Wednesday 30 March 2011

Durian . . durian

picture by google image 


Bismillahirrahmanirahim..
Assalamualaikum wbk..


Sekarang musim durian, kat perak la. Tapi kalau kat negeri lain tak pasti. Cumanya nak kongsi sikit, bila musim durian tiba, bau durian yang menusuk kalbu ada di mana-mana. MasyaALLAH..kuat betul bau durian ni. Dalam minggu ni je kawan-kawan aku semuanya pergi bedal durian. Aku tak terkecuali..hehehe.. Tapi, aku tak biasa buka kulit durian dan tak pernah pun tahu cara nak buka. Baru semalam aku belajar. 


Terima kasih kepada Aina dan abang-abangnya sebab sudi belanja kami makan durian semalam. Banyak sangat sampai tak larat nak habiskan, abang Aina boleh habiskan, jangan risau tak akan membazir ^^. Dan, musim durian kali ni la aku makan lebih daripada biasa. Sebenarnya aku tak suka sangat makan durian, boleh makan tapi tak boleh banyak-banyak sebab badan aku jadi panas dan susah nak tidur. Benda ni la yang jadi kata  aku semalam sebab makan banyak duria.. jadi, ingat-ingat lah masa makan tu, jangan diikutkan sangat nafsu makan, nasihat buat diri sendiri khususnya . .


p/s: Terima kasih sekali lagi ^^,

Tuesday 29 March 2011

Hidup ini . .

menangislah..semoga hati menjadi tenang

Bismillahirahmanirahim . .
Assalamualaikum wbk . .

"Life is a road full of thorns, one who walks it needs to have extreme patience" (cgdila91)

Saban hari kita berhadapan dengan manusia. Dalam ramai-ramai manusia tu, pelbagai ragam dan sikap yang kita jumpa. Ada yang begitu, ada pulak yang begini. Ada yang baik ada pulak yang kurang baiknya. Tapi, lazimnya diri sendiri lah yang kurang baiknya. Jangan pandang serong pada orang lain. Jangan pula berprasangka buruk denga orang lain dan jangan sesekali simpan benci dan dengki dengan orang lain.

Siapalah kita nak buat semua tu? Kita tak layak nak mengkritik, jauh sekali nak menilai orang lain. Jika rasa bersalah, mohonlah kemaafan. Jika tak mampu nak diungkapkan dengan kata, mohonlah padaNYA semoga diberi kekuatan. Rendahkan ego, beranikan diri dan kuatkan semangat. Jika, tidak mampu.. Mengadulah padaNYA. Hanya DIA tempat yang terbaik. Tapi bukan hanya pada waktu susah, ingatlah DIA sentiasa diwaktu senang.

Kata orang, menangis ialah terapi terbaik untuk tenangkan hati. Kenapa dengan hati? Sakit hati? Jauh hati? Kecil hati? Makan hati? ermm… Walau apa pun keadaan hati, sentiasa lah ingatkan DIA. Kembali kepada nangis tadi, aku tak pasti sejauh mana kebenarannya. Tapi, kalau bayi atau kanak-kanak, menangis adalah satu cara untuk meluahkan perasaan dan untuk menarik perhatian. Mungkin orang dewasa pun sama.. Menangislah, supaya dapat bersihkan hati..

Pada aku, menangis sangat baik. Menangis tak bermaksud kita lemah juga tidak bermakna kita kalah. Tapi, dengan menangis kita jadi kuat. Betul!! Mata ni sangat murah dengan air mata. Bila ada masalah, air mata yang jadi peneman setia. Pabila mengadu padaNYA, air matalah yang akan memberi kekuatan. Air mata bukan saja ada waktu susah, tapi air mata juga ada dikala suka. Betul?

Sungguh, padaNYA jua tempat kita memohon. Ingatan buat insan lemah ni, apa pun yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Kuatkan diri, kuatkan hati. Semoga dipermudahkan segalan urusan.

Hidup ini umpama sebuah lautan,
Bagaikan istana yang diimpikan,
Bahkan seperti jutawan yang punya ramai karyawan,
Yang pasti akan tiba hujungnya
Kita lalui kehidupan ini penuh rintangan.

Juga penuh dugaan serta cabaran,
Usahakan diri mencapai kecemerlangan,
Untuk mengapai impian,
Juga untuk menikmati udara yang percuma Tuhan berikan,
Agar diri lebih matang dan tidak lupakan Tuhan

Kehidupan suatu takdir dan ketentuan,
Kita sebagai makluk-Nya yang harus mencorakkan,
Hidup ini hanya tumpangan,
Akhirat yang pasti kekal kita diketemukan,
Dosa, pahala yang membezakan,
Amal manusia yang telah kita lakukan,

p/s: hidup ini, penuh dengan onak dan ranjaunya..semoga terus tabah dalam menepuhnya..

Monday 28 March 2011

Bila Mendung Menjelma

menghargai nikmat ALLAH..

Assalamualaikum . .

Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai dalam kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan? 

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :
"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami). 

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57) 

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan? 

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan?  Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab. 

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah"
(al-Qamar : 11) 

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18) 

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah. 

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22) 

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123) 

Sumber: Halaqah.net

p/s: Sekarang dah masuk bulan tengkujuh..hampir setiap hari hujan..laut bergelora, ombak tinggi, ikan pun jadi mahal. Tapi, nikmat hujan sangat banyak dan aku sangat suka dengan hujan yang menjadikan hati aku tenang pabila melihat curahan air hujan..^_^

Nukilan Buat Aydil

Aydil Fazni Bin Nurdin

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbk..

Hari ni 28 Mac 2001, bersamaan dengan 22 Rabbiul Akhir menandakan genap dah 21 tahun umur abang aku mengikut kalendar Masihi . Kalau ikut kalendar Hijrah pula, dah 21 tahun 11 bulan maksudnya nak masuk 22 tahun dah sebab lahir pada 1 Ramadhan 1410H.

Nukilan ni khusus untuk abang aku yang nun jauh di Sabah. Sebagai anak lelaki sulung kaulah yang pemimpin buat adik-adikmu ni, doaku semoga hidupmu sentiasa di dalam redha ILAHI. Ingatlah bahawa sesungguhnya hidup kita di dunia ni sementara Cuma, kelak kita semua akan kembali kepadaNYA. Pesanku, jagalah maruahmu sebagai hamba ILAHI, sebagai khalifah di muka bumi, sebagai anak kepada mama dan bapa, sebagai abang kepada kami adik-adikmu dan sebagai suami dan ayah kepada isteri dan anak-anakmu kelak.

One step to death. . 
umur semakin meningkat, 
usia semakin singkat, 
gunakan kesempatan dijalan yang berkat, 
semoga hidup sentiasa mendapat rahmat.. 

p/s: Salam ulang tahun kelahiran yang ke-21. Umur dah tua, jadi jangan nak berlagak muda pulak. Even muka childish, tapi hakikatnya tetap dah tua..^_^

Sunday 27 March 2011

Surat Cinta Buat Hawa


image by Google image

Assalamualaikum wbk..

Cemburu kulihat sang pungguk memadu rindu dengan sang bulan.Cemburu ku lihat sang helang terbang berdua-duaan.Cemburu juga aku pada si belangkas yang hidup berkasih-sayang.Tapi aku terus kepiluan.Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi Hawa yang dulu.

Aku terbang bebas dalam duniaku.Ibarat sang helang yang gagah melebar sayap di ufuk timur,berani.Ku ibaratkan kau Hawa umpama sayap kiriku ini.Lantaran tinggi nilaimu di hati lelaki.Ku terbang setinggi-tingginya meredah awan,tanpa ada tembok yang membatasi,tanpa ada dinding yang menghalang.Tatkala sesekali,bayu kencang menerjah,kuterbang rendah.

Hawa,
Bukan ku tewas dengan bayu nan kencang.Biarpun aku umpama helang yang gagah perkasa dan raja udara yang unggul di awanan.Namun,andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat,aku tak mampu menongkah ribut yang menggila mengikut haluanku.Berat untukku menghadapinya dengan sayap kanan cuma.Kau tahu Hawa,aku jadi derita.

Hawa,
Kuteruskan jua perjalanan dengan ketabahan.Ku bawa bersama dalam kepayahan.Kau memarahiku kerana egoku.Kau leteri semahumu.Tanpa kau dengan kalamku.Andainya hilang ego lelaki,maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan.Kerana ego mencipta karisma dan kewibawaan.Namun,tatkala egoku menjadi egoisme,maka disitu aku perlukan teguran.Kuharapkan kritikan serta pesanan berpanjangan,agar ku tetap terbang di awanan,menjadi jaguh helang terbilang.Tapi,tafakurku sejenak di pepohinan,kenapa kau tidak lagi menjadi hawa yang dulu??

Hawa,
Ku sedar,kehadiranmu kupinta di syurga keran ku akur tiada nikmat yang boleh menandingi keistimewaanmu.Kau diciptakan indah,bukan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan dari kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya,tapi daripada rusukku,dekat dengan dada untuk dilindungi,dekat pula dengan hati untuk disayangi.

Hawa,
Dulu,kuperlukanmu sebagai teman berbudi.Menemani tugas beratku sebagai khalifah di bumi.Kaulah creminku yang sentiasa memuhasabah diri.Tapi,kini keindahanmu yang sering kupuja,kau salah erti.Kau tamil menghiburkan dunia dengan susuk tubuh yang menggiurkan.Kaumku kekaburan,matanya bertelanjang.Hatinya lemas ditelan keasyikkan.Ah,memang kaumku suka mengambil kesempatan!!!Tapi,kenapa kau jual dirimu bak barang pameran???Dimana hilang malumu yang menjadi hias pakaian???Tidakkah kau tahu,tubuhmu yang montok menjadi hidangan enakbuat mata,racun pada jiwa.Aku bisa terhumban keneraka kerananya.Kau gunakan keistimewaanmu untuk menggoda,air matamu untuk melemahkan iman.Oh Hawa,aku rindukan Hawa yang dulu!!!Malu,terjaga,terpelihara...

Hawa,
Kutahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok,perlu hati-hati untukku luruskan.Lantaran itu,ku datang bukan untuk menunjuk cengkamankuku tajam dikaki,bukan juga mengugut dengan paruh berbisa,tapi supaya direnung bersama bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri.Dengarlah bisikan kasihku,sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu,sesuci Maryam,seteguh Asiah,setulus Khadijah,setabah Fatimah.Merekalah lambang kemuliaan insan bernama Hawa.

Hawa,
Namamu indah,biarpun dimana,di segenap jiwa,
kaulah ibu,terukir kasih di setiap dada,
kaulah kekasih,dirindui saban ketika,
kaulah puteri,pengubat duka,penyejuk mata,
kaulah adik,pemberi semangat paling berguna,
kaulah mukminah,terukir indah di setiap dada,
ketahuilah Hawa,
kau kupuja,
kerana rahim lembutmu melahirkan kaumku yang berhati waja,
kerana ayunan lembut tanganmu,membesarkan aku dengan terjaga,
kerana kewanitaanmu,taman hidup tempat cintaku berbicara,
kerana kaulah ladang tanaman,taman nafsuku yang bergelora,
kerana kau adalah hiasan,paling indah dari dunia seisinya.

Maka,kudatang padamu Hawa,membawa ubat dengan penuh cinta.Ubatilah dirimu agar ku dapat terbang menguasai angkasa dan alam dengan kedua-dua sayapku yang kuat dan mantap agar bukan sahaja ku dapat menongkah angin nan kencang bahkan sayapku kibar penuh bangga,mencipta taufan....


sumber: SEINDAH MAWAR BERDURI, karya Fatimah Syarha Mohd Nordin.

p/s: Muslimah yang sebenar tidak akan redha dirinya dipuji dan dipuja lelaki ajnabi yang punya penyakit dalam hatinya kerana kebanggaan dan keseronokan itu disimpannya dalam-dalam, hingga saat dahinya dikuncup lembut suami tercinta yang mengambilnya dengan nama Allah, buat kali pertama.

Saturday 26 March 2011

Rindu . .

image by Google image..


Assalamualaikum..


Hari ni hari sabtu, esok ahad dan begitulah seterusnya.
Entah esok masih ada atau tidak. 
Hanya ALLAH yang tahu. 
tapi yang pasti aku sangat rindu..
rindu dengan mama dan bapa..
rindu nak makan bersama..
rindu nak menatap wajah..


Sabah hari, aku terus merindu..
exam tak lama lagi,
nota masih tak dibaca,
masih bergelumang dengan assignment..
yang entah bila nak habis..


its normal..
lumrah hidup sebagai pelajar..
bersusah-susah dahulu..
insyaALLAH dipermudahkan di hari kemudian


aku cuma nak kata..
aku sangat-sangat rindu
dengan mama..
dengan bapa..
dengan adik-beradik..
dengan haiqal.. (^_^)


ya ALLAH.. kasihilah mereka..


p/s: haiqal, tunggu kak dila balik ya...^_^

Tuesday 22 March 2011

Akhlak umpama bunga



jadilah seperti bunga yang indah..

Assalamualaikum wbk.. 


Bila bercakap tentang sekuntum bunga mawar, bayangan indah, harum semerbak akan tergambar di benak kalangan kita. Mawar adalah sekuntm bunga yang bukan sahaja indah dan cantik, bahkan harum pula. Ramai yang sukakan bunga ini. Lelaki atau perempuan semua menyukainya. Cuma kekadang lelaki agak egois untuk mengakuinya. Biasalahkan guys!

Dalam hidup bermasyarakat dan bersahabat, kita jadikanlah diri kita sebagai bunga yang disukai oleh semua orang. Bukan senang untuk mencuri hati semua orang. Lain manusia.lain pula perangainya. Tapi walauapapun manusia, mereka tetap mempunyai fitrah yang sama. Mungkin warna kulit tidak sama, citarasa berbeza tetapi fitrah mereka sama dan serupa. Fitrah manusia sukakan akhlak yang mulia. Akhlak yang mulia umpama bunga mawar yang disukai setiap mata yang memandangnya.

Melihatnya sudah menyejukkan hati, bahkan kasih sayang pula ditebarkan seluasnya untuk dinikmati bersama. Akhlak mulia seperti selalu menghormati orang tua yang lemah, mengasihi kanak-kanak, menghargai kaum perempuan, tidak menyakitkan hati orang lain dan segala macam sifat mahmudah yang dijelmakan samaada secara zahir mahupun dalaman.

Akhlak dalam Islam mempunyai kedudukan yang tinggi. Akhlak termasuk dalam perkara-perkara yang asas dalam islam dan tidak dibenarkan berlakunya perselisihan pendapat yang berlaku padanya seperti wujud perselisihan pandangan dalam perkara ibadah dan sebagainya.

Akhlak diletakkan dalam keutamaan agama pada kedudukan yang kedua selepas soal akidah.
Bahkan tuhan sendiri dalam Al Quran, menyatakan bahawa tujuan Rasullulah diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak umat manusia. Memang dalam masyarakat pada fitrahnya adalah berakhlak mulia, tapi kedatangan Rasullulah adalah untuk menyempurnakan lagi dan memperkukuhkan lagi supaya selaras dengan fitrah Islam sendiri.

Bagaimana akhlak boleh lahir? Sekuntum bunga yang mekar lahir dari pohon yang subur dan sihat. Begitulah akhlak yang mulia; ia lahir daripada tapak IMAN kepada Allah yang kukuh. Rasullulah pernah menyatakan bahawa kamu tidak akan masuk syurga jika kamu tidak beriman, dan kamu tidak dikira beriman jika kamu tidak berkasih sayang…” ini menunjukkan wujud perkaitan antara iman dan akhlak. Jika iman itu baik, akan lahirlah akhlak yang baik. Begitulah jua yang berlaku sebaliknya. Akhlak ialah manifestasi dari keimanan yang teguh pada Allah.

Iman pada Allah ialah percaya bahawa Allah adalah tuhan dan kita adalah makhluk ciptaanNya. Semua manusia adalah sama disisi Allah. Dengan mengakui ketuhanan dan ketuanan Allah, secara automatik rasa bangga diri, ego, rasa hebat, menghina orang lain akan terhapus dengan sendiri. Bila rasa rasa ini terhapus, rasa hormat, rasa kasih sayang, rasa bangga dengan orang lain akan datang dengan sendirinya.

Orang yang berakhlak mulia akan disukai oleh semua orang. Pandai mengambil hati orang lain sekalipun emosi sendiri terpaksa dikorbankan. Memang sukar untuk menjadikan kita disukai oleh orang. Cakap soal akhlak yang baik adalah senang, tapi bagaimana untuk berakhlak itu dalah susah.

Ruangan mahmudah akan menentukan bagaimana untuk mengambil hati orang lain dan menjaga perhubungan anda sesama manusia dalam pelbagai keadaan. Dalam satu situasi mungkin anda ingin menegur rakan, dalam situasi lain, anda mahu rakan anda suka pada anda, anda mahu dihormati, anda mahu dihargai, juga mahu menghormati dan menghargai, atau mungkin ada ketika terdapat pertembungan antara kepentingan diri, atau perjuangan dengan menjaga hati sahabat atau masyarakat.

Justeru , tanamkan iman kepadaAllah dengan sepenuh kepercayaan, yakin dengan janjiAllah seperti ujian hidup,ajal maut, qada dan qadar.

Tanamkan bahawa ketaatan kepada allah adalah kunci akhlak yang mulia, patuhilah peraturan demi menjamin keamanan dan keharmonian yang kita idamkan. Sebagai mana kita ingin menjadi idaman seseorang, begitulah jua orang lain ingin menjadi idaman kita.

Sebagai mana kita tidak mahu menjadi kebencian orang, begitulah orang lain tidak mahu menjadi kebencian kita. Sebagai mana kita mahu disayangi, begitu jualah orang lain mahu disayangi.

Jika semua mahu disayangi siapakah yang mahu menyayangi? Jika semua mahu dihormati siapakah yang akan menghormati?

Sumber: Halaqah.net

p/s: nasihat buat diri yang lemah juga sekalian saudara..

Saturday 19 March 2011

Bingkai Kehidupan



Assalamualaikum wbk..
Selawat dan salam ke atas baginda Nbi SAW, keluarga dan para sahabat..

Mengharungi samudera kehidupan..
Kita ibarat para pengembara..
Hidup ini adalah perjuangan..
Tiada masa untuk berpangku tangan..

Setiap titis peluh dan dara..
Tak akan sirna ditelan masa..
Segores luka di jalan ALLAH
Kan menjadi saksi pengorbanan,,

ALLAH adalah tujuan kami..
Rasulullah teladan kami..
Al-Quran pedoman hidup kami..
Jihad adalah jalan juang kami..
Mati di jalan ALLAH adalah..
Cita-cita kami tertinggi..

Tiga rangkap lagu nasyid daripada kumpulan Shoutul Harakah yang bertajuk 'Bingkai Kehidupan'. Suka denga setiap bait-bait kata daripada lagu ni.. Kita hidup di dunia ni sementara Cuma dan ALLAH adalah tujuan kita yang sebenar. Bila dengar lagu ni betul-betul, dapat aku rasa yang hidup ni merupakan satu samudera yang perlu aku harungi dengan bersungguh. Sebabnya, badai dan ombak akan sentiasa ada, iaitu merujuk kepada setiap ujian dan musibah yang ALLAH berikan kepada kita hambaNYA.. Macam yang berlaku di Jepun sekarang, semoga ALLAH beri kekuatan kepada mereka dalam menghadapi ujian hidup..

Berbalik kepada samudera tadi, aku perlukan bingkai dalam kehidupan ni supaya aku tidak mudah tergelincir dan hanyut dibawa arus kehidupan. Hidup tanpa bingkai ibarat lautan yang tidak bertepi. Persoalannya, mampukah aku berenang dalam mengharungi lautan dan ombak yang kian mengganas , sedangkan hujung yang dicari masih tidak kelihatan..

Rangkap ketiga lagu ni jelas menunjukkan matlamat yang perlu ada dalam diri seorang hamba, iaitu aku dan semua hamba ALLAH.. DIA adalah tujuan yang kita. Hidup ini perlu dilemgkapi dengan matlamat yang jelas, teladan yang terbaik, pedoman yang lengkap dan jalan perjuangan yang mantap..


p/s: Jika ingin melukis, lukislah potret kehidupa.. Jika ingin melakar, lakarlah bingkai kehidupan..

Friday 18 March 2011

RedhaNya





Bismillahirahmanirrahim...



Janji dan azamku.
Kanku perbataskan perbuatanku,
Kanku singkatkan perbualanku,
Kanku sukat gerak dan gayaku,
Kanku pelihara kesucian dan maruah diriku,
Tidakkanku terlalu murah senyumanku dengan mana-mana lelaki ajnabi.

Keranaku tahu juaku mengerti.
Wanita solehah itu dipandang dari peribadinya,
Dilihat dari akhlaknya,
Ditinjau dari lemah-lembutnya,
Ditafsirkan dari susunan kata-katanya,
Kegagahan wanita berdiri di atas teguh imannya,
Dari sini wanita jua diriku diketahui segalanya.

Pandanglah kataku,
Renunglah dengan mata hatimu setulusnya,
Selamilah dasar hatiku berbisiklah pada dirimu,
Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan,
Tinggalkan kata-kataku yang menyimpang dari landasan kebenaran.

Seperti katamu yang kusemat dihatiku,
Hati ini milik-Nya,
Cinta ini kerana-Nya,
Hidup ini semestinya untuk-Nya.

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
dan pandangan hatilah yang hakiki.

Ketika iman sudah menghiasi hati,
dan kemanisannya mula dikecapi,
Semua ujian tidak akan menggugat diri,
Kesunyian kesedihan dan kekecewaan akan berganti,
dengan keyakinan dan kesyukuran.

Jika tidakku perhatikan hikmahnya dengan mata hati,
Jika tidakku zuhud dalam pencarian cintaku,
Jika tidakku teguh mengukir senyum buat pengubat kerunsingan,
Jika tidakku seikhlas jiwa semurni sanubari memohon keampunan-Nya,
Jika tidakku titiskan air mata keinsafan,
Jika tidakku renung dan resapkan keyakinanku pada-Nya,
Jika tidakku pasrah dengan ketentuan-Nya,
Mana mungkin ku dambakan kasih-Nya dalam iman?
Bagaimana pula bolehku harap redha dari-Nya?

p/s: ya ALLAH..hanya redhaMU yang ku damba..


Wednesday 16 March 2011

Tell me why..



In my dream children sing a song of love for every boy and girl 
The sky is blue and fields are green and laughter is the language of the world 
Then I wake and all I see is a world full of people in need 

Tell me why (why) does it have to be like this? 
Tell me why (why) is there something I have missed? 
Tell me why (why) cos I don't understand.
When so many need somebody we don't give a helping hand.
Tell me why? 

Everyday I ask myself what will I have to do to be a man? 
Do I have to stand and fight to prove to everybody who I am? 
Is that what my life is for to waste in a world full of war? 

Tell me why (why) does it have to be like this? 
Tell me why (why) is there something I have missed? 
Tell me why (why) cos I don't understand.
When so many need somebody we don't give a helping hand.
Tell me why? 

(children) tell me why? (declan) tell me why? 
(children) tell me why? (declan) tell me why? 
(together) just tell me why, why, why? 

Tell me why (why) does it have to be like this? 
Tell me why (why) is there something I have missed? 
Tell me why (why) cos I don't understand.
When so many need somebody we don't give a helping hand.

Tell me why (why,why,does the tiger run) 
Tell me why (why why do we shoot the gun) 
Tell me why (why,why do we never learn) 
Can someone tell us why we let the forest burn? 

(why,why do we say we care) 
Tell me why (why,why do we stand and stare) 
Tell me why (why,why do the dolphins cry) 
Can some one tell us why we let the ocean die ? 

(why,why if we're all the same) 
tell me why (why,why do we pass the blame) 
tell me why (why,why does it never end) 
can some one tell us why we cannot just be friends? 

p/s: hayati..

Friday 11 March 2011

Insan mudah lupa

image by Google

Bismillahirahmanirrahim, segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam.. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat baginda..

Assalamualaikum wbk..


Kita hidup ada akhirnya. Tiada bukti yang disekeliling kita menunjukkan manusia tidak MATI , masih berterusan hidup walaupun mula dilahirkan di zaman Firaun lagi atau lebih awal daripada itu.

Atas kesedaran inilah kita mencari agama, mencari petunjuk dari yang maha BERKUASA, pencipta kehidupan dan kematian. Lalu, kita percaya ALLAH, yang menghidupkan dan mematikan manusia. Dari RASUL (MUHAMMAD S.A.W.- SUNNAH) dan KITAB(AL-QURAN) kita tahu berita tentang selepas kematian. Adanya balasan SYURGA dan NERAKA.

ALLAH yang Maha Pengasih, tidak membiarkan kita sendirian. Al-Quran dan As-Sunnah dibekalkan. Untuk kita mencari redhoNya dan seterusnya janjiNya syurga. Mencari yang BERTENTANGAN dengan apa yang AL-QURAN dan AS-SUNNAH pandukan, NERAKAlah balasannya. Tega kah kita pada api yang membakar. Menjulang julang! Api yang memberi keazaban yang terlalu perit tidak mampu ditanggung oleh fizikal manusia yang terlalu kerdil.

ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Cinta Allah pada makhlukNya, melebihi cinta ibu kepada anaknya sendiri. Bukankah kita diberikan akal, jadi kita adalah manusia siuman. Bukankah kita diberikan penglihatan, lalu kita mampu melihat. Bukankah kita diberikan keupayaan untuk belajar, lalu kita mampu memahami. Bukankah kita diberikan telinga, lalu kita mampu mendengar. Cukup BESAR pemberian ALLAH pada manusia. KENAPA. INSAN MUDAH LUPA???

Adakah kita mampu melihat tanpa izinNya!. Adakah kita mampu mendengar tanpa izinNya! Adakah kita mampu menyentuh dan merasa tanpa izinNya!. Adakah kita mampu mempunyai pasangan, anak-pinak, profession, rumah, kereta dan segala yang kita ada sekarang ini tanpa izinNya.

Danadakah kita mampuwalau untuk mengangkat kelopak mata tanpa izinNya.

IKUTLAH apa yang ALLAH SURUH dan TINGGALKANLAH apa yang ALLAH LARANG. CEGAHLAH apa yang ALLAH minta kita CEGAH. Peganglah Al QURAN dan AS-SUNNAH sekuat-kuatnya , inilah pesan Rasul (s.a.w.) kesayangan kita dalam khutbahnya yang terakhir di Arafah.

Carilah ILMU ALLAH. Bacalahfikirlah wahai insan-insan yang punya akal. Tanyalah pada orang

yang tahu dan bermusyawarahlah bersama mereka. Itulah khalifah-khalifah (yang diberi petunjuk) lakukan setelah ketiadaan Rasulullah (s.a.w.). Jangan sekali-kali membuat keputusan dengan akal yang tidak dituntun oleh AL-QURAN dan AS-SUNNAH. TAATLAH PADA ALLAH DAN RASUL.

CINTAILAH ALLAH S.W.T dan MUHAMMAD S.A.W MELEBIHI CINTA KEPADA KEMAHUAN DIRI KITA SENDIRI.

INSANingatlah!. Sebelum terlambatsebelum KEMATIAN menjemput kita pulang pada ALLAH YANG ESA.

wallahualam..

Sumber: Halaqah.net

p/s: masa terus berlalu..usia semakin singkat, JANGAN kita lupa, siapa sebenarnya kita di dunia ini!


Sunday 6 March 2011

Buku-buku..

image by Tori


Assalamualaikum wbk..


Alhamdulillah..Pesta Buku & Informasi yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada hari sangat banyak manfaatnya. Syukur, bila berkisah tentang pesta buku mestilah cerita pasal buku. Ok, memandang setiap insan ada hobi masing-masing, aku pun ada juga dan salah satu hobi aku, suka kumpul buku. Kalau masa sekolah dulu, budak perempuan memang suka baca novel, dan yang pasti mesti novel cinta. Mungkin bukan semua, tapi daripada pengalaman aku sendiri memang ramai yang suka dengan novel cinta terbitan alaf 21, siap dengan penerbit lagi.. 


Tapi, itu semua kisah lama.. sekarang pun aku memang suka dengan buku tapi agak kurang untuk membeli novel cinta terbitan alaf 21. Sebabnya sekarang lebih cenderung untuk beli novel Islamik pula terbitan galeri ilmu dan PTS. Novel juga, dan memang akan ada cerita tentang cinta.. itu fitrah semua insan suka dengan cinta, kan? ^_^ 


Sebenarnya, aku tengah menunggu Pesta Buku Antarabangsa 2011, yang akan diadakan pada bulan April nanti kat PWTC, tahun lepas pun ada pergi dan beli agak banyak juga la. Tapi, tahun ni tak pasti lagi, sebab bulan 4 nanti dekat dengan final exam dah..Jadi, memandangkan tak pasti lagi nak pergi atau tak, aku pun beli la buku kat pesta buku yang kolej aku buat ni. Antara buku yang di beli..


novel ni..best..

buku panduan solat malam..

buku ni pun best..

yang ni buku cerita, special for my younger sister.. Indah, for you ^_^

p/s: tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad..

Saturday 5 March 2011

Selawat Nur Muhammad



Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku

Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.

Sollu, sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.

Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,

Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,

Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya

kredit to Anamuslima1190

p/s: jom selawat..