Thursday, 15 July 2010

Sukarnya Memaafkan

Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
Termagu aku seketika…
Dipinggiran nosalgia
…sukarnya memaafkan
…sukarnya melupakan

Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan
Kita semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan ALLAH…
Hati kita takkan terpisah

Dan entah kenapa tiba-tiba kini…
Kita dipertemukan semula
…di persada kemaafan
Bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh…
Walau di awalnya terasa susah sungguh!


Aku insan lemah

Wasiat Terakhir

Wasiat Terakhir
Sabda Rasulullah SAW, Mafhumnya :

               "Wahai manusia sila dengar apa yang bakal aku perkatakan ini. Aku tidak tahu apakah yang akan dapat lagi aku bersama kamu semua selepas ini, di tempat ini, selepas tahun ini selamanya."
             "Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan dirimu telah terpelihara (diharamkan sesiapa pun daripada mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini (Makkah dan sekitarnya)."
           "Sesiapa yang memegang amanah maka hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya. Ingatlah sgala amalan jahiliah telah berada dibawah kakiku (telah dihapuskan)."
          "Tuntutan hutang darah pada zaman jahiliah telah diampunkan . Tuntutan darah yang pertama telah aku batalkan ialah darah Ibn Rabi'ah bin al-Harith yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
           "Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbaz bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan semuanya secara keseluruhan."
           "Wahai manusia! Takutilah ALLAH SWT dalam urusan berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada ALLAH SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat ALLAH. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perkara buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka, tapi bukanlah  dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib bagi kamu untuk menjaga makan dan pakai mereka dengan baik."
          "Semua orang muslim adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya."
           "Janganlah kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku dengan sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu panduan, jika kamu berpegang kepadanya dan ajarannya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah kitab ALLAH dan sunah
Nabi-Nya."
          "Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepas aku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah ALLAH SWT , Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan dan megeluarkan zakat hartamu dengan penuh kerelaan. Kerjakanlah jua Haji ke Rumah Suci Tuhanmu (Kaabah) dan dengan itu kamu bakal menghuni syurga Tuhanmu."
         "Tuhan kamu adalah Esa. Datuk kamu pula satu. Kamu semua berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah. Orang yang baik daripada kalangan kamu adalah mereka yang paling bertakwa kepada ALLAH SWT. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab atau bangsa lain kecuali dengan takwa."
          "ALLAH SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh membuat wasiat kepada ahli waris penerima pusaka. Sesungguhnya laknat ALLAH ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan anaknya yang sebanar, juga akan menerima laknat daripada malaikat dan seleuruh umat manusia."
            "Kemudian kamu semua bakal ditanya tentang diriku, maka apakah yang bakal kamu perkatakan?"
Kami menjawab: "Kami bersaksi bahawasanya tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu."
           Lantas Baginda SAW mengangkat tangannya ke langit seraya menurunkannya ke arah orang ramai lalu berkata sebanyak tiga kali (mafhumnya) : "Ya ALLAH! Saksikanlah."


Aku insan lemah

Wednesday, 14 July 2010

Hawa ...

Hawa,


Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,

Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa ,

jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.