Wednesday 31 October 2012

Nikmat Allah



Assalamualaikum wbk.. Alhamdulillah, segala puja dan puji bagi ALLH SWT, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sekalian sahabat.

Sekian lama jari-jemari ini tidak menulis untuk berkongsi kata. Alhamdulillah, hari ni ALLAH bagi kekuatan buat insan lemah ini dalam menulis untuk memberi nasihat kepada diri sendiri khususnya kerana telinga yang mendengar itu sangat dekat dengan mulut yang berkata-kata dan samalah juga dengan tangan yang menaip itu sangat dekat dengan mata yang memandang.

Dulu aku seorang pelajar dan kini aku seorang pendidik. Perjuangan dalam mendidik bukan satu perkara yang sangat mudah. Ramai yang kata, jadi guru ni senang! Ajar budak A B C, 1 2 3 dan ا ب ت. Tapi hakikatnya menjadi guru dan pendidik ni adalah satu bidang kerja yang sangat mencabar. Menjentik emosi dan rohani. Kadang hati merungut kenapalah pelajar ni sangat degil dan nakal. Tapi itulah yang harus dihadapi. Perlukan semangat yang kuat dan perkara pertama yang perlu terlintas dihati sebelum bergerak ke sekolah ialah NIAT. “Ya ALLAH, ikhlaskanlah hatiku dalam mendidik anak-anak ini supaya mereka mendapat ilmu yang bermanfaat.”

Hari ini kita bersyukur, hari esok tambahkan kesyukran dengan nikmat pemberian ALLAH kerana itu sifat seorang hamba. Alhamdulillah, semoga diri ini terus diberi kekuatan dalam mendidik mereka menjadi insan yang bertakwa. Setrusnya dapat mencapai matlamat dalam melahirkan generasi Al-Quran, insyaALLAH..

p/s: semoga diri terus diberi kekuatan untuk menjadi murabbi..insyaALLAH..

Puncak Bukit, Bandar Sierra
4:24 pm
31/10/2012


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Thursday 4 October 2012

Nilai Wanita



Assalamualaikum . .

Lelaki, yang menghormati wanita, ialah lelaki yang tahu nilai bagi seorang wanita. Nilai yang amat mahal, pastinya. Mahal yang bukan sebarangan mahal, kerana tiada wang yang mampu dibayar. Tiada emas yang mampu digadai. Bahkan tiada angka yang boleh menjadi kira-kira, untuk menyukat nilai seorang wanita.

Kerana wanita itu, walaupun sering disamakan dengan 'lemah', tetapi ternyata Allah lebih mempercayai kekuatan jiwa seorang wanita. Kerana itu, sehebat atau segagah manapun lelaki, Allah tak jadikan mereka mengandung. Sebaliknya, wanita yang lemah inilah yang 9 bulan membawa zuriat kita, kesana kemari.

Nilai wanita, ialah syurga.

Maka, setiap wanita perlu merasakan diri mereka mahal juga! Semahal harga syurga. Adakah syurga itu boleh disewa beli?

Lelaki yang menghormati wanita, tak akan meminta yang bukan-bukan.

Tak akan meminta untuk keluar dating.
Tak akan meminta gambar.
Tak akan meminta no. telefon.
Dan tak akan meminta nak pegang tangan!

Wanita ialah mutiara, yang mempunyai penjaga.
Dan penjaga itu ialah ibubapanya.

Jika berkenan, gunakan saluran yang betul.

Wanita bukan macam kereta, ada 'test drive'.
Bukan juga macam pakain, ada 'fitting room' untuk mencuba-cuba.

Bukan juga tikus makmal, untuk eksperimen jiwa!

Lelaki yang menghormati akan melakukan sebagaimana selayaknya orang beriman belajar bercinta,

"Pak cik, saya berkenan dengan anak pak cik. Adakah dia masih belum berpunya?"

Heh. Ada bran?

Hormatilah wanita, kerna mereka ialah bakal ibu kepada anak-anak kita.



nukilan Iqbal Syarie

Sebagaimana kita tak mahu anak kita 'dicuri' nanti, maka kita pun janganlah mencuri anak orang, hari ini!

sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..