Thursday 30 September 2010

Ketahuilah wanita . .

Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..
  • Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan ayat al-Quran meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
  • Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
  • Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni ??!!
  • Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.
  • Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
  • Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu..muncung-muncungkan bibir..ermmm..
  • Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.. fitnah kepada muslimah yang lain
  • Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang... tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki...


Syahwat Lelaki


Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya. Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya. Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali. Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan. Itu normal, fitrah lelaki. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. 

Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ka?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif..ini memberi fitnah kepada pakaian muslimah yang sebenarnya.. Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu? Nabi yang kata..


so, Lelaki dan wanita ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat dunia akhirat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama dan syariat ALLAH. 
Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih..



Wallahua'lam

Hujan

Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad


Wa 'Ala Ali Saiyidina Muhammad 


Ya Allah bertapa banyaknya nikmat Hujan yang telah kau berikan


ketika dalam keadaan hujan, doa kita mudah-mudahan mudah diterima.


Nabi SAW bersabda " Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera
bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun" .Hadis riwayat Abu Dawud.

Jadi sahabat sekalian sementara kita menghadapi musim hujan ni, janganlah kita mengeluh akan hujan kerana besar nikmatnya, berdoalah kita tika hujan turun.

Di kala air dari langit diturunkan, banyak menberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan ternakan serta hidupan di bumi. mungkin dengan hujan terjadinya banjir yg memusnahkan tumbuh-tumbuhan serta haiwan ternakan setempat, dan disebalik kemusnahan ini, pelbagai nikmat lagi yg ALLAH turunkan. banjir yg berlaku hanya lah ujian buat umatnya.
Untuk menguji kesabaran makhlukNya, Untuk menguji tahap kesyukuran hambanya.. Namun ingatlah kita

"Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa kabar gembira, mendahului kedatangan rahmatNYA(hujan), sehingga apabila angin membawa awan mendung, Kami halau ke satu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan kedaerah itu. Kemudian kami tumbuhkan dengan hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itu kami bangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudah kamu mengambil penlajaran" surah Al-A`raf ayat 57.


Dengan hujanlah kita mendapat sumber vitamin & zat besi. Air hujan dijadikan sebagai air siraman ke tanam-tanaman, buah-buahan, serta bijiran. sehingga kita perolehi hasil. Begitu besarnya nikmat tuhan. Dari setitis air yang diturunkan, di beri juga pelbagai jenis hasil sebagai sumber makanan kita.

Usah mengeluh dengan nikmat kepelbagaian cuaca yg diberikan ini. Malah, bunyi air hujan yang jatuh ke bumi menjadi terapi kepada minda. Menenangkan diri yang sarat dengan masalah dunia. cuaca yang sejuk kerana hujan memberi kekuatan kepada diri untuk mensyukuri nikmatNYA. alangkah indahnya hidup ini andai berpegang pada syariat dan ketetapanNYA.. subhanallah... Maha Suci E ngkau Ya ALLAH . . .

cgdila91
7.46 pagi
 UPSI KHAR 1-4-7
Tanjung Malim, Perak

Wednesday 29 September 2010

Sabar Itu Indah ...




Bersabar diri merupakan ciri orang-orang yang menghadapi pelbagai kesulitan dengan lapang dada, kemauan yang keras, serta ketabahan yang

besar. Kerana itu, jika kita tidak bersabar, maka apa yang bisa kita lakukan. Apakah Anda memiliki solusi lain selain bersabar? Dan apakab Anda
mengetahui senjata lain yang dapat kita gunakan selain kesabaran? Konon, seorang pembesar negeri ini memiliki 'ladang gembalaan' dan 'lapangan'
yang selalu ditimpa musibah; setiap kali selesai dari satu kesulitan, kesulitan yang lain selalu datang mengunjunginya. Meski demikian, ternyata ia tetap berlindung di balik perisai kesabaran dan mengenakan tameng keyakinan kepada Allah.

Demikian itulah orang-orang mulia dan terhormat bertarung melawan setiap kesulitan dan menjatuhkan semua bencana itu terkapar di atas tanah.
Syahdan, ketika menjenguk Abu Bakar yang sedang terbaring sakit, para sahabat berkata kepadanya, "Bolehkah kami panggilkan seorang tabib untuk mengubatimu?" "Seorang tabib telah memeriksaku!," jawab Abu Bakar.  Para sahabat pun bertanya, "Lalu apa yang ia katakan?" la berkata,
"Sesungguhnya aku boleh melakukan apa saja yang aku mau." Bersabarlah karena Allah! Dan sebaiknya Anda bersabar sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya kemudahan, mengetahui tempat kembali yang baik, mengharap pahala, dan senang mengingkari kejahatan. Seberapa pun besar permasalahan yang Anda hadapi, tetaplah bersabar. Karena kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama dengan kesabaran.

Jalan keluar datang bersama kesulitan. Dan, dalam setiap kesulitan itu ada kemudahan. Saya pernah membaca biografi sejumlah orang terkenal, dan saya tertegun dengan besarnya kesabaran dan agungnya ketabahan mereka. Deraan musibah itu mereka anggap sebagai tetesan air dingin yang memercik di kepala mereka. Mereka tak tergoyahkan laksana gunung, dan menancap jauh ke dalam kebenaran. Dalam waktu singkat mereka dapat melupakan semua kesedihan itu dan wajah mereka kembali berbinar menyorotkan cahaya kemenangan. Bahkan, ada satu di antara mereka yang tidak hanya cukup bersabar, namun justru menghadang semua bencana itu dan berteriak lantang di hadapan musibah-musibah itu sambil menyatakan tantangannya.



sumber : Aidh al-Qarni - La Tahzan 


P/s : Ujian membuatkan kita semakin dekat padaNYA.. Maka bersyukurlah apabila diuji. Jangan merasakan ujian itu satu bebanan..anggaplah ianya sebagai peringatan...hati yang tiada ruang selain hanya sentiasa mengingati Kebesaran-kebesaran Tuhan nya....akan tidak mudah goyah dengan apa-apa jua halangan dan cabaran....kerana perhitungan dan kehendak Allah itu lebih baik dan memberi bekas..



Tuesday 28 September 2010

12 Barisan di Akhirat



Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.”Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..

..ya RABB yang maha pengasih dan penyanyang, tempatkanlah hamba-hambaMU ini dalam barisan ke-12..terimalah segala amal ibadat kami.. ampunilah dosa-dosa kami..terimalah taubat kami..hanya pada-MU ya Rabb..

Monday 27 September 2010

Kedamaian

Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad
Wa 'Ala Ali Saiyidina Muhammad 


inginkan kedamaian bermukim di hatiku..
rindukan kedamaian yang semakin menjauh..
dahagakan seteguk kasih daripada kedamaian..

ya ALLAH tenangkan lah hati-hati 
yang sedang gersang daripada kedamaian
hanya pada-MU ya Rabb..
. . .


Sunday 26 September 2010

Kisah Nabi Yunus a.s

hayati  lagu kisah nabi Yunus a.s


Wahai kawan-kawan mari dengar cerita
Kisah nabi yunus dalam perut ikan nun
Wahai kawan-kawan janganlah bimbang
Nabi ALLAH tetap dalam pembelaan

Nabi yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah ALLAH yang MahaEsa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia

Seruan nabi tidak diterima
Nabi diherdik dan nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina

Akhirnya nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati
Ke tepi pantai seorang diri

Baginda menumpang kapal pedagang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam di tengah lautan

Bila diundi nabi merelakan
Terjun ke laut yang bergelora
Baginda ditelan ke perut ikan nun
Gelap gelita dada terkilan

Sedarlah baginda akan dosanya
dihukumALLAH begitu rupa
Menagislah nabi sentiasa
memohon ampun dari TUHANNYA

Begitulah kisah seorang nabi
Diuji ALLAH begitu sekali
40 hari 40 malam
Barulah taubatnya diterima TUHAN

P/S : ALLAH tidak akan menguji hambaNYA melebihi kadar kemampuannya . . .
La Tahzan Innallaha Ma ana . . 

Saturday 25 September 2010

'Khasiat Peluk'

Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad
Wa 'Ala Ali Saiyidina Muhammad 


KHASIAT PELUK ISTERI (UNTUK YG DAH BERKAHWIN)

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap
pagi akan panjang umurnya lima tahun...(betul ke?)

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata,
 fakta  berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman 
mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. 

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari
 kerana
pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai
hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut
terletak di tangan Allah,'' 
katanya ketika memberi syarahan bertajuk
Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di
Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat
Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak
sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. 
Jelasnya, selain mempunyai
kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan,
 pelukan dan gurau
senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. 

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati
 pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.


``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan
 digalakkanpeluk isterinya lebih kerap,'' 
 katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat
membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih
cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah. 


Semuanya ada rahsia ...


1. Peluk seorang ayah kepada anak-anaknya . . .
2. Peluk seorang suami kepada isterinya ..
3. Peluk seorang masyaikh atau mursyid kepada muridin (murid-muridnya) .


Semuanya perkara baik ..kerana ia pada yang hak .
Sebaik-baiknya dah peluk iringkan dengan ciumanlah ..itu 2 kali rahsia
kalau nak 3 kali rahsia ..pada mengucup  pada kedua-dua belah tangan
pada pipi dan dahi ...juga pada dada si ayah khasnya pada anak dan juga
di dada guru khasnya bagi seorang murid ...


malah sahabat juga ada yang mengucup kedua belah tangan dan lutut dan kaki baginda s.a.w 


daripada Zari' r.a yang berada dalam rombongan Abdul Qais berkata:


لما قدمنا المدينة فجعلن نتبادر من زواحلنا فنقبل يدالنبي ورجليه


"Tatkala kami sampai di Madinah , kami pun bersegera (turun) daripada tunggangan kami (untuk mendapatkan Rasulullah s.a.w)
maka kami mengucup kedua-dua belah tangan dan kaki Nabi s.a.w " .


Diriwayatkan oleh Ahmad,  al Bukhari dalam al adab al Mufrad dan Abi Daud


Buat sahajalah tahulah nanti rahsianya ..semuanya ada keberkatan
Keberkatan yakni mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada diri ..


Mudah2an ..Allahumma Amin ya Lathiff

haiwan pun tahu berkasih sayang, tak kan manusia tidak . .


P/S : Bila dipeluk seperti kita terselamat dari bahaya.. Rasa tenteram,tenang dan kasih pada yang memeluk...Akan punya satu kekuatan untuk terus maju ke hadapan..

Friday 24 September 2010

Sekolah Mengandung


Sekolah Harapan bagi pelajar hamil dibuka Jumaat




Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.





Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sekolah itu yang dikenali sebagai ''sekolah harapan'', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).





Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain.





"Kita sudah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah itu yang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar," katanya di kediamannya, Seri Bendahara, di Melaka hari ini.





Mohd Ali berkata, setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIM untuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identiti mereka dirahsiakan.





"Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi membolehkan remaja yang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edah sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.





Beliau berkata sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu. 





- Bernama



(17:32)  Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yg keji. & suatu jalan yg buruk.


(17:33)  Dan janganlah kamu membunuh jiwa yg diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dgn suatu (alasan) yg benar . & barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan  kpd ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah org yg mendapat pertolongan.


Sekolah mengandung bukanlah penyelesaian bagi masalah sosial yg semakin bermaharajalela..... Alangkah bertuahnya bumi Allah ini apabila hukum Allah yg diterapkan/dilangsungkan dalam kehidupan ini.....

Pembinaan atau kewujudan sekolah mengandung sahaja tidak cukup untuk menyelesaikan masalah. Ibarat melepaskan batuk di tangga sahaja gayanya. Pokok dicantas, tapi akar masih di tanah. Macam mana pokok nak mati?


Untuk itu Islam menetapkan suatu hukuman yang berat bagi seorang pezina dengan cambukan seratus kali dan diasingkan bagi mereka yang belum menikah serta direjam bagi mereka yang telah menikah, sebagaimana beberapa dalil berikut ini :

1. “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (QS. An Nuur : 2)

2. Dari Abu Hurairoh ra bahwasanya Rasulullah saw pernah memberikan hukuman kepada orang yang berzina (belum menikah) dengan hukuman dibuang (diasingkan) satu tahun dan pukulan seratus kali.” (HR. Bukhori)

3. Rasulullah saw menanyakan kepada seorang laki-laki yang mengaku berzina,”Apakah engkau seorang muhshon (sudah menikah)? Orang itu menjawab,’Ya’. Kemudian Nabi bersabda lagi,’Bawalah orang ini dan rajamlah.” (HR Bukhori Muslim)



jadi, pada pendapat saya, penubuhan sekolah mengandung ada pro dan kontranya. Tetapi, hal ni perlu dilihat pada dasarnya, anak yang bakal lahir tidak bersalah tetapi ibu bapanya yang bersalah. justeru, sama-sama lah kita muhasabah diri, jauhkan diri daripada zina yang mengahncurkan umat Islam. Sudah terang lagi bersuluh ALLAH melarang kita mendekati zina. Oleh itu, selesaikan PUNCA kepada masalah.

P/s : ALLAH itu maha pengampun, taubatlah kepadaNYA dan kembali lah kepada fitrah asal kita . .

Wednesday 22 September 2010

Wanita . . . Istimewa




picture by Noor al'ain_devianart




Rawat hatinya
Beri dia cinta
Jangan sekali-sekali kau sakiti dia
Kerna hatinya mudah kecewa
Oleh cinta yg penuh berpura-pura

Duhai arjuna
Sayangi dia
Kerna wanita dicipta utk dicinta
Jgn cemarkan harga dirinya
Kerna dia juga masih punya cita

Dalam dirinya penuh airmata
Jagalah ia dengan sepenuh jiwa
Jgnlah pernah kau dustai dia
Wahai arjuna
sedarilah

Kerna wanita berhak utk bahagia
Bkn dicipta utk slalu derita
Sayangi dia cintakan dia
Kerna wanita..istimewa 

Lagu : Nur Amin Mulia(Feelhoney Ent.)
Lirik : Hasbi Muh Ali (Feelhoney Ent.)
Susunan muzik : Farid & Amin

P/s : wanita ialah Hiasan dunia yang tiada taranya, didiklah dia dengan sepenuh jiwa wahai arjuna ! ! !