Tuesday, 21 September 2010

Buah Katak



Assalamualaikum . . .
20/09/2010 . . .
Nak cerita pasal buah katak, pelik kan nama dia... first time aku dengar nama buah katak dan first time juga aku makan buah ni. semalam, aku dengan kawan-kawan buat la parti liar. hahahaha . . bukan, kami buat makan-makan sikit sempena raya ni, masing-masing bawa kuih raya dan duduk semeja makan sekali . .
seronok, dan masa ni la Syuki kata nak buat rojak . . . pelik la juga, tetiba nak buat rojak pula, dah la rumah cuma ada ricee cooker jak, aku pun tunggu dan lihat jak la, owhhh . . . rupanya syuki nak buat rojak buah, 
masa mula-mula tengok buah katak ni, rasa pelik dan curiga pun timbul, apa benda ni. dan syuki kata nama buah ni buah katak atau nam nam, buah katak, nama pun dah pelik... ingatkan binatang je ada nama katak, tak sangka pulak ada juga buah nama katak..hahahaha


Ingatkan aku seorang je yang ndak taw pasal buah ni, rupa-rupanya ramai juga yang ndak taw anatara kawan-kawan aku...lepas tu, boleh pula dorang ni tanya syuki, jadi katak tak lepas makan benda ni?? soalan yang sangat bernas..syuki pun jawab la, "dari kecil aku makan buah ni, tak bertukar jadi warna hijau pun" hahahhaaaa...
kami makan buah ni cicah dengan sos yang syuki buat, sedap la juga.. Rasa macam makan mangga,  rasa masam-masam, tapi ada rasa kelat sikit kalau makan dengan kulit, buah ni kena makan sekali dengan kulit, tapi aku tak makan kulit..rasa lain..hehehe..
begitulah kisah kami semalam . . 
syukran kepada syuki, sebab sudi kongsi buah katak kat kami dan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang sama-sama makan buah katak dan kuih raya . .. 

p/s: semoga ukwah terus berkekalan dan abadi selamanya 


4 comments:

  1. 1st time jugak dengar buah katak ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. hehe..nnt cik mus cari lah ya...cuba rasa..^_^

    ReplyDelete