Monday 9 August 2010

Pengajaran buat diriku

Bismillahirrahmairrahim..
dengan nama ALLAH SWT aku memulakan segalanya..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita,
 MUHAMMAD SAW..
Sejahtera dan salam ke atas sekalian RASUL..



Alhamdulillah.. Syukur padaNYA. Program gemersik suara merdeka atau SAHUKA untuk fasa 1 yang bermula 6-8 Ogos telah selesai malam tadi. Fasa kedua akan diadakan pada 30-31 Ogos nanti, insyaALLAH.
Sejujurnya,Terlalu banyak pengajaran yang aku peroleh daripada program ini dan ni  juga merupakan penglibatan aku secara langsung sebagai REXCO PDI. Selama program berlangsung, banyak perkara baru yang aku pelajari. Antaranya, komitmen! Untuk menjayakan sesuatu program itu, komitmen yang kita berikan sangat penting. Maksudnya, kita kena laksanakan semua tugas yang telah di amanahkan. Untuk puaskan hati semua orang memang kita tidak mampu, tapi jadikan perkara ini sebagai pengajaran dan sebagai penambahbaikkan pada masa akan datang, insyaALLAH..

Selain itu, sikap tolong menolong sesama kita amat penting. Untuk menjayakan suatu program, kerjasama semua pihak amat penting, contonya kerja kau bukan kau seorang jak yang patut buat, kalu keadaan terdesak, tidak salah untuk minta bantuan dengan kawan-kawan lain. Semngat kerjasama amat penting. Tanpa benda ni, tidak akan berjaya lah program yang dirancang tu.

Semalam, postmortem baru jak selesai. Banyak juga yang aku dapat dari postmortem ni.  Rasa malu untuk bekerja tu perlu dibuang jauh-jauh. Pabila kita pegang tanggujawab sebagai PDI, persaan malu tu perlu dibuang. Tidak bermaksud malu sebagai insan, tapi tanggungjawab tu perlu diselesaikan. Alhamdulillah, syukran atas teguran yang diberikan dan aku anggap sebagai perkara positif yang perlu dibaiki pada masa akan datang supaya dapat hasil yang baik.

Overall, semua yang baik tu datangnya daripada ALLAH SWT dan yang buruk tu datang daripada diri saya sendiri..

-Wassalam-


2 comments:

  1. sama-sama la kita belajar dari kesilapan yang ada..chaiyok~

    ReplyDelete
  2. yup..insyaALLAH...ALAH dekat dgn kita..

    ReplyDelete