Saturday 31 July 2010

Sindrome Anak ke-2

Assalamuallaikum wbk
Hafzan (abang) & Mirzan (adik)

Entri kali ni saya nak kongsi tentang cerita sindrom anak ke-2. I am second child out of four and of coz i’m very interested towards this topic..hehehe. Baru-baru ni, pensyarah saya ada bercerita tentang sindrom anak ke-2 , sebab itu la saya cuba cari maklumat tentang  sindrom tu. Melalui pertolongan pak cik google, banyak la juga maklumat yang saya dapat. Anataranya, anak kedua ni memang mempunya sikap atau perangai yang pelik dalam keluarga, tak kira yang negatif atau positif. Lebih-lebih lagi kalau perbezaan umur antara anak pertama dan ke-2 tidak jauh, sepertia saya dan abang hanya beza setahun. Tapi, memandangkan kami berbeza jantina, jadi tidak terlalu ketara la sindrom yang saya hadapi (mungkin la..hehehe).

Terdapat tiga kategori anak, iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak ke-2 jatuh dalam kategori yang tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan oleh para pengkaji, anak ke-2 merupakan kelompok yang fleksibel (betul ka?). Selain itu,  pandai membawa diri dan lebih berdikari. Malah, anak ke-2 juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi terutamanya masa nak buat keputusan. Namun, anak kedua ni cepat terasa atau SENSITIF (sangat setuju) dan mudah makan hati. Masa mula-mula dengar, marah la juga. Tapi, lepas muhasabah diri balik, memang ada betulnya, bukan ada saja, HAKIKATNYA. Jadi, jangan berani bermain cinta dengan anak ke-2, nanti frust menonggeng pula, hahahaha...

Anak pertama ni beruntung. Parents give all attention to first child because it is the first experience they become parents. They want their child to be perfect. Thats why  first child is ambitious. Bila anak ke-2  hadir dalam keluarga, ibu bapa sudah tak seexcited dulu sebab sudah ada pengalaman menjadi ibu bapa. Jadi, anak ni tidak dapat perhatian yang cukup dari keluagra sendiri dan akhirnya dia inginkan perhatian dari orang lain. Kerana faktor ini lah, kadang-kadang anak kedua suka menimbilkan masalah dalam keluarga. Sebabnya, inginkan PERHATIAN. Sampai ada yang memberontak sebab ibu bapa tidak faham dengan diri mereka.

Masalah ini dapat di atasi jika ibu bapa mampu memberi suasana atau persekitaran yang sesuai kepada anak-anak. Di samping ibu bapa cuba bergaul mesra dengan anak ke-2 supaya anak mereka tidak rasa tersisih dan diabaikan (macam mama & bapa saya ^_^). Sebab sukakan perhatian, anak ke-2 mudah bergaul dengan orang lain atau lebih mesra alam. Sangat sesuai menceburkan diri dalam bidang yang perlu berhubung dan interaksi dengan orang ramai, macam Guru, Wartawan, dan lain-lain..hehehe ^_^

Pokok pangkalnya, tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anak-anak. Mereka sudah cuba sedaya upaya untuk membentuk kita jadi HAMBA yang beriman. Jadi, bergantung kepada penilaian diri sendiri.

-wassalam-

Friday 30 July 2010

my Love


an empty street
an empty house
a hole inside my heart
i'm all alone
the rooms are getting smaller

i wonder how
i wonder why
i wonder where they are
the days we had
the song we sang together
oh yeah

and oh my love
we're holding on forever
reaching for the love
that seems so far

so i say a little prayer
and hope my dreams
will take me there
where the skies are blue
to see you once again
My Love

overseas from coast to coast
to find the place
i love the most
where the fields are green
to see you once again
My Love

i try to read
i go to work
i'm laughing with my friends
but i can't stop
to keep myself from thinking
oh no


i wonder how
i wonder why
i wonder where they are
the days we had
the song we sang together
oh yeah

and oh my love
we're holding on forever
reaching for the love
that seems so far

so i say a little prayer
and hope my dreams 
will take me there
where the skies are blue
to see you once again
My Love

overseas from coast to coast
to find the place 
i love the most
where the fields are green
to see you once again
My Love

to hold you in my arms
to promise you My Love
to tell you from the heart
you're all i'm thinking of

so i say a little prayer
and hope my dreams 
will take me there
where the skies are blue
to see you once again
My Love

overseas from coast to coast
to find the place 
i love the most
where the fields are green
to see you once again
My Love

- westlife -

Monday 26 July 2010

Teluk Batik


Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang ALLAH swt telah berikan kepada kami semua…
Kemarin (24/7/2010), saya dan kawan-kawan telah pergi ke Teluk Batik. Ermm…  sebenarnya kami sudah lama rancang nak pergi ke sana. Alhamdulillah, dengan izin-Nya rancangan kami ni berjaya dijalankan. Kami mula menyiapkan barang keperluan untuk bekalan perjalanan ke Teluk Batik, jadi kami pun beli makanan dan memasak. Seawal pukul 4 pagi kami (syuki,cT n dila) bagun untuk jerang air, tanak nasi dan buat apa-apa yang patut dulu. Kemudian sara, aina dan jeje pula datang menyusul untuk sama-sama membantu. Selepas solat subuh kami bersiap untuk memulakan perjalanan. Namun begitu, kami terlewat sedikit daripada masa yang dijanjikan. Jadi, kami bertolak dalam pukul 8 pagi dari KHAR dengan menaiki kereta sewa. Wahhh…
Seronok memang seronok, tapi dalam hati tetap resah dan risau juga sebab firs time jalan jauh dengan naik kereta yang kawan sendiri drive (lee). Keadaan dalam kereta sangat kecoh sebab semua nak menyanyi, walaupun suara tak sedap macam artis, tapi boleh la juga, terutamanya jeje, aina dan siti yang semangat tahap gaban menyanyi..hehehehe.. Akirnya, kami pun sesat.. Hahaha.. Sebab tak tahu jalan, dan hanya berpandukan peta syuki yang payah nak faham. Jadi, kami pun turun dan bertanya lah kepada penduduk di kawasan tu di samping bantuan daripada abang aina melalui telefon. Kalau tak silap saya, kami sesat kat area Teluk Intan. Masa nak keluar dari pekan lama teluk intan (betul ka?) terlihat pula Menara Pisa versi Malaysia. Walaupun tidak sama dengan menara pisa yang sebenar, ok la juga. Hehehehe…

tiba di destinasi
Akhirnya, setelah hampir 4 jam duduk dalam kereta, kami pun tiba ke destinasi iaitu PANTAI TELUK BATIK PERAK. Huh..sakit semua badan duduk dalam kereta lama-lama. Erm… semasa di teluk batik, mula-mula kami keluarkan semua barang keperluan dan cari tempat yang sesuai untuk bentang tikar. Siti Nizam, my frien sudah tidak sabar nak naik banana boat. Hahahahaha..Sebelum naik banana boat ,kami makan dulu!! untuk mengisi perut yang sudah lama mendendangkan lagu keroncong. Lepas makan baru bersiap untuk menaiki banana boat. Bayaran yang 
dikenakan tidak mahal dan berbalaoi untuk sekali main, iaitu RM 5 untuk seorang. Sebelum naik, kami kena pakai jaket keselamatan. Semasa naik, Waaaahhhhhh…
Ya ALLAH jauhnya pak cik tu bawa, sampai ke tengah laut. Perasaan ku masa tu, hanya ALLAH saja yang tahu. Dalam rasa seronok terselit perasaan bimbang yang sangat-sangat dalam. Takut kot…huhuhu.. Tapi, lain pula dengan Aina, Siti, Sara dan Lee, dia orang ni seronok sangat. Pak cik pusing dua kali, dia tidak jatuhkan kami tapi dia berhenti jauh juga dari pantai. Sudah la tidak pandai berenang, dijatuhkan pula hingga tertelan air masin.. Rasa macam nak muntah terus.  Lepas tu, kami stay pula di tepi pantai main air. Sara, Aina, Siti dan Lee naik banana boat untuk kali yang kedua. Saya? Cukuplah sekali, tidak sanggup lagi naik benda tu.

banana boat
Selepas itu, kami pergi mandi dan bersiap untuk balik dan solat. Tapi sebelum balik, isi perut dulu dengan makanan yang masih tinggal. Selepas letak semua barang-barang dalam kereta, kami singgah di kedai jual cenderamata. Alhamdulillah, banyak juga duit yang lebur, hehehehehe… tapi, tak apa la..bukan selalu dapat datang..huhuhu

Kemudian, kami bertolak untuk cari masjid atau surau yang berdekatan. Selesai solat kami bertolak untuk pulang. Tapi, tak sangka pula kami tersesat jalan lagi dan tersasar sampai  ke highway ke Ipoh.hahahaha…

Dipendekkan cerita, kami pun meng'call' siapa-siapa yang patut. Jeje call ayahnya, soya dan ain. Lee pula call member yang duduk ipoh. Sara pula call abahnya. Tapi, sesat juga. Jadi kami tanya pula kat pak cik yang ada dekat kawasan pejabat pos ipoh. Alhamdulillah denga bantuan pak cik kami dapat keluar dari ipoh dan terus ke tanjung malim (terima kasih pakcik).
Kami tiba di Khar tepat pukul 9.15 malam.

-TAMAT-

p/s: everythings start from the first time… ^_^

Sunday 25 July 2010

Kasih Sayang


Kasih sayang itu titi

Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana



-RAIHAN-

Friday 23 July 2010

Tolak Nikmat Sementara,Terselamat Api Neraka


TANDA peralihan usia daripada alam kanak-kanak ke alam remaja bermula apabila mulai jelas tanda kematangan biologi seperti haid bagi perempuan, mimpi serta keluar air mani bagi lelaki.
Disebabkan mimpi, badan cepat membesar, rambut atau bulu mula tumbuh di bahagian tertentu badan dan yang paling ketara perubahan adalah soal nafsu seks.

Ketika ini Islam amat mendidik untuk menguasai diri. Apabila diri terkawal maka semuanya pasti teratur. Apabila tewas maka berlakulah penyimpangan. Penyimpangan masalah seksual terutama di kalangan remaja kini semakin membimbangkan dan masing-masing memandang remeh masalah dosa akibat berzina.

Zina adalah perbuatan yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim. Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga binatang dan tumbuhan. Memang patut jika manusia mempunyai ghairah seks atau keinginan untuk melampiaskan keinginan seksual itu.

Allah tidak melarang manusia melampiaskan nafsunya selama cara yang dihalalkan, pada saat yang tidak terlarang dengan ikatan perkahwinan yang sah. Malah, nabi seakan tidak mengaku umat kepada mereka yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi meninggalkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Barang siapa benci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin), maka dia bukan dari kalanganku.” Ikatan perkahwinan adalah jalan yang halal dan diiktiraf syarak bagi melepaskan kemahuan seksual. Ini bererti orang yang belum berkahwin jangan cuba-cuba melepaskan seksnya.

Islam adalah agama yang amat hebat menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual. Jika menghampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya. Menghampiri maknanya apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya adalah haram.

Apabila ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, apa lagi terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar remaja lahirkan anak luar nikah. Bayi yang tidak berdosa ditemui mati dalam timbunan sampah, perut terburai dimakan pula sekumpulan anjing liar. Sudahlah berzina amat jijik kemudian tergamak melakukan kezaliman terhadap bayi yang tidak berdosa.

Justeru, pergaulan bebas, duduk berdua-duaan serta berpimpin tangan adalah mukadimah (pendahuluan) yang kuat mendorong untuk berlakunya penyimpangan seksual. Zaman remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang ‘VVIP’ akhirat ialah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.

Maksud hadis, lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata “sesungguhnya aku takut kepada Allah.”

Remaja di barat sangat bebas serta tidak terkawal aktiviti seks mereka. Sebab itu mereka hanya belajar bagaimana untuk mencegah supaya jangan berlaku kehamilan. Seks adalah hak peribadi yang tidak terlarang bagi mereka. Bagi mereka, hamil di kalangan remaja berlaku kerana remaja hanya tahu seks selamat bukannya hendak fikir mengenai salahnya berzina itu.

Pendidikan seks dalam Islam mendidik remaja bukan saja supaya tidak berzina, malah menjauhi sebab dan segala pendorong berlakunya perzinaan. Sebab itu amat penting sekali untuk mendidik remaja mengenai syurga dan neraka supaya umat Islam gerun dengan ancaman neraka. Akhirnya mereka menolak nikmat sementara supaya terselamat daripada api neraka yang membakar selamanya. 

Sunday 18 July 2010

Tiada Lagi


Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita di sini
Sama gelitanya di hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah
Umpama mimpi

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita
Taida siapa sedia membela

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala
Hanyalah takdir

Saturday 17 July 2010

A morning person



A morning person membawa makna "orang yang berpagi-pagi". Maksudnya, ialah orang yang menggunakan sepenuhnya waktu awal pagi untuk menghasilkan produktiviti yang terbaik. ALLAH SWT menjadikan waktu pagi sebagai waktu yang paling istimewa. Diindahkan dengan terbitnya fajar sadik di ufuk timur. Cahayanya pula menjadi simbol yang membawa kepada kejayaan. Tidak cukup dengan itu, dihiasi pula dengan kokokkan ayam yang sahut-menyahut memberi amaran bahawa kehidupan sudah bermula. ALLAH SWT menjadikan haiwan ini untuk melaungkan "sangkakala" bangun pagi, diikuti dengan bunyi kicauan burung dan unggas. Suhu pada waktu pagi lagi yang sejuk dan nyaman kerana lamanya matahari terbenam - hampir 12 jam, di khatulistiwa.

Udara tenang dan tidak berdebu kerana semua makhluk yang bernyawa dan tidak bernyawa tidur sepanjang malam. Debu-debu pun masih "tidur". Embun jantan yang turun sejak dinihari menyejukkan suasana. Kadang-kadang embun menjadi kabus yang menyegarkan. Embun membantu 'menidurkan' debu-debu yang berterbangan hingga suasana warna pagi begitu hijau dan cerah apabila udara tidak berdebu seperti keadaan selepas hujan turun. Bebunga dan dedaun turut kuncup seolah-olah 'tidur' kecuali satu dua jenis bunga yang kembang hanya pada waktu pagi seperti bunga bakawali.

A morning person memulakan kerja harian lebih awal kerana inilah waktu prima (prime time). Kelebihan bekerja dalam waktu prima ialah :
○ Tenaga masih segar
○ Boleh melakukan pekerjaan yang susah dahulu
○ Aktiviti harian orang lain belum lagi sibuk
○ Minda masih belum dibebani dengan pelbagai persoalan, masalah dan tugas harian yang lain
○ Cuaca belum panas
○ Panggil telefon belum banyak menggangu
○ Tetamu belum tiba

Malangnya, ramai orang yang suka tidur pada waktu pagi terutamanya para remaja. Hal ini lebih ketara pada hujung minggu atau musim cuti sekolah. Remaja akan jadi seperti burung hantu, tidak tidur malam - bukan melakukan perkara yang produktif seperti belajar atau bekerja sambilan tetapi duduk bersama kawan-kawan mmbuang masa sambil berhibur. Perkara ini adalah satu amalan yang membawa kerugian besar pada diri dan membazir usia muda!! Tambahan pula, akan terlepas mengerjakan solat Duha kerana suka tidur pada waktu pagi. Sedangkan solat Duha mempunyai fadilat yang sangat besar, antaranya diberikan rezki oleh ALLAH SWT daripada sumber yang tidak diketahui. MasyaALLAH . . .

Akhir kalam, kita perlu meletakkan pemikiran positif bahawa kita boleh menjadi A morning person. Disiplinkan diri dengan azam yang kuat untuk berubah menjadi A morning person . . . !!!

Aku insan lemah

Kasih Seorang Da'i & Murabbi

          Dalam diri seorang dai dan murabbi harus ada sifat kasih sayang dan belas kasihan. Kasih sayang bermakna setiap manusia ada potensi untuk berubah. Ia menuntut pendekatan bijaksana bagaimana perubahan patut berlaku. Setiap manusia yang dilahirkan tidak dibesarkan dengan suasana yang serupa. Ada anak-anak yang dewasa dalam kasih sayang dan perhatian yang tinggi daripada ibu bapa. Ada ibu bapa yang cuai mendidik atau menghadapi masalah perpecahan dalam rumah tangga yang menyebabkan pembesaran anak-anak bukan dalam suasana fitrah.
          
         Justeru, sebagai dai dan murabbi atau pendakwah dan pendidik harus ada perasaan belas kasihan yang tinggi supaya seruan dan ajakan juga panggilan yang dibuat dengan bijaksana agar dapat mengembalikan semua orang kepada kehidupan yang fitrah. Apabila seseorang melakukan kesilapan, pembetulan harus berlaku melalui bimbingan dan nasihat. Tetapi apabila seseorang melakukan kemungkaran, kemungkaran itu tidak haris kita sertai. Sebaliknya haru ada belas kasihan terhadap orang yang melakukan kemungkaran.

       Sekiranya kebenciaan kita kepada kemungkaran sama dengan kebencian kepada orang yang melakukanya, maka terputuslah tali-temali dakwah diantara kita dengan mereka. Sebaiknya kalau mereka itu kita dekati dengan kasih sayang, belas kasihan dan dengan cara yang bijaksana ada kemungkinan kemungkaran itu akan berhenti dan mereka akan kembali semula kepada fitrah.

           Konklusinya, usaha membetulkan keadaan adalah penting dan jalannya ialah menerusi dakwah dan tarbiah supaya pemikiran umat dapat dikembalikan kepada acuan yang fitrah dan menyumbang kembali ke arah pembangunan Islam yang lebih bersifat tamadun. Inilah jalan dan jalur dakwah yang patut diikuti.


Sumber : Solusi 15

Aku insan lemah

Thursday 15 July 2010

Bicara dengan TUHAN


Saat hati digamit rindu
Tika sanubari bergelora pasrah
Terasa payah untuk gagah
Menyusur lorong hidup ini
Pada siapa lagi harus
Kudengarkan bicara keluhan
Jika tidak pada-Mu?

Hamparan ini menjadi saksi
Bila nawaituku berttindak penghulu
Setiap gerakan syahdu
Selafaz alunan kesyukuran
Merafak pada Yang Satu
Kuserah diri yang hina ini
Penuh lumpur dosa
Yang idak terhitung

Duhai Tuhan
Dengarlah madah bicara ini
Akan tenang pelusuk mata hati
Andai dapat kuluah
Nyanyian keluhan
Yang menyesakkan
Tangkai sanubari

Sukarnya Memaafkan

Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
Termagu aku seketika…
Dipinggiran nosalgia
…sukarnya memaafkan
…sukarnya melupakan

Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan
Kita semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan ALLAH…
Hati kita takkan terpisah

Dan entah kenapa tiba-tiba kini…
Kita dipertemukan semula
…di persada kemaafan
Bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh…
Walau di awalnya terasa susah sungguh!


Aku insan lemah

Wasiat Terakhir

Wasiat Terakhir
Sabda Rasulullah SAW, Mafhumnya :

               "Wahai manusia sila dengar apa yang bakal aku perkatakan ini. Aku tidak tahu apakah yang akan dapat lagi aku bersama kamu semua selepas ini, di tempat ini, selepas tahun ini selamanya."
             "Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan dirimu telah terpelihara (diharamkan sesiapa pun daripada mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini (Makkah dan sekitarnya)."
           "Sesiapa yang memegang amanah maka hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya. Ingatlah sgala amalan jahiliah telah berada dibawah kakiku (telah dihapuskan)."
          "Tuntutan hutang darah pada zaman jahiliah telah diampunkan . Tuntutan darah yang pertama telah aku batalkan ialah darah Ibn Rabi'ah bin al-Harith yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
           "Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbaz bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan semuanya secara keseluruhan."
           "Wahai manusia! Takutilah ALLAH SWT dalam urusan berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada ALLAH SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat ALLAH. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perkara buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka, tapi bukanlah  dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib bagi kamu untuk menjaga makan dan pakai mereka dengan baik."
          "Semua orang muslim adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya."
           "Janganlah kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku dengan sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu panduan, jika kamu berpegang kepadanya dan ajarannya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah kitab ALLAH dan sunah
Nabi-Nya."
          "Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepas aku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah ALLAH SWT , Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan dan megeluarkan zakat hartamu dengan penuh kerelaan. Kerjakanlah jua Haji ke Rumah Suci Tuhanmu (Kaabah) dan dengan itu kamu bakal menghuni syurga Tuhanmu."
         "Tuhan kamu adalah Esa. Datuk kamu pula satu. Kamu semua berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah. Orang yang baik daripada kalangan kamu adalah mereka yang paling bertakwa kepada ALLAH SWT. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab atau bangsa lain kecuali dengan takwa."
          "ALLAH SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh membuat wasiat kepada ahli waris penerima pusaka. Sesungguhnya laknat ALLAH ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan anaknya yang sebanar, juga akan menerima laknat daripada malaikat dan seleuruh umat manusia."
            "Kemudian kamu semua bakal ditanya tentang diriku, maka apakah yang bakal kamu perkatakan?"
Kami menjawab: "Kami bersaksi bahawasanya tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu."
           Lantas Baginda SAW mengangkat tangannya ke langit seraya menurunkannya ke arah orang ramai lalu berkata sebanyak tiga kali (mafhumnya) : "Ya ALLAH! Saksikanlah."


Aku insan lemah

Wednesday 14 July 2010

Hawa ...

Hawa,


Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,

Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa ,

jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.