Wednesday 9 November 2011

In Time..


Assalamualaikum wbk..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, baginda Nabi Muhammad saw, keluarga dan sekalian sahabat.

Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh dan saling berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. ( Al ‘Ashr).

Ungkapan yang lazim menjadi halwa telinga. Masa, adalah makhluk ALLAH yang sangat degil. Walau harta menimbun, kita tak akan mampu untuk membeli masa. Imam Al-Ghazali pernah berkata, masa lalu ialah perkara yang sangat jauh dari diri kita. Walau siapa pun diri itu, masa lalu tidak mungkin akan kembali lagi.

Sekian lama aku tidak menulis, dalam coretan kali ini, ingin aku berkisah tentang masa. Memandangkan baru saja habis menonton cerita In Time. Terima kasih kepada sahabat yang sudi belanja (next time belanja lagi ya.. hehe). Aku bukan mahu berkisah tentang cerita In Time, tapi aku mahu berkongsi sedikit perkara dan ikhtibar daripada cerita ini.

Sejak azali lagi ALLAH sduah tetapkan dalam diri setiap hambaNya, iaitu ajal maut, jodoh pertemuan juga bahagia atau derita. Tiada manusia yang tahu bila ajalnya akan tiba kerana ajal itu rahsia ALLAH. Walau bagaimana hebat sekalipun insan itu, dia pasti akan mati. Mati, adalah perkara yang pasti berlaku kepada setiap yang bernyawa. Ya, masa umpama emas, namun masa bukan emas yang boleh dibeli dan dipajak gadai. Tidak, masa adalah hak milik setiap insan. Setiap daripada kita punya masa yang telah ditetapkan olehNya. Namun, berbalik kepada diri sendiri, bagaimana kita manfaatkan masa yang ada. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, kan?

Namun, dalam kisah In Time, setiap yang lahir punya masa sebanyak 25 tahun. Masa adalah duit, bak kata orang business, Time is money. Setiap yang mereka lakukan perlu dibayar dengan masa. Yang miskin akan berusaha keras untuk teruskan hidup, manakala yang kaya punya masa yang banyak sehingga berdekad-dekad lamanya, bahkan sehingga billion. Rompakan masa juga sering berlaku. Setiap manusia berusaha keras untuk terus hidup hidup walau sedetik cuma. Tiada yang mahu mati. Jadi, sampai bila mahu terus hidup?

Sesuatu yang tidak mungkin berlaku di dunia nyata. Andai hal ini wujud, pasti ramai manusia yang mahu terus hidup di dunia yang penuh tipu daya ini. Merasai nikmat dunia tanpa mengenal erti puas. Hakikatnya, kita semua tahu. Mati itu pasti. Janji ALLAH itu juga pasti. Tiada keraguan bagi mereka yang beriman dan bertakwa kepadaNya. Kita semua tahu, dunia ini persinggahan cuma. Daripada Dia kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali.

Suka untuk aku berkongsi sedikit kata, bekerjalah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup untuk selamanya dan beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari. Last but not least, setiap yang berjiwa akan mati. Masa yang ada akan terus berlalu dan tak akan kembali lagi. Gunakan usia yang berbaki ini dengan sebaiknya, nasihat buat diri sendiri dan sekalian sahabat. Semoga setiap yang kita lakukan akan mendapat redhaNya, insyaALLAH.

p/s: Ambil pengajaran daripada kisah yang ditonton. Ajal manusia adalah rahsia ALLAH yang tak mungkin akan kita ketahui. Bersiap sedia untuk Mati!!



sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..