Monday 29 November 2010

Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku

Bawalah aku bersamamu mujahidku, 
bersama-sama menembusi JannahNYA . .

Assalamualaikum . .


Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…

Kasih dan cintaku padamu bukanlah semata-mata siapa dirimu..tetapi semuanya kerana Allah..tetapi cukupkah aku mengatakan bahawa aku mencintaimu. Aku sayang padamu? Ketahuilah wahai mujahidku..segala rasa yang ada kini adalah rasa yang dikurniakan DIA pada kita..maka berbahagialah dengan itu..namun ISLAM itu menjanjikan yang INDAH pada yang MEMELIHARANYA…



Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…

CINTA+SAYANG+RINDU+KASIH hanya akan ku lafazkan, apabila bersama yang HALAL bagiku…kerana apa? Kerana bagiku KEMANISANNYA akan lebih terbalas dan akan BERGANDA kebaikannya nanti..mengapa aku tak ucapkannya padamu? Kerana aku mengimpikan KEMANISAN itu..aku impikan itu…dan ketahuilah. Aku menghargai segala-galanya dengan rasa yang tak terluah…DIA juga Maha Mengetahui segalanya dalam hatiku…


Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…

Doaku tak pernah putus dalam memohon kepadaNYA agar terus ditetapkan dirimu untukku..agar terus ditetapkan hatimu bagiku..dan ketahuilah aku mengetahui, dirimu juga mengimpikan hal yang sama…maka kita mempunyai impian yang sama..BERSATU MENUJU CINTANYA…MENUJU REDHANYA…dan aku akan menunggu dengan setia mujahidku menjemputku untuk terus pacu HATI dan JIWA MENUJU CINTA ILAHI YANG ABADI…


Ketahulah dirimu yang menjadi mujahidku…

Fasa demi fasa, tahap demi tahap, peringkat demi peringkat akan dilalui…kerana kita mengetahui, perjalanan itu jauh..dan BEKALAN itu perlu untuk kita mengharunginya…maka katika inilah UJIAN dan DUGAAN akan menerpa..maka, BERSABARLAH..bersabarlah..bersabarlah…itu yang selalu dikatakanNYA dalam Kalam yang Agung…dan itu juga dirimu selalu berkata padaku dan peringatanku pada diriku dan dirimu…


Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…

Bagai ombak menghempas pantai, semuanya ada hikmah disebaliknya..semoga kita tidak terleka..Kelekaan membawa kerugian, ketakwaan paling utama..Moga taubat ku diterima, dibawah keredhaan Mu Ilahi..Dunia tidak laksana embun yang dingin, tidak sedingin sang bayu pagi..Dilanda gelisah tiada pedoman, mencari jalan Ilahi..

Angin bertiup membawa berita duka, menyentuh rasa hati naluri berdebar..Mengenang diri tiada pedoman, memohon keampunan..Lantaran sepi di jiwa ini, dilindungi gelisah tanpa iman Ilahi..Dunia sepi bagai tiada penghuni, kosong hati ini terpancar duka..


Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…

Makin kita mendekati-Nya, makin kita diuji, makin banyak doa, makin banyak ujian menimpa, kerana segala yang dipinta tidak akan datang dengan segera, tapi ia akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberi oleh-Nya kerana Allah tak memberi apa yang kita mahu, tetapi Dia memberi apa yang kita perlu…


Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…

Ku bangga melihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian..Ku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…Ku bangga andai dikau syahid di medan kebenaran dari hidup dalam kesesatan…Kerana jangan lupa..Muliamu bukan pada pangkat dan harta, paras rupa atau popularity…Tapi kerana KETAQWAAN DAN KEPATUHAN kepada Allah..Kerana Islam yang dikau junjung tinggi…



nukilan : althafunnisa_89
sumber: ukwah.com




p/s:Walaupun kamu tidak mampu berkorban sama seperti pengorbanan para Nabi dan para sahabat, Korbankanlah nafsu, perasaan dan sedikit hartamu untuk agama Allah SWT...

Lelaki Handsome Vs Lelaki Tak Handsome

picture by blentley
Assalamualaikum . .


Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool gila...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan macam bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan itu!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mahu bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mahu bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


sumber: Ukwah.net


p/s: benarkah begitu? Bagaimana pun penilaian orang lain pada diri kita, biarkan saja.. Penilaian ALLAH pada kita lebih utama . . handsome atau tak, itu cuma luaran saja. Yang membezakan manusia hanya iman dan takwa kepada ALLAH.. ^_^

Cahaya Hidup

kucari cahaya, dalam kegelapan malam..

Assalamualaikum . . 


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan


Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga


ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud


nukilah: Cahaya Hidup
sumber: Halaqah.net


p/s: kehidupan penuh dengan dugaan yang tidak pernah jemu menjengah usia yang kian meningkat menuju ke arahNya... Saban hari kita di ingatkan tentang Dia.. Dia yang melihat,menduga kita.. Carilah keredhaanNya sebelum Dia menjemput kita.. Ingat lah wahai saudara Islam ku.. Bantulah mereka di luar sana yang kian hanyut mencari Dia di dalam cahaya Ilahi... 

Sunday 28 November 2010

Kucing

sayang awak kucing . .


Assalamualaikum . .
kisah si kucing . .


Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.

Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya. Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 kami lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentah lagu "Cindai" nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan. Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 kami dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang
bengkok, segala conner , segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah. 

Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar...

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah
keheranan.

Budin: Panggil dia! (herdik Budin dengan nada yang tinggi...)

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!...  ^_^


sumber: Halaqah.net




p/s: sekadar perkongsian cerita yang lucu dan menarik.. walaupu saya tak suka sangat, tapi boleh la suka sikit-sikit ^_^ . . sayangilah kucing, kerana dia juga makhluk ALLAH..

Ikwahku

picture by google

Assalamualaikum wbk . . .


IKHWAH
Perjuanganmu menaikkan semangat kami
Keberanianmu memegang panji agama membuka mata kami
Kesopanan akhlakmu melembutkan hati kami
Kelembutanmu beragama menginsafkan diri


IKHWAH
Dirimu adalah tiram yang berduri
Menjadi pelindung mutiara yang berseri
Dirimu sentiasa sabar menanti
Hadirnya cinta Ilahi
Hadir jua cinta si bidadari duniawi


IKHWAHKU
Ikutlah syariat dalam memiliki sang bidadari
Kerna cara itu indah sekali
Istikarahmu sangat beerti
Dengan Petunjuk Ilahi
Mungkin sang bidadari tidak pernah kau kenali
Namun, seribu kebahagiaan kan kau kecapi
Andai itu jodohmu yang ditetapkan Ilahi


IKHWAHKU
Dalam meniti hari
Jangan kau tenggelam dengan cinta duniawi
Jangan kau lalai dengan manabur janji kepada mahasiswi
Kerana sayang sekali
Dikau ikhwah yang terpilih oleh Ilahi
Di jalan ini
Bersama kami
Menguatkan ad-deen


IKHWAHKU
Izinkan ku bersuara dari hati
Jagalah apa yang selama ini diberi
Oleh seorang insan yang banyak berbudi
Mengenalkan kita di jalan ini
Mendekatkan kita kepada Ilahi


IKHWAHKU
Sudah berkali ku titipkan warkah ini
Agar dikau kembali mencari diri
Kembalikan kegemilangan agama ini
Suburkan iman di dalam diri
Agar Ustaziyatul Alam dapat berdiri


IKHWAHKU
Sudah terluah apa yang terbuku di hati
Maafkan diri dengan luahanku ini
Ampunkan salahku andai terasa hati

nukilan: mawar_puteri
sumber: halaqah.net


p/s: ‎"orang yang kuat itu bukanlah kuat tenaga batin namun orang yang kuat itu adalah orang yang tetap sabar apabila marah yang membakar"itulah kuat yang sebenar..