Thursday, 20 December 2012

Berubah

hijrah : antara hari ini dan semalam



Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InsyaAllah.

by: ShauqiAzmi.blogspot.com

p/s: Changing for good is not a crime! Berubah menjadi yang lebih baik buat diri sendiri!


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Wednesday, 19 December 2012

Kisah Katak & Siput


Daripada Allah kita datang, dan kepadaNya jua kita kembali

Assalamualaikum wbk. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH kerana masih memberi ruang dan peluang buat diri bernafas di dunia. Selawat dan salam buat junjungan mulia baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sekalian sahabat..

Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak. Suatu hari, katak yg kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput:
"Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga kamu begitu membenci saya?"

Siput menjawab: "Kalian kaum katak mempunyai empat kaki dan boleh melompat ke sana ke mari, tapi saya mesti membawa cangkang yang berat ini, merangkak di tanah. Jadi saya rasa sangat sedih dan iri dengan kamu."

Katak menjawab: "Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing², hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak)."

Dan seketika, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cangkang, sedangkan katak menjadi mangsa helang...

Akhirnya siput baru sadar.Ternyata cangkang yg di milikinya bukan merupakan suatu beban, tetapi adalah kelebihannya.

Begitulah juga dengan kita manusia.  Nikmatilah kehidupan yang telah diberikan kepada kita, tidak perlu dibandingkan dengan orang lain. Allah memberi kita nikmat hidup selayaknya dengan apa yang mampu untuk kita. Tidak perlu memandang mereka yang berada diatas kita. Tapi, pandanglah kepada mereka yang berada di bawah kita. Apakah nikmat yang Allah beri buat kita itu sangat sedikit? Tidak! Kerana diri kitalah yang tidak pernah puas. Keirian hati kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan. Malah, hati akan selalu merusuh dan tidak tenan.

Rezeki tidak selalu berupa emas, bukan juga permata atau wang ringgit yang banyak. Malah bukan juga dengan tinggal di rumah mewah dan berkereta import. Tetapi..

“Kerana bukan kebahagiaan yang menjadikan kita berSYUKUR tetapi dengan berSYUKURlah yg menjadikan kita bahagia.”

Semoga terus bersemangat dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan ujian Allah buat kita. Pesanan buat diri sendiri dan sekalian sahabat.

Mari menjadi Hamba Ilahi.
19/12/2012 ; 12:39
Teratak using, Putera Jaya


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

Wednesday, 31 October 2012

Nikmat Allah



Assalamualaikum wbk.. Alhamdulillah, segala puja dan puji bagi ALLH SWT, Tuhan yang satu dan tiada taranya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sekalian sahabat.

Sekian lama jari-jemari ini tidak menulis untuk berkongsi kata. Alhamdulillah, hari ni ALLAH bagi kekuatan buat insan lemah ini dalam menulis untuk memberi nasihat kepada diri sendiri khususnya kerana telinga yang mendengar itu sangat dekat dengan mulut yang berkata-kata dan samalah juga dengan tangan yang menaip itu sangat dekat dengan mata yang memandang.

Dulu aku seorang pelajar dan kini aku seorang pendidik. Perjuangan dalam mendidik bukan satu perkara yang sangat mudah. Ramai yang kata, jadi guru ni senang! Ajar budak A B C, 1 2 3 dan ا ب ت. Tapi hakikatnya menjadi guru dan pendidik ni adalah satu bidang kerja yang sangat mencabar. Menjentik emosi dan rohani. Kadang hati merungut kenapalah pelajar ni sangat degil dan nakal. Tapi itulah yang harus dihadapi. Perlukan semangat yang kuat dan perkara pertama yang perlu terlintas dihati sebelum bergerak ke sekolah ialah NIAT. “Ya ALLAH, ikhlaskanlah hatiku dalam mendidik anak-anak ini supaya mereka mendapat ilmu yang bermanfaat.”

Hari ini kita bersyukur, hari esok tambahkan kesyukran dengan nikmat pemberian ALLAH kerana itu sifat seorang hamba. Alhamdulillah, semoga diri ini terus diberi kekuatan dalam mendidik mereka menjadi insan yang bertakwa. Setrusnya dapat mencapai matlamat dalam melahirkan generasi Al-Quran, insyaALLAH..

p/s: semoga diri terus diberi kekuatan untuk menjadi murabbi..insyaALLAH..

Puncak Bukit, Bandar Sierra
4:24 pm
31/10/2012


sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..