Sunday, 6 March 2011

Buku-buku..

image by Tori


Assalamualaikum wbk..


Alhamdulillah..Pesta Buku & Informasi yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada hari sangat banyak manfaatnya. Syukur, bila berkisah tentang pesta buku mestilah cerita pasal buku. Ok, memandang setiap insan ada hobi masing-masing, aku pun ada juga dan salah satu hobi aku, suka kumpul buku. Kalau masa sekolah dulu, budak perempuan memang suka baca novel, dan yang pasti mesti novel cinta. Mungkin bukan semua, tapi daripada pengalaman aku sendiri memang ramai yang suka dengan novel cinta terbitan alaf 21, siap dengan penerbit lagi.. 


Tapi, itu semua kisah lama.. sekarang pun aku memang suka dengan buku tapi agak kurang untuk membeli novel cinta terbitan alaf 21. Sebabnya sekarang lebih cenderung untuk beli novel Islamik pula terbitan galeri ilmu dan PTS. Novel juga, dan memang akan ada cerita tentang cinta.. itu fitrah semua insan suka dengan cinta, kan? ^_^ 


Sebenarnya, aku tengah menunggu Pesta Buku Antarabangsa 2011, yang akan diadakan pada bulan April nanti kat PWTC, tahun lepas pun ada pergi dan beli agak banyak juga la. Tapi, tahun ni tak pasti lagi, sebab bulan 4 nanti dekat dengan final exam dah..Jadi, memandangkan tak pasti lagi nak pergi atau tak, aku pun beli la buku kat pesta buku yang kolej aku buat ni. Antara buku yang di beli..


novel ni..best..

buku panduan solat malam..

buku ni pun best..

yang ni buku cerita, special for my younger sister.. Indah, for you ^_^

p/s: tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad..

Saturday, 5 March 2011

Selawat Nur Muhammad



Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku

Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.

Sollu, sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.

Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,

Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,

Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya

kredit to Anamuslima1190

p/s: jom selawat..

Friday, 4 March 2011

Meraih Ilmu Seluas Lautan

picture by Mizan


Bismillahirahmanirrahim, segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam.. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat baginda..

Assalamualaikum wbk..

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT. Hari ni sekali lagu aku dan kawan-kawan menghadiri majlis ilmu yang mana adalah berkonsepkan forum perdana. Moderator jumputan ialah pasangan Semanis Kurma, Ustazah Siti Norbayah bersama suami. Alhamdulillah.. Ilmu yang disampaikan sangat bermakna buat diri ni yang sangat dahagan ilmu. Suka dengan ungkapan ilmu ALLAH melebihi 7 lautan yang ada dan ditambah pula dengan 7 lautan pasti tidak cukup untuk kita senaraikan. Subhanallah.. Maha suci ALLAH.

Mengahadiri majlis ilmu umpama kita berada di dalam taman-taman syurga, benar. Tapi disebabkan kemalasan diri aku jarang sekali nak pergi majlis ilmu. Sudah tahu ilmu di dada sangat sikit tetepi tetap malas. Astagfirullahaladhzim.. Lupakan, aku nak berkongsi sedikit ilmu yang aku peroleh. Semoga bermanfaat, insyaALLAH..

Majlis ilmu dapat diumpakan sebagai taman-taman syurga, jika kita menghadiri majlis ilmu malaikat memayungi kita dengan sayapnya. Mahasuci ALLAH, sungguh! Untuk meraih ilmu kita perlu hadiri majlis ilmu, itulah caranya. Selain itu, menuntut ilmu adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Ungkapan perempuan tidak perlu belajar tinggi adalah salah dan tak boleh diterima kerana ALLAH telah mewajibkan kita  untuk menuntut ilmu tidak kira lelaki atau perempuan.

Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, pasti kita semua pernah dengar ungkapan ni kan. Maksudnya, tuntutlah ilmu di seluruh pelusuk dunia sehingga ke liang lahad, Sabar adalah perkara wajib yang perlu ada dalam diri kita dalam menuntut ilmu. Saidina Ali r.a pernah berkata:

"Wealth is diminished by spending while knowledge grows by use"
harta akan habis bila dibelanjakan dan ilmu akan bertambah bila digunakan

Dr Hamka pernah berkata, manusia ni terbahagi kepada 3 golongan. Yang pertama ialah manusia yang berilmu dan berharta, mereka ini adalah golongan mulia apabila menggunakan ilmu dan harta di jalan ALLAH. Kedua, manusia berilmu tapi tidak berharta, mereka ini adalah golongan yang rugi. Kenapa? Kerana berilmu tetapi akan menjadi hamba kepada orang yang berharta. Ketiga, manusia yang tidak berilmu dan tidak berharta. Mereka ini umpama binatang. Sungguh kasar ungkapan yang digunakan, tetapi itulah hakikatnya. Sama-sama kita muhasabah diri.

Menurut Al-Ghazali Ada 8 sebab yang menyebabkan kita susah dalam menuntut ilmu:

  1. Hati yang kotor sukar untuk menerima ilmu
  2. Makan makanan yang syubhah atau haram
  3. Tidak memohon keredhan ibu bapa
  4. Suka mendengar lagu-lagu yang melalaikan
  5. Banyak tidur
  6. Banyak makan
  7. Banyak berkhayal; membuang masa dengan berangan-angan
  8. Tidak menghormati guru, ilmu tidak akan berkat

Luqmanul Hakim berpesan kepada anak-anaknya, banyak tidur dan banyak makan akan mematikan keinginan untuk melakukan ibadah kerana jasad lebih terdorong untuk berehat sepanjang masa.

7 tips untuk kuatkan daya ingatan:

  1. Solat 5 waktu di awal waktu dan di tambah dengan solat tahajud di tengah malam
  2. Sentiasa dalam keadaan suci, berwudhuk supaya syaitan menjauh
  3. Bertakwa kepada ALLAH swt sama ada di tempat terang atau sunyi (gelap)
  4. Hormat guru supaya ilmu yang diberi berkat
  5. Jauhi maksiat
  6. Berbakti kepada ibu bapa
  7. Banyakkan berdoa; doa senjata mukmin (surah Taha 20:114)

Untuk berjaya dalam meraih ilmu seluas lautan, ada 8 syarat yang perlu kita ikuti, insyaALLAH:

  1. Pembimbing yang layak, iaitu guru yang sepatutnya
  2. Bekal, takwa kepada ALLAH swt
  3. Senjata, wudhuk
  4. Lampu, zikrullah sentiasa
  5. Pendekatan, Al-Quran dan As-sunnah
  6. Cita-cita yang kuat membara
  7. Persaudaraan kerana ALLAH, tiada hasad dengki
  8. Jauhi perkara yang mengikut hawa nafsu semata-mata

Akhir kata, ilmu itu umpama binatang buruan, kita kena cari dan kejar sentiasa. Perkongsian bersama, peringatan buat insan yang lemah ini dan saudara-saudara yang membaca. Semoga bermanfaat.

p/s: contohilah lebah dalam melakukan sesuatu perkara..