Thursday 19 September 2013

Nikmat Usia

usia semakin singkat

Alhamdulillah. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Selawat dan salam buat junjungan mulia, Baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sekalian sahabat.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Segala puja dan puji bagi Allah, Dzat yang menciptakan segala-galanya.

19 September. Satu angka yang sangat memberi makna buat diri aku sendiri dan juga buat mama yang melahirkan aku. Hari lahir aku.

Alhamdulillah, hari ini usia aku genap 22 tahun. Satu angka yang memberi makna dewasa buat aku. Aku sangat bersyukur kerana Allah masih memberi ruang dan juga peluang buat aku di dunia ni. Ajal itu rahsia Allah kan? 

Pada aku, angka 22 itu sudah cukup matang untuk aku menentukan hala tuju aku. Kenapa aku dilahirkan di dunia ni? kenapa aku ada di sini? kenapa aku dan kenapa? Semua jawapan itu ada dalam diri aku sendiri. Hidup adalah satu proses. Satu perjalanan. Satu kembara. Setiap satu perjalanan yang dilalui akan menjadi pengalaman yang mebantu dalam proses kematangan. Segala proses yang dilalui adalah atas usaha dan doa, dan Allah juga yang menentukan segalanya. Sebagai hamba, aku akan terus melalui kembara ini. Sehingga tiba saatnya aku berhenti.

22 tahun yang lampau, aku hanya seorang anak kecil. Cepatnya usia berlalu. Kadang terlintas dibenak, aku sudah besar. Tapi, aku rindu dengan zaman kanak-kanak, saat bermain lumpur dan hujan. Zaman remaja yang penuh dengan kedhaifan dan pencarian. Huh! Semua itu tinggal memori. Kini, aku sudah besar. Alhamdulillah.

Sungguh, aku sangat bersyukur atas nikmat agamaku. Bersyukur atas nikmat keluarga dan saudara. Juga bersyukur atas nikmatnya hidup sebagai muslim, walau hakikatnya aku seorang yang jahil dan hina. Semoga Allah memberi aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi hari-hari yang mendatang, InsyaAllah. 

Walau usia itu semakin meningkat, aku tetap takut dengan hari mendatang. Kuatkah aku untuk berhadapan dengannya? Mampukah aku menjadi wanita dan anak yang solehah? Mampukah aku untuk melangkah ke alam rumah tangga kelak? Mampukah aku menjadi Isteri dan ibu? InsyaAllah. Allah ada.

Segala yang sudah dilalui sama ada suka atau duka adalah nikmat terbaik Allah beri buat aku. Membuatkan aku masih kuat dalam mengharungi mehna hidup ini. Membuatkan aku terus yakin dan percaya bahawa DIA sentiasa ada buat aku. DIA adalah Tuhanku untuk aku sujud kepadaNya, untuk aku rindu dan untuk aku sayang serta segala-galanya adalah untuknya. Untuk DIA yang selalu dihati. Allahurabbi.

Alhamdulillah atas nikmat usia ini ya Allah..

teratak usang,
tmn putera jaya,
19 September 2013
21:54


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..