja sakit hari tu.." Tapi dengan yakinnya aku kata," kenapa pula tak boleh? Sihat la sudah..".. Nak derma juga..

So, hari ni kali pertama aku derma darah, macam tak percaya je, sebabnya sudah lama aku nak derma darah tapi disebabkan rasa takut yang teramat sangat aku tak pernah cuba, dan hari ni aku dapat atasi rasa takut dalam diri aku. Alhamdulillah, sebenarnya rasa takut tu sentiasa ada. Masa mula-mula buat pemeriksaan darah, ya ALLAH.. Sakit ke tidak ni? Yalah kena buat pemeriksaan sama ada layak atau tidak derma darah. Dalam hati dah berdoa supaya tak layak sebab takut, tapi lepas buat pemeriksaan darah tu, layak pula. Nak atau tak kena derma darah juga sebab dah layak.

Masa kena panggil untuk derma darah, banyak pula alasan yang aku bagi, "nak makan dulu la, sebab tak makan lagi tadi", makan roti je".. Macam tulah aku, bila dah takut, banyak pula alasannya. Akhirnya, aku pergi juga, siap tanya kat nurse lagi, sakit or tak? Nurse kata;" tipulah kalau tak sakit, ada sakit sikit je".. Masa nurse ambil jarum, ya ALLAH.. Macam nak lari je.. Maaf, aku sangat takut dengan jarum.. Jarum untuk derma darah ni besar sangat, macam saiz pen dah.. Balik kepada nurse, aku baring je lah diam-diam, tak nak tengok pun nurse tu cucuk, sebab takut.. Sampai berpeluh-peluh aku sebab takut kat jarum.. Hehehe..

Alhamdulillah, lepas 15 minit, aku sudah derma darah sebanya 450 ml. Tak lah banyak sangat, sikit je..
Ok, mula-mula tadi tak ada rasa ikhlas nak derma, tapi berlagak tenang je.. Tapi, bila dah derma darah tu, rasa seronok sangat, sebab ramai saudara-saudara kat luar sana yang perlukan darah. Doa aku, semoga darah yang dah di derma tu, dapat menolong insan yang lebih memerlukan.. Ameen..

p/s: jom ramai-ramai derma darah, sama-sama tolong insan yang kurang bernasib baik, insyaALLAH semoga ALLAH redha..^^

Thursday 10 February 2011

Berbaik sangka


image by Google

Manusia  hari ini suka
bersangka-sangka
ada sangkaan baik
ada sangkaan buruk

Orang  beribadah disangka riak
Orang  yang relax, disangka malas
Orang  yang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang yang baju buruk, disangka zuhud (hina)
Orang  yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka  kedekut
Orang yang baik disangka buruk, orang buruk disangka baik

Orang senyum disangka mengejek
Orang  masam disangka merajuk
Orang  bermuzakarah disangka megumpat
Orang  diam disangka sombong
Orang  menawan disangka pakai susuk
Orang  nampak ceria disangka membela

Mana tau yang diam itu kerana berzikir kepada allah
Mana  tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana  tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana  tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana  tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi  sikap suka bersangka-sangka
Kerana  ia bakal memusnahkan ukwah
Saperti  musnahnya kayu dimakan api
Satu  benda yang kita lihat, 
Macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat,
Semuanya  bergantung
bagaimana kita melihatnya.

tegakkan islam dalam diri kamu, nescaya islam akan tertegak diatas bumi kamu”

- iman al-syahid hassan al- banna.

Sumber: Halaqah.net

p/s:  Bila berbaik sangka akan menghindarkan dari tercetusnya  penyakit hati.


Tuesday 8 February 2011

Dasyatnya Tenaga Doa

Hanya ALLAH tempatku meminta..
picture by korekgass@photowork

Assalamualaikum wbk . .

Doa merupakan kekuatan dan tenaga yang tiada taranya kerana ia berhubung dengan Zat Yang Maha Kuasa. Doa bagi seorang mukmin adalah senjata (wasilah) kerana tidak ada perlindungan dan daya kecuali dari ALLAH SWT. Doa adalah ibadah. Doa adalah senjata. Doa adalah benteng. Doa adalah ubat. Doa adalah pintu segala kebaikan.

Dari Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda:
 Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.

Kekuatan atau kedahsyatan doa bagi seorang muslim tidak dapat dinafikan lagi. Doa adalah senjata buat kaum muslimin, Ad Duau Silahul Mumin. Di saat canggihnya pelbagai mesin dan persenjataan abad moden ini, strategi dan kaedah peperangan, kekuatan dan kedahsyatan doa tetap tidak dinafikan dan hanya dimiliki oleh orang-orang beriman. Hal ini disebabkan orang-orang yang beriman selain daripada berusaha semaksima mungkin dalam setiap amal yang dilakukannya, dia juga tidak pernah lupa menggantungkan seluruh usahanya melalui doa kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala. Doa adalah senjata buat orang-orang mukmin, yang telah ditauladankan dari para Nabi dan Rasul, para sahabat, salafus sholeh.

Doa itu mampu mengubah yang tidak mungkin menjadi mungkin, yang biasa-biasa menjadi tidak terkata, yang berat jadi ringan, yang jauh menjadi dekat. Itulah dahsyatnya kekuatan doa. Dengan doa segalanya menjadi mungkin atas izin ALLAH Subhanahu Wa Taala.

Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya:
 Jadilah! maka terjadilah ia. (Surah 36 : Yaasin : 82)

Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: Kun (jadilah), maka jadilah ia. (Surah 16 : An Nahl : 40)


Kesilapan Berdoa :

1. Orang yang tidak pernah berdoa dikala susah dan senang

Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina. (Surah 40 : Al Mukmin : 60)

2. Orang yang berdoa ketika sedang menghadapi kesulitan, walaupaun dia terlepas dari kesulitan yang dialami dirinya mereka seolah-olah lupa pernah berdoa kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala untuk melepaskan diri mereka daripada kesulitan tersebut.

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. (Surah 10 : Yunus : 12)

3. Orang yang berdoa bergantung kepada suasana hatinya

4. Orang yang pernah berdoa tetapi menghentikan doanya kerana berputus asa (doanya tidak dikabul)

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu bahwasanya Nabi Shollallahu Alaihi Wa Sallam bersabda : Doa seorang hamba akan selalu dikabulkan selagi tidak memohon sesuatu yang berdosa atau pemutusan kerabat, atau tidak tergesa-gesa. Mereka bertanya : Apa yang dimaksud tergesa-gesa ? Beliau menjawab : Dia berkata ; Saya berdoa berkali-kali tidak dikabulkan, lalu dia merasa menyesal kemudian meninggalkan doa. (H.R. Muslim).

5. Orang yang selalu berdoa dikala susah mahupun senang dan tidak pernah putus asa dari rahmat ALLAH Subhanahu Wa Taala.

Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. (Surah 35 : Faathir : 15)

Sumber: Halaqah.net

p/s: doa senjata mukmin, berdoalah dengan sebenar-benarnya, insyaALLAH..

Tanya Hati

picture by Google image


Hidup ini umpama roda,
Adakalanya kita berjaya,
Adakalanya kita kecewa,
Adakalanya suka,
Adakalanya duka,
Adakalanya kita bahagia,
Adakalanya kita derita,


Ingatlah rakanku, setiap yang berlaku di dunia,

Pasti ada rahsia dan hikmahnya,
Yang pasti usah kita lupa,
Tingkatkan semangat dan teruskan berusaha,
Agar kejayaan ini milik kita


Hidup ini umpama sebuah lautan,

Bagaikan istana yang diimpikan,
Bahkan seperti jutawan yang punya ramai karyawan,
Yang pasti akan tiba hujungnya
Kita lalui kehidupan ini penuh rintangan.


Juga penuh dugaan serta cabaran,

Usahakan diri mencapai kecemerlangan,
Untuk mengapai impian,
Juga untuk menikmati udara yang percuma Tuhan berikan,
Agar diri lebih matang dan tidak lupakan Tuhan


Kehidupan suatu takdir dan ketentuan,

Kita sebagai makluk-Nya yang harus mencorakkan,
Hidup ini hanya tumpangan,
Akhirat yang pasti kekal kita diketemukan,
Dosa, pahala yang membezakan,
Amal manusia yang telah kita lakukan,
Jadi, tanya hati?
itukah soalan,
Ya benar, itu soalan yang memerlukan jawapan,
Baik atau buruk hanya kita yang mampu laksanakan dan jauhkan.
Moga Tuhan sentiasa memberikan nikmat kesihatan,
Agar diri ini sentiasa dekat dengan Tuhan.

sumber: iLuvIslam.com

p/s: ALLAH certainly has a unique ways to show His Love, I hope I will not lose my chance..